Friday, 29 November 2013

biskut budak sekolah...


Sejuknya.  Hujan dan berangin beriringan, sudah masuk musim tengkujuh.  Dingin sebegini enaknya tarik selimut berlengkar atas katil.

Hujan-hujan gini segala aktiviti jadi sendu, line intenet pun kebetulan sangatlah lembapnya.  Muat naik foto pun ambil masa agak lama juga.  Perut pun berkerongcong lapar.

Rasa rugi pula dok riba tangan tanpa membuat sesuatu yang boleh mengisi masa terluang.  Lantasnya saya capai salah satu buku resepi dan belek satu demi satu muka surat, mana tahu ada resepi yang senang untuk dicuba.  Saya tertarik dengan resepi biskut ini, jadinya saya meneliti bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan biskut yang dinamakan 'rock bun'.  Bahan-bahan yang diperlukan memang sudah tersedia ada  dan cara buatnya tidak susah mana.


Biskut 'rock bun' ini juga kami panggil sebagai 'biskut budak sekolah'.  Masa di zaman sekolah menengah beberapa dekad  lalu, biskut inilah yang kami pelajari  dalam kelas Sains Rumahtangga, saya dari aliran inggeris jadinya kelas Home Science.  Chegu Home Science saya dahulu tidak silap ingatan, nama beliau Chegu Asmah, kecil molek orangnya sangat suka berkebaya pendek.

Saya pasti ramai pelajar mahupun bekas-bekas pelajar di sini  melalui era 'rock bun' ini.  Hasil kejadiannya sedap dan ranggup. 


ROCK BUN(sumber@google)

Bahan-bahan:
8oz tepung gandum*
2sk baking powder*
*diayak bersama...

4oz butter
3oz gula kastor
2oz kismis
1oz buah campuran
sedikit parutan kulit limau (saya tak bubuh)
1 biji telor

*saya bubuh 3oz buah campuran sebab di dalamnya sudah ada kismis...

Cara-cara:
satukan butter dan tepung gandum sampai jadi breadcrumbs.
masukkan gula, kismis, parutan kulit limau dan buah campuran, sebatikan.
masukkan telor yang telah dipukul ke dalam adunan, sebatikan jadi doh lembut.
ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan dan susun di atas dulang pembakar.
bakar sehingga masak di suhu 200 darjah celcius.

Senangkan buatnya.  Orang malas pun boleh cuba kalau ada kehendak dan usaha.

www.facebook.com/indahserunding

Monday, 25 November 2013

macaroni cheese bakar...


www.facebook.com/indahserunding



Bahan A

250gm macaroni
Cheese mozarell / cheddar cheese pun boleh

Bahan B (sos daging)

2 keping daging cincang (nak guna daging burger atau ayam cincang & ayam burger pun boleh)
1/2 tin cendawan butang (nak letak boleh, xnak letak pun sedap gak)
250gm sos spagetthi prego (nak letak tomato puri pun boleh)
250gm air
1 labu bawang besar kuning (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji capsicum hijau
2 sudu butter (minyak masak pun boleh)
2-3 helai daun bay (tak letak pun ok)
sedikit oregano
garam & gula secukup rasa
3 biji telur

Bahan C (sos cheese/sos putih)

125gm cheedar cheese
300gm susu segar
150gm air (kalau pekat sgt blh tambah)
1/2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar lada hitam (optional)


CARA:

Panaskan air campur sedikit minyak & rebus macaroni hingga empuk. Angkat & toskan.

Sediakan sos daging
Panaskan butter, tumis bawang hingga wangi. Masukkan sos prego, daun bay & air. Kacau sebati. masukan daging dan masak sehingga pekat. masukan cendawan, capsicum, garam, aregano dan masak lagi sehingga pekat. padamkan api. Masaukan makaroni tadi dan gaul sehingga rata.

Sediakan sos cheese
Panaskan butter sehingga cair. masukan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukan cheese dan gaul sehingga likat, jangan bagi hangus. Kecilkan api. Masukan susu segar dan air. masakkan hingga pekat dan berkilat. Masukkan lada hitam kacau-kacau dan angkat.

Makaroni yang telah digaul dengan sos daging dimasukkan kedalam bekas dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan makaroni diikuti dengan sos cheese. Pukul telur & siram sediki keatasnya...
Taburkan keju mozarella menutupi lapisan sos cheese bakar dengan suhu 180C 45-45 minit bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.


Ikhlas dari:
Cha Chocolate & Cupcakes

Sunday, 24 November 2013

teh hijau...



Kebaikan Teh Hijau
Tentu anda semua nak tahu sebab apa saya memilih teh hijau sebagai minuman harian dan kenapa saya mengurangkan minuman yg biasa seperti milo, teh tarik, kopi & lain-lain dalam diet makan harian saya.. so di bawah ni saya dh sediakan artikel yg merangkan pasal teh hijau dengan lebih lanjut... Maaflah, saya bukan scientist o doktor nak terang panjang2 pun, tp juz kongsi apa yg saya dh rasa n alaminya sendiri selama setahun..

1) Khasiat Teh Hijau

Teh Hijau telah diamalkan di Negara China semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan teh hijau untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan.

Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan sahaja yang membezakannya:

Proses Pembuatan Teh Hijau
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.

Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Teh Hijau, antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Teh Hijau dapat mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.

Secara umumnya Teh Hijau didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.


Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.
Antara kebaikan teh hijau adalah:

• menurunkan kadar kolesterol
• anti oksidan / awet muda
• meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
• melindungi fungsi ginjal
• mencegah diabetes
• mencegah keracunan
• mencegah bau mulut
• mengurangkan risiko strok
• kaya mineral dan vitamin
• membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
• mencegah kerosakan gigi
• melancarkan sistem pencernaan
• mencegah hepatitis
• melindungi paru-paru daripada racun rokok

Di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). Jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga.

Sumber : http://www.oldtraffords.com/2011/04/khasiat-teh-hijau.html



2 ) Teh Hijau: Minuman Terbaik untuk Kesihatan

Apakah minuman harian anda? Teh tarik, kopi O, Nescafe, Milo? Semua minuman tersebut bukan minuman untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi minuman yang dicampur dengan susu pekat manis.

Saya nasihatkan agar anda menghindari minuman yang dicampur dengan susu tersebut seperti teh tarik, nescafe susu dan sebagainya kerana susu pekat manis mengandungi lemak tepu yang tinggi daripada minyak kelapa sawit yang boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat. Lebih selamat order yang ‘O’.

Tahukah anda Penduduk dunia yang paling panjang umur ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun. Di Okinawa, didapati 28.6 per 100,000 penduduknya berusia melebihi usia 100 tahun. Lebih ajaib amat jarang penduduknya dijangkiti penyakit kanser, sakit jantung dan  Alzheimer. Apakah rahsia mereka? Jawapannya : Antara minuman asasi mereka di panggil ‘ocha’. Apa ‘bende’ tu? Itulah TEH HIJAU. [ topik penduduk Okinawa akan dibincangkan dalam entri lain nanti]




Kali ini saya ingin berkongsi minuman yang sangat baik bagi kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita terus menikmati kesihatan yang sempurna seterusnya dapat beribadat kepadaNya dengan selesa dan sempurna.

Pernahkah anda mendengar minuman teh hijau? Allah meletakkan banyak khasiat di dalam minuman ini. Minuman ini terkenal dengan ketinggian anti-oksidan yang kiatkan dengan anti-penuaan atau awet muda. Setelah saya mencari dan membuat research melalui internet banyak didapati kebaikan teh hijau        Oshi Oshukima berumur 101 yang masih mampu berkebun
 internet banyak didapati kebaikan teh hijau
dan ia diiktiraf sebagai minuman kesihatan yang terbaik. Antara kebaikan teh hijau ialah :

Mampu menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis,pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.
2   Menurunkan tahap gula dalam darah. Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah. Ini baik bagi pesakit diabetes.

3   Mencegah kanser. Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.
4     Membantu mengurangi kadar kolesterol jahat (LDL). Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Perkara ini boleh menjelaskan mengapa kebiasaan meminum teh hijau berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
5      Mencegah osteoporosis. Penyelidik di Hongkong mendapati bahawa teh hijau bermanfaat bagi tulang, sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain.
6      Mempertingkatkan sistem immun (ketahanan tubuh). Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem immun terhadap bakteria dan virus.
7      Mencegah keracunan makanan. Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli.
8      Membantu mengawal tekan darah tinggi. Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. Sesuai untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi.
 Serta banyak lagi manfaat meminum the hijau. Pambaca boleh ‘search’ di google untuk maklumat lebih lanjut.
Rasanya agak sedikit pahit dan elok tidak dicampurkan dengan gula atau susu untuk keaslian khasiat dan rasanya. Sememangnya dalam kepahitan itulah Allah letakkan rahsia kemujaraban minuman ini.



Sumber : http://pbasmkps.blogspot.com/2012/04/teh-hijau-minuman-terbaik-untuk.html




KEBAIKAN TEH HIJAU (GREEN TEA)


Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
•Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

2.Membantu mengawal paras gula darah
•Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah
•Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4.Menguatkan sistem imun
•Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan aras kolesterol
•Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6.Menggalakkan pembakaran lemah
•Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

 Sumber :  http://petua-umi.blogspot.com/2010/03/kebaikan-teh-hijau-green-tea.html



Dah baca kan?? so sebab tu la saya memilih teh hijau ni.. dia bukan sahaja minuman biasa tetapi dia juga banyak membantu saya menjauhi penyakit keturunan keluarga saya iaitu darah tinggi n diabetis (kencing manis ). Sebenarnya, sejak kecil lagi saya telah melihat kedua- dua belah keluarga saya, sangat mudah menghidapi penyakit tersebut pada usia yg agak muda walaupun individu itu bertubuh kurus.. Disebabkan itu, saya telah membuat kajian tentang kehidupan masyarakat cina dan jepun yg majoritinya warga emas.. Saya lihat dan saya fikir.. mengapa mereka lagi sihat drpada pemuda cina masa kini sedangkan mereka dah berusia 70 tahun ke atas dan masih boleh bermain badminton serta juga berlari seperti org yg berumur 30 tahun... Jadi di situ la bermulanya titik saya membiasakan diri dengan teh hijau selama setahun bermula 1 Januari 2012.

Sementara itu, teh ni juga merupakan salah satu alternatif untuk saya mendapat berat badan dan BMI yg disarankan oleh doktor pakar Hopital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan Pahang serta doktor pakar Hospital Besar Melaka selain saya melakukan aktiviti senaman kardiovaskular di gym dan juga taman reakreasi.. Disamping itu, saya juga selalu minum teh hijau yg panas selepas makan kerana ia membantu saya dalam proses pecernaan yg baik disamping membuat lemak yg tidak diperlukan...

Rasanya memang pahit, tapi bak kata orang tua- tua... "Yang pahit itulah ubat"
tapi percayalah kata saya ini, bila anda dh biasa minum air teh hijau ni, rasa pahit tu akan jadi biasa ibarat kita minum teh biasa... Paling best teh ni tiada apa apa bahan yg berbahaya...

Saya dah amalkan... Anda bagaimana ??  Berusahalah sebelum terlambat... ^______^


Sumber:  ceritamohdadam.blogspot.com
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih



satu mug satu hari saya minum teh hijau uncang...sejak beberapa
tahun saya amalkan...

Friday, 22 November 2013

la tahzan...


Jangan bersedih...
Sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas berjihad, putus harapan, mengheret untuk berburuk sangka dan hanya membuatmu menjadi pesimis.


Jangan bersedih...
Sesungguhnya rasa sedih dan gundah gulana adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan dan kebingungan.


Jangan bersedih...
Sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik dan ada amalan yang memberi manfaat.


Jangan bersedih dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan sebarang aktiviti. Solatlah...bertasbihlah...bacalah...menulislah...bekerjalah...terimalah tetamu...bersilaturrahimlah.



petikan daripada buku 'jangan bersedih'~dr. 'aidh bin 'abdullah al-qarni
mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

arwah ahmad ammar dari kacamata muhammad...


Mungkin nukilan daripada sahabat Arwah boleh merungkaikan sedikit sebanyak persoalan Arwah diberi penghormatan begitu hebat sewaktu pengakhiran perjalanan hayatnya.

Saya hanya tokok tambah foto-foto milik sendiri, sekadar ceriakan laman ini.


Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

perkarangan masjid ummayad, syria...


Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.


Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

masjid khalid al-walid, syria...

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.


Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TüRKİYE

Wednesday, 20 November 2013

insan terpilih...



Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.
Hebat sungguh penghormatan yang Allah swt berikan  kepada arwah anak ini.

Salam takziah kepada Encik Azam dan isteri.
semoga tabah...amin.


sekalung penghargaan kepada pembikin video ini.
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih

Wednesday, 13 November 2013

sabar itu indah...

Mengapa Allah menguji kita?

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa... "Apakah Tuhan sayangkan aku?  Kenapa aku diuji sebegini berat sekali?"

Kenali Tuhan yang mengujimu !

Tanpa kita sedari kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa dirinya hamba. Terutama ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita kalimah 'istirja' setiap kali diuji. 

ان لله و إن اليه راجعون

"Kami milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan"

Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sesekali menolak apalagi 'mengamuk' apabila diuji. Kita hanya hamba...

Namun, untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu, Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha Hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan (takdir) Allah itu yang memberikan yang terbaik. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tidak memberi sesuatu yang buruk untuk hambaNya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahwa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak tahu atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, Ya Allah, mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah):

"Sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila Dia menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati"

Di antara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak, tidak sennag dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati dan akal akan terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesungguhnya akan melemahkan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa - mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal. kerana Qada dan QadarNya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat dan cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru Allah berfirman : 

".... Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu"
(Surah al-Baqarah : 216)

Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, "Belum dikatakan seseorang itu kenal Allah, sebelum ia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya"

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah pada seseorang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujianNya"


Jadi apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang-orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Tapi bagi anti diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujianNya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba kepada Allah. Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan tiga langkah ini apabila diuji.

1) Kuatkan Iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. 

2) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran.

3) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. 

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk 'membesarkan' kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata... Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk 'membesarkan' lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji ! Justeru apabila diuji jangan katakan 

"Apakah aku tersisih?"

sebaliknya, katakan.

"Aku sudah terpilih!"

SUMBER : Ustaz Pahrol 


"Apabila kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka"

Suka untuk kak cik kongsikan satu kata-kata tutor kak cik ketika kelas tutorial Ahad lepas :

"Anehnya orang beriman, apabila diuji dia bersabar, apabila diberi kesenangan dia bersyukur"

Duhai hati, bersabarlah dan terus melangkah!.... :-)



Sumber:  sabaritucantik.blogspot.com
sumber foto: images@google
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

Tuesday, 12 November 2013

meleleh-leleh...


KEK KEJU MELELEH


Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair

Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.



Sumber:  Cha Chocolate & Cupcakes
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

Monday, 11 November 2013

air tangan chef...



Saya kalau ke kedai buku, rajin juga pergi ke bahagian buku-buku resepi yang menampilkan resepi-resepi chef tempatan.  Menarik juga masakan-masakan hasil air tangan mereka.  Ada yang senang dan ringkas untuk dipelajari.  Pendek kata pertama kali cuba dan menjadi sedap masakan tersebut.


Antara buku-buku resepi yang banyak dijual, saya tertarik dengan buku masakan daripada Chef Hanieliza. Resepi-resepi yang dipersembahkan dalam bukunya boleh dikatakan sedap-sedap belaka, kena dengan tekak saya. 


Saya sempat memiliki tiga antara buku-buku hasil nukilan beliau.  Harga senaskah buku-buku resepi beliau amat berpatutan kalau hendak dibandingkan dengan resepi dan tip-tip yang diperturunkan.  Berbaloi sangat.

Satu ketika dahulu Chef Hanieliza bergiat  dalam satu forum di halaman 'masak memasak'.  Di situ pun banyak juga ilmu-ilmu yang beliau perturunkan,  maklumlah otai masakan.   Apa yang diajar di situ  amat besar manfaatnya kepada saya.  Terima kasih Chef.


Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

dirgahayu smv...


Selamat menyambut hari Keputeraan buat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.  Cuti selama dua hari diperuntukkan kepada seluruh rakyat Kelantan untuk sama-sama meraikannya.  Cuti atau tidak, tiada memberi apa-apa makna kepada saya.  Apapun marhein ini mengharapkan Al-Sultan diberi kesejahteraan kesihatan, fokus minda untuk menerajui  negeri Kelantan serta jajahan-jajahan takluknya. Amin.

Sempena hari 'puja umur' Sultan,  hari ini saya buat apam kukus cicah nyior. Sebenarnya tiada kena mengena pun hari jadi SMV dengan apam kukus.  Sahaja saya buat untuk minum petang.  Sementelah ada nasi berlebih, hendak dibuang tidak sekali-kali maka walaupun ada sedikit vitamin 'M' melanda, kena cari juga resepi yang guna nasi untuk jadi kuih.  Digodek-godek buku resepi maka terhasil lah kuih apam kukus ini. Vitamin 'M' itu adalah untuk menyatakan saya bermalas-malas.


Nasi putih yang berlebih itu boleh buat dua adunan.  Bila sudah siap diperam buat beberapa ketika, adunan dimasuk ke dalam bekas kecil-kecil sesuai untuk kukus apam.  Banyak juga dapat, kena guna dua lapis pengukus untuk mengukusnya.  Mujur bekas apam kecil yang ada dalam simpanan,  cukup untuk dua adunan.


Biasanya apam yang selalu kita nampak dan terjual diwarna-warnikan.  Ada kaler merah jambu, hijau, kuning selain kaler asal  putih.   Apam saya kali ini dikekalkan dengan kaler putih sahaja.  Namun demikian ia nampak cantik dan menarik walaupun hanya dengan satu kaler.  Yang benarnya saya tidak rajin hendak solek-menyolek kuih itu dan duduk berlama-lama di dapur, kemalasan sungguh hari ini. 


Oleh kerana apam ini tidak akan habis dimakan hari ini, maka saya akan masukkan ia ke dalam bag plastik untuk disimpan di dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.  Bila hendak makan di kemudian hari, bawa keluar  dan kukus semula.



Sunday, 10 November 2013

kelumumur boleh berulang...



Kenal pasti punca tangani masalah

KELEMUMUR. Menyebut namanya saja sudah terasa geli. Putih dan kadangkala berkuping di celahan rambut. Apatah lagi kalau melihatnya gugur, jatuh di bahu. Memburukkan keadaan apabila si empunya ketika itu mengenakan baju berwarna gelap.

Betapa kacak atau jelita seseorang, tetapi kalau begitu keadaannya, tentunya rosak penampilannya lantaran kelemumur dikaitkan dengan pengurusan diri.


Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat. Di Malaysia, pengidap kelemumur dianggarkan seramai 4.3 juta orang sementara di United Kingdom 11 juta, membuktikan ia masalah sering dihidapi.

Ia sebetulnya bagaikan ‘benda hidup’ yang boleh bertambah tebal, berkuping-kuping di kepala jika tidak dirawat sedari awal.

Pakar Perunding Kanan Dermatologi Dr Steven Chow Kim Weng, berkata keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa pada permukaan kulit kepala yang memakan lipid atau sebum kulit.

Ia kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul yang dirembeskan dan keadaan itu menyebabkan iritasi atau kegatalan pada kulit kepala. Ia adalah punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadilah kelemumur yang bagaikan kepingan salji jatuh ke bumi itu.

“Keadaan cuaca seperti iklim tropika sepanjang tahun di negara ini, menyebabkan individu terdedah kepada cuaca panas, habuk dan kotoran, yang boleh menyebabkan masalah kepada kulit kepala. Ramai penduduk Malaysia mengalami masalah kelemumur tetapi tidak dihebahkan. Ada sesetengah individu yang mempunyai tabiat suka menggaru kepala disebabkan iritasi kelemumur.

