Sunday, 10 November 2013

siapa teman setia...


Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan,  iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya.  Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya".

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada tiga-tiga golongan ini.  Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan juga kaum kerabat, mereka hanya dapat menghantar kita sampai ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika melihat badan kita terbujur sejuk di liang kubur.  Tiada seorang pun yang bersedia untuk menjadi teman kita di kesunyian kubur.  Mereka akan pulang setelah menimbuni tanah ke atas liang kubur kita.  


Begitu pula harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memerah keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa, semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris.  Mereka akan mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita yang akan ditanya daripada mana harta itu diperolehi dan ke mana kita membelanjakannya.  


Orang yang bijak ialah orang  yang  mempunyai  rancangan bagi wawasan akhiratnya dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba  saatnya.  Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan, mengejar dunia dan menimbun harta.  Maka apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan.  Namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Oleh kerana itu, perbanyaklah berbuat kebajikan, tingkatkan lah ketaqwaan, buatlah bekalan akhirat sedaya upaya yang ada.  Rajin bersedekah dan suka berderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu.



Sumber:  empat puluh hadis penawar hati~abu ali al banjari an nadwi
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

No comments:

Post a Comment