Di atas kertas memang The Red Warriors(TRW) merupakan pasukan yang diwar-warkan untuk mencipta kemenangan. Di atas padang macam-macam boleh berlaku, tempoh 90 minit perlawanan bukan boleh kita kata bulat-bulat TRW akan menang. The Red Warriors kalah dan gagal pertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang diraih musim lepas. TRW kecundang di tangan tim Tok Gajah, Pahang 0-1.
Entah kenapa game TRW dari semua sudut tidak menjadi, mereka gagal untuk pamerkan persembahan terbaik yang pernah mereka tunjukkan.
Adakah mereka terlebih konfiden? Mungkin mereka bersikap ambil mudah dengan pasukan lawan yang pernah ditewaskan sebelumnya?
Walaupun TRW tewas dengan satu gol sahaja dan menggenggam gelaran naib juara, namun sejarah akan ingat kepada sang juara sahaja. Nama pasukan juara sahaja yang akan dipahatkan. Tahniah kepada tim Pahang menjuarai Watson Piala Malaysia edisi 2013.
Ahmad Danish sedih sangat dengan kekalahan Kelantan, anak ini memang minat sungguh dengan bola. Beliau memujuk papanya yang sebelum ini tidak minat langsung dengan bolasepak. Ambik ko! satu famili pergi stadium tengok bola secara live. Dalam dok sedih-sedih tuh habis juga satu bungkus nasi lemak dimakan Danish. Ingat ke tak lalu makan sebab Kelantan kalah.

Apapun untuk mengubati sedikit kekecewaan atas kekalahan itu, sudi-sudikan lah melayan foto-foto 'jeput buoh kurmo' saya. Ia juga dikenali sebagai cekodok buah kurma.
Selain dimakan begitu sahaja, buah kurma boleh dipelbagaikan cara masaknya. Ia boleh dicampur sebagai bahan untuk buat kek, biskut juga boleh dibuat jus kurma.
Resepi ini saya belajar daripada arwah bonda cuma saya olah sedikit bahan-bahannya. Tiada sukatan khusus untuk membuat cekodok ini. Kalau pandai buat cekodok biasa maka akan pandai juga buat cekodok buah kurma. Tekniknya lebih kurang sama.
Bahan-bahan diperlukan hanyalah buah kurma, tepung gandum, mentega, garam, baking powder, baking soda, air suam.
Buah kurma dibuang biji, di siat dan direndam di dalam air panas hingga lembut. Bila sudah lembut asingkan air dan buah kurma. Airnya minumlah sedap!
Gula tidak diperlukan untuk buat cekodok ini. Saya lebih suka rasanya yang lemak-lemak masin mentega garam dan manis-manis manja buah kurma.
Gula tidak diperlukan untuk buat cekodok ini. Saya lebih suka rasanya yang lemak-lemak masin mentega garam dan manis-manis manja buah kurma.
Cara-caranya pula satukan dan sebatikan semua bahan-bahan. Sudu-sudukan adunan ke dalam minyak yang dipanaskan terlebih dahulu. Goreng hingga keperangan, masak, angkat, tos dan sejukkan.
Sebelah 'jeput buoh kurmo' adalah kek yogurt. Asalnya kaler kek ini biasa sahaja. Saya bubuh sedikit kaler hijau dan merah selain kekalkan sedikit kaler asal, dan atur selang seli untuk nampak kelainan pada kek tersebut.
No comments:
Post a Comment