Wednesday, 24 October 2012

memori madain saleh 0.5




'Madain' adalah kata majmuk dari Madinah dalam bahasa arab adalah 'kota'.  'Saleh' pula diambil dari nama Nabi Saleh a.s yang merupakan salah seorang nabi dan rasul dalam Islam yang telah diutus kepada kaum Tsamud.
 
Kaum Tsamud adalah suku bangsa Arab yang tinggal di satu kota dikenali 'Al-Hijr', terletak antara Hijaz dan Syam.  Mereka adalah dari keturunan Sam bin Nuh a.s.  'Al-Hijr' merupakan perkampungan kaum Tsamud yang satu ketika dahulu subur dan makmur dengan segala kekayaan alam yang dimiliki mereka.
 
 
 

 
Dari kehebatan mereka, Allah swt telah turunkan dalam Al-Quran surah Al-Hijr.  Rumah-rumah mereka telah didirikan dari tanah yang rata dan dipahatnya daripada gunung.  Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Hijr 'Dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-ganang batu(yang didiami) dengan aman'.  Mereka telah diberi Allah swt kenikmatan luarbiasa, hidup aman, tenteram, sejahtera dan bahagia.  Mereka merasa aman daripada segala gangguan alam dan mengaku bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan keturunan mereka.
 
 
 
 
 
Kaum Tsamud tidak mengenal tuhan.  Tuhan-tuhan mereka berupa berhala-berhala yang mereka sembah dan puja, kepada berhala mereka berkorban tempat mencari perlindungan daripada segala bala, musibah dan mengharapkan kebaikan dan kebahagiaan.
 
 
Sumber artikel : hasanalsaggaf.wordpress.com
Mohon izin dan halalkan artikel serta gambar jemaah rombongan dikongsi di sini.
Terima kasih.
 

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment