Thursday, 25 October 2012

memori madain saleh 0.7



Cuaca panas terik memungkinkan bayang
diriku dirakam lensa kamera
 
 
Kaum Tsamud telah menolak ajakan dan seruan beliau.  Sebahagian kecil kaum tersebut terdiri daripada yang berkududukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh a.s dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian besar lagi kaum Tsamud yang berkedudukan tinggi dan kaya raya enggan dan membangkang serta menolak ajakan Nabi Saleh a.s bahkan mengingkari kenabiannya.
 
Kaum Tsamud telah berusaha keras untuk menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh a.s tetapi gagal bahkan dilihatnya Nabi Saleh a.s giat menarik pengikut-pengikutnya yang tertarik dengan dakwahnya.  Kaum Tsamud golongan atasan terutamanya berusaha menyekat arus dakwahnya yang telah mula mendapat perhatian golongan menengah dan bawahan dalam masyarakat.  Mereka menentang Nabi Saleh a.s dan meminta beliau bukti akan mukjizat kebenaran kenabiannya dalam bentuk benda atau kejadian luarbiasa di luar kekuasaan manusia.
 
 
 
 
Maka Nabi Saleh a.s memohon kepada Allah swt agar memberinya satu mukjizat untuk membuktikan kebenaran dakwahnya dan sekaligus mematahkan tentangan kaum degil ini.   Ia memohon kepada Allah swt dengan kekuasaanNya menciptakan seekor unta betina yang keluar dari batu karang besar yang terdapat di sisi bukit yang mereka tunjuk.
 
Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu karang besar maka berkata-katalah Nabi Saleh a.s kepada mereka:
 
"Inilah dia unta Allah swt, janganlah kamu ganggu dan biarkanlah dia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah swt.  Dia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minuman dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan minuman bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahawa Allah swt akan menurunkan azabNya apabila kamu mengganggu binatang ini".
 
Unta itu pun berjalan di ladang-ladang rumput tanpa gangguan.  Pada hari-hari giliran unta itu datang minum, tiada seekor binatang lain berani menghampiri.  Ini telah menimbulkan rasa tidak senang kepada yang lain dan mereka merasakan bahawa adanya unta Nabi Saleh a.s adalah gangguan bagi mereka.  Maka timbullah niat busuk mereka untuk membunuh unta Nabi Saleh a.s.
 
 
Sumber artikel : hasanalsaggaf.wordpress.com
Mohon izin dan halalkan artikel serta gambar jemaah rombongan dikongsi di sini.
Terima kasih.
 
 

No comments:

Post a Comment