Monday, 1 October 2012

laban...nasi ayam...


Masa PARAM  baru-baru ini sempatlah
merasa laban.  Sedapnya!  Yang ini berais...

...Saya lebih suka yang tidak berais. Ada tiga perisa,
perisa natural jadi pilihan. Berbuka dengan
laban dan kurma, terasa  kenyang.  Saya hanya makan
 'proper' selepas solat tarawikh tapi bukanlah
makan makanan berat sebab sudah mahu tidur.
 Saya hanya makan nasi  pada waktu sahur...
 
...Brother ini yang berniaga  hari itu, biasanya ada seorang
lagi.  Wajah mereka ini ada NUR, saya suka tengok. 
Saya lupa tanya mereka berniaga di mana pada
hari-hari biasa.
 
Nasi Ayam Shikin ini memang sedap, kena dengan
tekak saya.  Bulan puasa lalu mereka berniaga
di PARAM KB dekat stadium.   Kebetulan tahun ini
gerai mereka bersebelahan dengan Den Laban...
 
...Kalau hari-hari biasa, mereka berniaga
di Pengkalan Chepa, yakni berhampiran dengan pasar
dan masjid Chabang Tiga Pengkalan Chepa.
 
 
 
 
Mohon diizin dan dihalalkan gambar dikongsikan di sini.  Terima kasih.

No comments:

Post a Comment