Sudah mendahului 4-0 tiba-tiba prestasi pasukan Jerman merundum melantun-lantun, hampir-hampir kalah. Kelam kabut sungguh permainan mereka di babak-babak terakhir.
Di separuh masa pertama tim pilihan ini cukup gah perfomen mereka. 1...2...3...gol dihasilkan. Kalau sudah tiga gol disumbat maka secara tidak langsung perlawanan sudah 'over and done'.
Masuk masa kedua, satu lagi gol berjaya dijaringkan, sudah 4-0. Kalau ikutkan memang selesa sangat dan kemenangan di dalam tangan.
Namun sebaliknya berlaku, bukannya mahu mengekang kemaraan penyerang lawan tetapi dibiarkan pemain Sweden bermaharajalela dan bukan sahaja satu gol ditembusi malah dua, tiga, empat biji lagi dibiarkan melepasi gawang Jerman. Apa sudah jadi dengan pertahanan dan goali Jerman? Mereka membiarkan Sweden koyak rabak gol mereka sesuka hati dengan belas kasihan yang sedikit.
Tim Jerman tiada pertahanan di separuh masa kedua, seolah-olah formasi permainan tidak menginginkan untuk mereka bertahan, sebab asyik sangat mereka naik terlampau ke atas. Boateng seolah lupa dengan posisi sebenar beliau. Badstuber dan Matersacer walaupun ketinggian menepati ciri-ciri pemain di posisi mereka, namun susuk tubuh mereka tidak setegap dan segagah Ibrahimovic.
Susuk tubuh beliau mampu menidakkan
kemenangan mutlak Jerman ke atas Sweden
Koc Jerman ini masih tidak berupaya untuk
mencari formula 'membentuk' yang boleh
membawa Jerman ke mercu kejayaan
gemilang...sayang sekali beliau
dikelilingi pemain-pemain cukup berbakat
dan hebat bertaraf dunia, namun beliau
masih gagal 'membimbing' tim 'Jerman'
Saya fikir koc Sweden memang bijak dan handal membuat percaturan strategi. Beliau telah membuat pilihan-pilihan tepat untuk pemain-pemain gantian. Apabila mereka ini dimasukkan, permainan mereka jadi hidup dan bertenanga. Tanpa berlengah mereka porak-peranda permainan pihak lawan. Pemain-pemain Jerman hilang punca. Hasilnya keputusan 4-4. Kalau ada lagi masa, Sweden harus menang dan Jerman bakal malu besar.
Apa yang dibualkan antara koc, staf teknikal dan pemain-pemain Jerman di bilik persalinan masa rehat separuh masa adalah misteri Menggapai bulan bintang kemenangan sudah milik kita. Jelasnya mereka sudah selesa dengan gol-gol di masa pertama dan semangat terlalu yakin melampau boleh memakan diri dan memusnah impian, sedikit sebanyak tercalar rekod kehebatan.
Walaupun Jerman mendahului pasukan-pasukan lain dan mereka nampak kuat di peringkat awal kumpulan, harus diingat di peringkat-peringkat seterusnya yang lebih mencabar mereka tercekik, biasanya. Lihat sahaja Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, prestasi mereka mencapai klimaks sebelum masanya. Alasan-alasan ada di kalangan pemain-pemain adalah muda dan tidak mempunyai pengalaman setara adalah alasan gampang semata.
Harapan penyokong pasukan Jerman, apa sahaja kekurangan di bahagian mana sekalipun perlu diteliti dan dipertingkatkan lagi kemasan permainan di perlawanan-perlawanan akan datang.
Mohon izin dan halalkan gambar dikongsi di sini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment