Mohon diizin dan dihalalkan resepi-resepi dikongsi di sini. Terima kasih.
Kek Lapis Coklat Lembab (sumber forrumer@cari)
Bahan-bahan:-
450gm butter
190gm gula castor (saya kurangkan 150gm)
10 biji telor
250gm susu pekat (+- 1/3 tin)
140ml santan pekat
220gm sekaya (saya kurangkan 180gm)
200gm horlicks
270gm tepung gandum/tepung hongkong
100gm milo (saya kurangkan 80gm)
300gm coklat masakan dicairkan
sedikit pewarna kuning (optional)
Cara-cara:-
Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
Masukan susu, santan, sekaya, horlicks dan tepung gandum
sambil dipukul hingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian (+- 600gm each).
Satu bahagian dicampurkan dengan coklat cair dan milo.
Dua bahagian dibiarkan warna asal.
Ratakan 2 senduk adunan warna asal dan bakar/grill sehingga
perang. Ulangi melapis sehingga habis adunan ini
Ratakan 2 senduk adunan coklat dan bakar/grill sehingga
perang. Ulangi melapis sehingga habis adunan
Ratakan 2 senduk adunan warna asal yang kedua dan bakar/
grill sehingg perang. Ulangi melapis sehingga habis adunan
warna asal yang kedua
Bakar selama 15 minit setiap lapisan suhu 180 celcius.
Guna api 'grill' atau api 'atas' sahaja
* setiap lapisan kek hendaklah ditekan dengan penekan kek
lapis sebelum meratakan lapisan seterusnya
|
Dari kiri ke kanan:-
Coklat Urai, Chocolate Delight, Almond Marie
(sumber : blog Citarasawan)
|
Dari kiri ke kanan:-
Cornflakes Madu, Cornflakes Badam Berhias
(sumber : blog Jintan Manis dan
majalah Keluarga 1983 kek & Biskut)
|
No comments:
Post a Comment