Mohon diizin dan dihalalkan resepi dikongsi di sini. Terima kasih.
Kek Pisang (sumber: forumer@cari)
1 1/2 cawan tepung gandum
1sk soda bicarbonate
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan minyak masak
3 biji pisang berangan - dilecek
2 biji telor - dikacau sedikit
sedikit coklat urai
Ayak tepung gandum dan soda bicarbonate.
Gaul tepung gandum dengan gula merah hingga sebati.
Buat lubang di tengah-tengah.
Masukkan minyak masak, telor dan pisang.
Kacau sehingga sebati.
Masuk ke dalam loyang, tabur coklat urai di atas adunan.
Bakar di suhu 150 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak.
(panaskan oven terlebih dahulu)
No comments:
Post a Comment