Kami tiba di kota ini di waktu petang lebih kurang jam 3.00 petang.
Setelah urusan bagasi dan sesi penerangan selesai, kami diberi kunci ke bilik masing-masing, untuk berehat dan melakukan solat jamak.
hotel penginapan...
kedai di hadapan hotel...
Hari masih siang jadinya saya dan rakan-rakan ke supermarket berdekatan hotel untuk membeli barang keperluan. Hotel penginapan kebetulannya berhampiran dengan kedai-kedai dan stesen tren. Beberapa pintu dari hotel kami, terdapat kedai kebab warga Tunisia. Tiada masaalah untuk kami mencari makanan halal di sini.
Adalah sangat rugi untuk beristirehat di dalam bilik sedangkan untuk datang ke kota Paris ini, bagi rakyat marhein seperti saya perlu menabung lama juga. Bak kata grup leader kami sewaktu di Spain, waktu itu kami dalam bas mahu bergerak ke destinasi seterusnya, kiri kanan semasa perjalanan permandangan indah, jadi beliau pesan dengan kami supaya jangan tidor sebab pemandangan sebegini tidak sama dengan di tanah air. Kalau hendak tidor nanti balik Malaysia baru tidor. Rugi sangat bayar ribu riban sudahnya tidor dalam bas.
Keesokan paginya kami melawat Eiffel Tower. Ramainya pengunjung menunggu giliran masing-masing hendak beli tiket naik tower. Awal-awal lagi Tour guide kami sudah membeli tiket, jadi tidak perlu beratur untuk beli tiket hanya menunggu untuk masuk sahaja.
antara '7 wonders of the world'...
pemandangan dari dalam lift Eiffel Tower...
Kami naik ke tingkat dua seingat saya. Dari ketinggian tersebut kami dapat lihat panorama keindahan kota Paris yang sinonim dengan jolokan kota romantis. Sangat menarik.
antara foto-foto diambil dari tingkat dua Eiffel Tower...
sungai yang disusuri menikmati keindahan...
sejauh mata memandang Paris pesat dan padat...
Setelah beberapa ketika di tower tersebut, kami beredar pula untuk ke satu pelayaran menyusuri sungai melewati bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang pelayaran. Maklumat dan penerangan berkaitan diberi sepanjang menyusuri sungai tersebut.
Sebelum kami gerak daripada Eiffel Tower ke destinasi untuk 'cruise', dalam perjalanan ke parkir bas, ada seorang amoi betul-betul berdiri di sebelah bas kami. Beliau menjual suvenir kenang-kenangan. Wah apa lagi rombongan serbu amoi ini sampai habis barang jualannya. Si amoi pun senyum meleret dari telinga ke telinga barang-barang selamat dirembat oleh kami. Beliau pulang dengan senang hati, hari itu barangan laku macam goreng pisang panas.
Sebenarnya untuk berlayar menyusuri sungai ini tidak termasuk di dalam pakej yang disediakan oleh agen pelancongan. Rombongan kena bayar sendiri sekiranya ingin menyertai aktiviti ini. Tidak silap saya bayaran dikenakan 10euro seorang ketika itu. Ada sahaja aktiviti pilihan(optional) yang mana rombongan kena bayar sendiri sekiranya memilih untuk menyertainya. Kadang kala rombongan tidak peka akan caj-caj tersembunyi sebegini yang mana ia perlu diambil perhatian. Makna kata wang tunai kena sentiasa ada. Alang-alang sudah sampai Paris kalau tidak merasai pengalaman ini, bila lagi agaknya hendak berkunjung ke sini? Mungkin sudah tiada peluang.
Pelayaran kami menikmati keindahan kota Paris melalui pengangkutan air berakhir. Kami seterusnya dibawa ke satu restoran arab untuk makan tengahari. Sudah kenyang, kami di bawa ronda kota Paris antaranya ke bulatan terbesar di dunia katanya. Ternyata memang besar dan terdapat binana-binaan berseni di sekitar bulatan itu.
