Masalah kelemumur sering menjadi masalah utama bagi wanita selain masalah rambut gugur. Terutamanya wanita yang bertudung. Masalah ini harus dijaga dan diberi perhatian supaya ia tidak bertambah buruk. Ada pelbagai cara untuk wanita diluar sana mengelakan masalah kelemumur ini. Ada yang guna petua tradisional, buat rawatan rambut di salun dan ada juga yang gunakan syampu.
Walau bagaimanapun, semuanya terpulang bagaimana anda menjaga rambut anda. Yang paling penting anda tidak harus lakukan ialah, biarkan rambut anda lembab sebelum memakai tudung. Itu merupakan salah satu punca anda mempunyai masalah kelemumur!
Daun inai dan serbuk teh
Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang.
Air perahan limau
Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. Tetapi bagi anda yang tiada masalah tu, bolehlah cuba petua ini. Amalkannya sehingga kelemumur berkurang.
Daun pandan
Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus dan campurkan dua gelas air. Kemudian tapiskan bahan tersebut dan sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30-3-60 minit kemudian bilas dengan air mengalir. Daun pandan boleh mengurangkan masalah kelemumur dan juga membuatkan rambut menjadi wangi.
Santan kelapa
Menggunakan santan kelapa adalah salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun. Selain mengurangkan masalah kelemumur, santan juga akan membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan kuat!
Sumber: www.wanista.com
Mohon izin dan halalkan artikel dikongsi di sini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment