Seperti umum maklum 20hb Oktober 2012 berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Setelah mengharungi 120 minit masa permainan, Kelantan akhirnya berjaya menjulang Piala Malaysia dengan menewaskan ATM 3-2. Memang dijangkakan pertembungan ini sengit dengan masing-masing pasukan saling berkejaran menjaringkan gol untuk dinobatkan sebagai juara edisi kali ini. Persembahan yang dipamerkan oleh kedua pasukan tidak menghampakan, permainan sebegini yang peminat bolasepak ingin tonton dan nantikan.
Tidak perlu bergebang panjang lebar, lihat sahaja foto-foto menarik di sekitar perlawanan.
|
Gambar sumber : blog encikbeliau.com
(AKU BLOG & KAMU) |
|
Lautan penyokong pasukan kelantan samaada yang
bermastautin di Kuala Lumpur ataupun datang
daripada Kelantan dan yang tinggal di negeri-negeri
lain turut memeriahkan stadium Shah Alam, semata-mata
perlawanan akhir Piala Malaysia
Gambar sumber : wowberita.org |
|
Saat dan detik yang dinantikan...Juara edisi 2012
milik Kelantan...syabas dan tahniah. Semoga mutu
permainan bolasepak Kelantan meningkat dan
terus meningkat di tahun-tahun mendatang, amin
Gambar sumber : wowberita.org |
|
YA...Kelantan menang treble kali ini!
Gambar sumber : wowberita.org |
|
Kekecewaan jelas dirasai oleh pasukan ATM.
Apapun sekalung tahniah kepada pasukan ini yang
sangat meningkat prestasi mereka kali ini. Cuba lagi
di tahun hadapan. Nasib tidak
menyebelahi Hai-O edisi ini. Tahun-tahun sebelumnya
pasukan yang disertainya pasti menjadi juara
Gambar sumber : wowberita.org |
|
Gadis-gadis ini perlu dicontohi sikap
mereka. Walau di mana sekalipun,
kewajipan dan tuntutan solat mesti
dilaksanakan.
Bola-bola juga solat lima waktu jangan
sesekali dilupa dan diabaikan...itu
kemestian tidak boleh tidak.
Gambar sumber : forumer @cari |
Mohon izin dan halalkan gambar dikongsi di sini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment