Thursday, 20 September 2012

aku ingat sampai mati, momen ini...

"Che nak mohon maaf banyak-banyak kerana menyusahkan awak menjaga Che sakit...Che nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana awak bersusah payah berhenti kerja dan jaga Che sakit nih"...

Itulah kata-kata arwah mak semasa aku sedang bersih diri dia di satu pagi.  Aku cuma mampu menggangguk.  Kalau aku cuba bercakap maka airmatapon akan mengalir sama.  Aku menahan sebak, tuhan sahaja yang tahu perasaan hiba aku ketika itu.  Selepas selesai semuanya, aku beredar keluar bilik arwah menuju bilik air.  Aku buka paip air sederas-derasnya dan aku menangis tersedu-sedu. Aku tidak sanggup menangis di hadapan arwah, aku tidak mahu arwah bersedih sayu dengan kesedihan aku.
 
 
Arwah mak meninggal dunia tanggal 10 Januari 2004 menderitai penyakit strok.
Arwah ayah meninngal dunia tanggal 19 Januari 1982 masaalah jantung.
 
Arwah mak beruntung,  anak-anak menjaga beliau dari sewaktu sedang sakit sehinggalah menghembus nafas terakhir. Sebelum arwah kena strokpon anak ini sentiasa ingat dan selalu pulang menjenguk bertanya khabar.

Nasib aku...sejujurnya aku tidak tahu.  Aku sendirian di dunia nan fana ini.  Aku tidak pernah hamil, melahirkan, menyusukan, membesarkan anak-anak.  Allah swt tidak memberi nikmat-nikmat itu kepada aku.  Redho sahaja dengan ketentuanNYA.
 

Sekiranya aku mati, aku mohon daripada orang-orang yang rapat  agar jenazahku dikebumikan segera, di sebelah kubur arwah mak atau arwah ayah sekalipon tidak mengapa.  Aku tiada siapa di dunia ini yang mahu di nanti kepulangan, cumanya aku mahu segera pulang mengadap Illahi.


Doaku setiap waktu setelah usai solat semoga diampunkan dosa-dosaku, dipermudahkan perjalanan hidup di dunia dan di Akhirat...semoga  matiku dalam iman.  Amin.



Mohon diizin dan dihalalkan gambar dikongsi di sini.  Terima kasih.

No comments:

Post a Comment