'The Tea Man'. Masihkah beliau kerjanya menuang teh untuk pelanggannya di ketika saat genting ini? |
Gambar kabur tetapi yang hendak ditunjukkan adalah bekas tempat letak gelas di pinggangnya. Menarik bukan! |
Kami makan malam di restaurant ini |
Trafik sesak menuju ke Beirut, Lubnan. Masa perjalanan lebih kurang 3 jam melalui jalan darat |
'Check point' untuk mereka daripada Syria ke Lubnan. Urusan immigrasi dilakukan di sini |
Sementara menunggu urusan selesai, saya sempat melihat telatah anak ini yang meminta sedikit wang daripada penumpang kereta ini. Dari riak wajah, beliau kecewa kerana permintaannya tidak dilayan. Tidak lama kemudian muncul si jelita ereb berboot tinggi, dan anak ini telah membontoti wanita tersebut hingga ke keretanya memohon belas simpati bantuan kiranya ada. Saya tidak pasti pengkakhiran drama ini kerana bas kami beredar dari tempat itu sejurus kemudian.
Kereta kebal dan askar di mana-mana di beirut, ibarat irama dan lagu berpisah tiada |
Peperangan mengkibatkan
kemusnahan
Hotel ini musnah terkena bom yang mengakibatkan pm Lubnan dan beberapa yang lain terbunuh dan cedera. Hotel yang hampir dengan jalaraya yang sibuk |
Kediaman-kediaman dihujani dengan kesan-kesan bedilan |
Bandar Beirut, sebahagiannya |
Batu-batu ini ada sejarahnya
Adakah kota pesat di seberang laut itu sebahagian daripada Lubnan atau negara jiran yang ganas itu? |
Merata mencari gambar arwah Rafik Hariri atau Saad Hariri terpacak kat mana-mana sekitar beirut. Mereka Pemimpin Lubnan. Hampa, yang terjumpa hanyalah May Hariri. Layan saja |
masjid tersergam indah di tengah-tengah kota Beirut
berhiaskan pokok christmas...meriah sungguh...
Mohon diizin dan dihalalkan gambar rakan-rakan rombongan dan lainnya dikongsi di sini.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment