Friday, 14 September 2012

lamanya...aku bersyukur...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana aku masih diberi kesempatan jua ruang waktu untuk kembali ke 'indahnya...'  Agak lama aku sepi tanpa apa-apa nukilan buat tatapan insan-insan yang aku anggap sangat istimewa di muka bumi yang fana ini.

Di hari Jumaat yang mulia ini,  sekali lagi aku memanjat syukur ke hadratNYA.  Dengan rahmat limpah kurniaNYA jua hari ini aku dapat menyambut Hari Raya sempena selesai menjalani puasa sunat Enam dan juga puasa qadho yakni puasa ganti. Sebak rasa diri ini kerana Allah swt  memanjang usia aku, memberi peluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan..solat tarawikh jua, berpuasa sunat Enam dan seterusnya mengqadho hari-hari puasa yang tertinggal.  Aku antara hambaNYA yang amat bertuah.

Walaupun puasa aku pada kali ini agak terganggu namun aku redho.  Ada yang menganggap keadaan ini sebagai satu penyakit.  Jujurnya aku tidak bersetuju dengan pendapat ini.  Sebetulnya ia sudah menjadi fitrah seorang perempuan bila usia sudah mengjangkau banyak 'series' akan menghadapi situasi sebegini.  Kena terima hakikat ini seadanya.

Pernah juga terfikir di mindaku,  sekiranya aku di jemput olehNYA sebelum sempat melangsaikan tanggungjawab ini, siapakah yang akan lakukan untuk aku?  Ketaranya bila hidup sendirian di bumi Allah swt ini makanya serba-serbi mesti dilakukan segera, tidak boleh bertangguh.

Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada keluarga juga seluruh umat yang beragama Islam diseluruh dunia yang fana ini.

Bingka Cheese

Kek Coklat Kukus
Kek Buah Kukus

Kepada 'orang itu'...terima kasih menghadiahkan seunit chiller, ternyata ia sangat-sangat berguna untuk bisnes aku terutamanya di musim perayaan ini.  Semoga 'orang itu' yang adakalanya tidur sekatil sebantal ini tabah menjalani kehidupan mendatang.  Aku doakan beliau menjalani pembedahan 'by-pass' dengan selamat dan kesihatannya pulih seadanya.  Amin.  Siapa yang tidak sedih dan duka bila orang yang dok bertepuk tampar dengan aku sedang melalui musibah sebegini.  Mungkin ada hikmah disebalik ujian serta dugaan yang dilalui.  Sabarlah, Allah swt menyayangi setiap umatnya.
Chocolate Cheese Cake
Cotton Cheese Cake










Kepada customers aku...terima kasih kerana masih mahu mengulangi order.  Aku mohon maaf sekiranya terdapat sebarang cacat cela dengan order kalian.  Ikhlasnya, kali ini aku tidak berapa tenang menyiapkan order-order yang diterima.  Melalui mata kasar aku, order-order yang disiapkan nampak marvellous belaka.
Akhir kalam, chocolate cheese cake sungguh yuuuuuummmmmy.  Homemade tau!




No comments:

Post a Comment