Friday, 29 November 2013

biskut budak sekolah...


Sejuknya.  Hujan dan berangin beriringan, sudah masuk musim tengkujuh.  Dingin sebegini enaknya tarik selimut berlengkar atas katil.

Hujan-hujan gini segala aktiviti jadi sendu, line intenet pun kebetulan sangatlah lembapnya.  Muat naik foto pun ambil masa agak lama juga.  Perut pun berkerongcong lapar.

Rasa rugi pula dok riba tangan tanpa membuat sesuatu yang boleh mengisi masa terluang.  Lantasnya saya capai salah satu buku resepi dan belek satu demi satu muka surat, mana tahu ada resepi yang senang untuk dicuba.  Saya tertarik dengan resepi biskut ini, jadinya saya meneliti bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan biskut yang dinamakan 'rock bun'.  Bahan-bahan yang diperlukan memang sudah tersedia ada  dan cara buatnya tidak susah mana.


Biskut 'rock bun' ini juga kami panggil sebagai 'biskut budak sekolah'.  Masa di zaman sekolah menengah beberapa dekad  lalu, biskut inilah yang kami pelajari  dalam kelas Sains Rumahtangga, saya dari aliran inggeris jadinya kelas Home Science.  Chegu Home Science saya dahulu tidak silap ingatan, nama beliau Chegu Asmah, kecil molek orangnya sangat suka berkebaya pendek.

Saya pasti ramai pelajar mahupun bekas-bekas pelajar di sini  melalui era 'rock bun' ini.  Hasil kejadiannya sedap dan ranggup. 


ROCK BUN(sumber@google)

Bahan-bahan:
8oz tepung gandum*
2sk baking powder*
*diayak bersama...

4oz butter
3oz gula kastor
2oz kismis
1oz buah campuran
sedikit parutan kulit limau (saya tak bubuh)
1 biji telor

*saya bubuh 3oz buah campuran sebab di dalamnya sudah ada kismis...

Cara-cara:
satukan butter dan tepung gandum sampai jadi breadcrumbs.
masukkan gula, kismis, parutan kulit limau dan buah campuran, sebatikan.
masukkan telor yang telah dipukul ke dalam adunan, sebatikan jadi doh lembut.
ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan dan susun di atas dulang pembakar.
bakar sehingga masak di suhu 200 darjah celcius.

Senangkan buatnya.  Orang malas pun boleh cuba kalau ada kehendak dan usaha.

www.facebook.com/indahserunding

No comments:

Post a Comment