Thursday, 27 September 2012

memori...Syria...Lubnan 0.6




pokok kurma di tengah bandar Beirut...
buahnya lebat kemerahan...


Masa itu EMAS
Hanya di Beirut....Mall
Destinasi seterusnya adalah...TEITA GROTTO



Sebahagian daripada patung


Menaiki ' keretapi' menuju ke satu tempat yang sangat-sangat
mengujakan.  Subhanallah...indahnya tempat itu.   Tidak
boleh gambarkan dengan kata-kata.  Hebat sungguh
ciptaanNYA.
Malang sekali kami tidak dibenarkan merakam gambar
di dalamnya.  Tempat ini dijaga 'eksklusiviti' kerana ketika
itu telah dicalonkan sebagai salah satu '7 keajaiban
di dunia'.  Sayangnya...bukannya saya datang lagi
ke sini nanti. Hendak tahu lagi...kami nyanyikan lagu
NEGARAKU di tempat itu.
 Patung ini seksi walaupon sekadar patung



Anak ereb berposing ayu berlatarbelakangkan patung batu-batan
Chadi Nasr...nama patung ini
Kedai cenderahati.  Boleh pulak lupa nak masuk kedai ini, maka
tiada satupon 'fridge magnet' atau buku berkenaan Lebanon
 dibeli.  Ishhhhh...mungkin keterujaan melihat tempat
yang menakjubkan menjadikan saya pelupa seketika.

Mamat ereb ini pemandu  F1 era  bila, entah lah.
Pandu bas seolah kena kejar pelesit,
yang mahu kejar hantu stokin...
punya lah laju. Ada juga gambar yang
saya ambil gegar seribu gara-gara
pemanduannya
 Malam di Beirut...perjalanan pulang
ke Syria...kasut bata di mana-mana...
Mohon diizin dan dihalalkan gambar rakan-rakan rombongan dan lainnya dikongsikan di sini. 
Terima kasih.


No comments:

Post a Comment