Sebenarnya untuk berlayar menyusuri sungai ini tidak termasuk di dalam pakej yang disediakan oleh agen pelancongan. Rombongan kena bayar sendiri sekiranya ingin menyertai aktiviti ini. Tidak silap saya bayaran dikenakan 10euro seorang ketika itu. Ada sahaja aktiviti pilihan(optional) yang mana rombongan kena bayar sendiri sekiranya memilih untuk menyertainya. Kadang kala rombongan tidak peka akan caj-caj tersembunyi sebegini yang mana ia perlu diambil perhatian. Makna kata wang tunai kena sentiasa ada. Alang-alang sudah sampai Paris kalau tidak merasai pengalaman ini, bila lagi agaknya hendak berkunjung ke sini? Mungkin sudah tiada peluang.
dari dalam bot lensa kamera mencari sudut menarik...
rasanya bot ini eksklusif...siap berkemah di aras atas...
atau restoran di atas bot?...
nun ET...
antara binaan-binaan berseni
sepanjang pelayaran...
Pelayaran kami menikmati keindahan kota Paris melalui pengangkutan air berakhir. Kami seterusnya dibawa ke satu restoran arab untuk makan tengahari. Sudah kenyang, kami di bawa ronda kota Paris antaranya ke bulatan terbesar di dunia katanya. Ternyata memang besar dan terdapat binana-binaan berseni di sekitar bulatan itu.
Foto-foto yang diambil tak kala bas sedang bergerak.
'fountain' bersiram air di kala cuacanya panas suhu dingin...
agak sukar untuk mengambil gambar bila
bas sedang melucur agak laju...
sudut-sudut yang sempat diambil...
kalaulah boleh turun sekejap apakan daya
tiada peluang...
melewati gedung LV...
lawatan ke ke gedung LV tiada dalam aturcara
jadinya tiada peluang untuk menikmati...
dapat ber 'foto' an bangunan pun jadilah...
Kami pergi ke satu tempat untuk shopping. Puas memikirkan nama tempat ini tetapi saya tidak ingat. Pelancong punya ramai di sini. Tempat ini memang menjadi tumpuan pelancong. Boleh dikatakan kedai di kiri dan kanan jalan dipenuhi pengunjung. Macam-macam bangsa yang kelihatan di sini. Selain pelancong ada juga orang tempatan berlainan bangsa. Perancis juga terkenal dengan orang-orang luar menjadi pemastautin tetap. Kita boleh ambil contoh pemain pasukan bolasepak Perancis, tengok lah daripada mana asal susur galur pemain-pemain mereka.
Saya tidak terliur untuk membeli-belah di sini. Mungkin orang terlalu ramai membuatkan saya pening mata lagi pula saya sudah pun beli suvenir dengan amoi di Eiffel Tower sebelumnya. Apa yang dijual oleh amoi memang sama dengan suvenir yang terdapat di sini.
Keindahan kota Paris di waktu malam tidak ketinggalan untuk dinikmati. Sementelah stesen tren berdekatan dengan tempat penginapan maka saya dan beberapa rakan telah menggunakan kemudahan ini untuk kembali ke Eiffel Tower. Sebenarnya hendak tengok tower tersebut bergemelanpan cahaya, disinari lampu lip lap pada malamnya. Sementara menunggu saat itu, kami ditonton dengan gelagat mat-mat hitam yang berkeliaran berjual-beli anika suvenir kenang-kenangan.
ini lah rupanya ET diterangi lampu
lip lap di malam hari...hanya waktu-waktu
tertentu sahaja ia akan bergemerlapan...
Keesokan pagi setelah selesai sarapan dan urusan bagasi, kami keluar daripada hotel tersebut dan meneruskan kembara ke destinasi seterusnya.
No comments:
Post a Comment