Monday, 22 October 2012

memori madain saleh 0.1

 
Lawatan saya ke Madain Saleh adalah bersekali dengan pekej umrah musim dingin sebaik sahaja selesai musim Haji.  Memang saya  berhajat untuk berkunjung ke destinasi ini, alhamdulillah Allah swt kabulkan niat dan doa saya.  Syukur ke hadrat Illahi.
 
Jarak antara Madain Saleh dengan Madinah Munawwarah lebih kurang 400km,  ia mengambil masa setengah hari perjalanan. Kami berlepas dari penginapan di Madinah pada awal pagi selepas solat subuh dan sarapan, dan sampai di Madain Saleh pada tengaharinya, waktu makan tengahari.  Sebelum sampai pemandu ereb itu ada berhenti  di sebuah restoran ala mini-market pun ya juga, untuk rehat dan lakukan rutin sepatutnya.
 
 
Tempat-tempat seperti difotokan merupakan salah satu tempat menarik di sana.
 
Ada sedikit salah faham antara tour guide ereb dengan grup kami, jadinya tour guide ini telah membuat keputusan bodoh dengan diam membatu seribu bahasa tanpa bercakap apa-apa pun,  apatah lagi untuk memberi penerangan sejarah tempat ini.  Jadi kami pun nganga, tidak tahu asal usul perincian tempat yang agak menarik ini.  Mutawif yang turut serta pun tidak dapat membantu untuk memberi pengkisahan khusus, makanya saya ambil gambar-gambar yang mungkin boleh bercerita sedikit sebanyak, walaupun ia hanyalah batu-batan terpahat kaku.
 
Cuaca di sini ketika itu agak panas namun suhunya dingin-dingin manja.  Kalau diperhatikan ada antara foto-foto, yang terkesan 'belang dan bayang'.   Ianya diambil sewaktu bas sedang bergerak dan faktor cuaca panas juga salah satu punca ia mempunyai kesan-kesan itu. Ada juga gambar-gambar dirakam setelah kami turun dari bas dan telah siap sedia untuk 'pose maut', walaupun...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment