Pemerintah 'Kingdom of Bahrain' |
Pemandangan menarik di waktu malam |
Awek-awek ereb cun belaka di sekitar Manama, Bahrain |
Bahrain hanyalah sekadar transit kami untuk ke destinasi seterusnya iaitu Syria.
Tempat sistem saliran air menjadi tarikan pelancong |
Masjid Ummayad di sebelah luarnya... |
Bila kami masuk ke perkarangan masjid ini, rasa terpegun melihat tingginya kreativiti pembina dan pengukir dahulu menyiapkan rumah Allah ini. Sukar diimaginasikan tahap ke'genius'an mereka untuk melakarkan ukiran-ukiran dan binaan yang sangat tinggi nilainya.
Kemasan kalimah suci nan agong serta
lakaran yang tinggi nilai kreativiti
indahnya hiasan dalaman...
Kami singgah masjid Ummayah untuk jamak solat zohor/asar. Ada sahaja aktiviti keagamaan yang diadakan di dalam masjid tersebut.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan |
Makam Nabi Yahya a.s di dalam masjid Ummayad |
Untuk jemaah wanita, sekiranya ingin masuk masjid ini, adab berpakaian kalau memakai jeans atau seluar panjang baju hendaklah paras lutut ke bawah. Kalau tidak kena pakai telekung dan kain sarung solat siap-siap,baharu boleh bergerak ke hulu ke hilir dalam masjid juga di perkarangannya. Leceh berpakain sarung sebegini kerana kita hanya boleh buka sarung berdekatan dengan pintu keluar perkarangan masjid. Di situ banyak tahi-tahi burung berselerakan. Disarankan memakai jubah, maxi ataupun skirt panjang.
Mohon diizin dan dihalalkan gambar rakan-rakan rombongan dan lainnya dikongsi di sini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment