Saturday, 27 October 2012

memori madain saleh 0.8




Kaum Tsamud mula mengatur strategi pembunuhan unta Nabi Saleh a.s dan melenyapkan unta tersebut dari muka bumi mereka.  Maka bertambah semangat mereka untuk membunuh unta itu setelah munculnya seorang janda bangsawan yang akan menyerah dirinya kepada sesiapa yang dapat membunuh unta tersebut. 

Selain janda itu, seorang lagi wanita yang mempunyai puteri-puteri cantik menawan menawarkan hadiah salah seorang puteri beliau kepada yang berjaya membunuh unta Nabi Saleh a.s. Tawaran-tawaran telah dapat mempengaruhi dua lelaki iaitu Mushadda' bin Muharrij dan Gudar bin Salif dibantu tujuh lelaki lainnya membunuh unta tersebut yang dalam perjalanan ke tempat minumnya.  Musadda' telah memanah betis unta dan Gudar pula menikam perut unta dengan pedangnya.





Nabi Saleh a.s  sangat marah dan telah memberitahu kaumnya bahawa azab Allah swt akan menimpa ke atas mereka dan tanda-tanda azab itu, pada hari pertama bila mereka bangun dari tidur, wajah mereka menjadi kuning, akan berubah menjadi merah pada hari kedua dan bertukar hitam pada hari ketiga.  Hari keempatnya maka akan turunlah azab Allah swt yang amat pedih.

Sehari sebelum turun azab Allah swt yang telah ditentukan, Nabi Saleh a.s bersama pengikut setianya telah berangkat menuju Ramallah, sebuah tempat di Palestin meninggalkan kota Al-Hijr. Kaum Tsamud yang lain telah habis binasa ditimpa halilintar yang maha dasyat beriringan gempa bumi yang amat mengerikan.


Di sebelah kiri adalah pemandangan di Madain Saleh,
sebelah kanan pula di Petra, Jordan
Belahan gunung-ganang ini, seakan serupa bentuknya




Daripada kisah di atas maka dapatlah kita jadikan ia sebagai pengajaran dan iktibar bahawa dosa-dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan sekelompok kecil masyarakat dapat membinasakan masyarakat itu seluruhnya.  Lihatlah bagaimana Kaum Tsamud menjadi binasa, hancur bahkan hilang terus dari muka bumi kerana dosa-dosa segelintir manusia yang telah membunuh unta Nabi Saleh a.s.  Wallahua'lam.


Sumber artikel : hasanalsaggaf.wordpress.com
Mohon izin dan halalkan artikel dan gambar rombongan dikongsi di sini.  Terima kasih.



                   

No comments:

Post a Comment