“Kelemumur boleh membuatkan seseorang itu menggaru kulit kepala secara berlebihan untuk menghilangkan kegatalan. Namun, ia boleh menyebabkan kulit kepala rosak. Apabila seseorang menggaru kulit kepala, ia menyebabkan lapisan yang melindungi rambut akan terhakis dan lama-kelamaan pecah,” katanya pada bengkel media ‘Head& Shoulders’, baru-baru ini.

Terangnya lagi, kajian klinikal menunjukkan, rambut yang berhadapan masalah kelemumur ‘sakit’ apabila rambut sekitar kawasan dihinggapi, tidak begitu berkilat atau anjal, iaitu keadaan menunjukkan tanda bahawa kualiti rambut merosot, selain strukturnya yang semakin lemah.

“Rambut yang lemah senang putus dan akan menyumbang kepada masalah rambut gugur, baik bagi lelaki mahu pun wanita. Kehadirannya menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru hinggalah masa tidur boleh terganggu akibat kegatalan,” katanya yang turut mengakui ia menjadi punca individu berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur.

Sebetulnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan saja terdapat pada bahagian kulit kepala, dengan keadaan seperti serbuk putih, tetapi dalam kes yang teruk, ada jenis berkuping dan merebak hingga ke bahagian lain termasuk kening, hidung, dahi dan bahagian belakang telinga.

Masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi mengubati penyakit dan bayi yang baru lahir, tetapi untuk bayi ia dipanggil cradle cap.

Disebabkan kelemumur tidak akan hilang dan akan kembali menyerang, perlu bagi individu menjaga kebersihan rambut dan menggunakan syampu rumusan antikelemumur yang diperkaya dengan bahan antikulat, untuk mencegahnya kembali berulang.

Banyak mitos berhubung kelemumur, termasuk lelaki lebih ramai mengidap kelemumur dan menggunakan perapi boleh menyebabkan timbul kelemumur. Jelas Kim Weng, masalah ini boleh diatasi dengan pengurusan diri yang baik, termasuk mencuci rambut menggunakan syampu rumusan antikelemumur selain berjumpa doktor jika masalah berkenaan semakin teruk.

Sementara itu, saintis Procter & Gamble (P&G), Dr Jasmine Karsono, berkata, walaupun masalah kelemumur bukannya penyakit hingga mengancam nyawa, kehadirannya mampu menggoyahkan keyakinan diri dan membawa kepada imej sosial yang negatif.

“Walaupun terdapat banyak syampu antikelemumur di pasaran, ramai pengguna mengadu selepas sekian lama, kelemumur akan muncul kembali. Ini kerana kebanyakan syampu hanya merawat simptom tetapi tidak mampu mengenal pasti punca sebenar, iaitu kulit kepala yang tidak sihat atau kurang nutrien,” katanya.


Sumber artikel: Nor Afzan Mohamad Yusof~bharian.com.my
Sumber foto:  treasure-sauda.blogspot.com
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

siapa teman setia...


Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan,  iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya.  Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya".

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada tiga-tiga golongan ini.  Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan juga kaum kerabat, mereka hanya dapat menghantar kita sampai ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika melihat badan kita terbujur sejuk di liang kubur.  Tiada seorang pun yang bersedia untuk menjadi teman kita di kesunyian kubur.  Mereka akan pulang setelah menimbuni tanah ke atas liang kubur kita.  


Begitu pula harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memerah keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa, semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris.  Mereka akan mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita yang akan ditanya daripada mana harta itu diperolehi dan ke mana kita membelanjakannya.  


Orang yang bijak ialah orang  yang  mempunyai  rancangan bagi wawasan akhiratnya dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba  saatnya.  Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan, mengejar dunia dan menimbun harta.  Maka apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan.  Namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Oleh kerana itu, perbanyaklah berbuat kebajikan, tingkatkan lah ketaqwaan, buatlah bekalan akhirat sedaya upaya yang ada.  Rajin bersedekah dan suka berderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu.



Sumber:  empat puluh hadis penawar hati~abu ali al banjari an nadwi
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

Saturday, 9 November 2013

campak...


Tanda-tanda dihinggapi penyakit ini:

Demam dan selsema
Sakit tekak
Tiada selera makan minum terutama kanak-kanak
Mata kemerahan dan berair
Suhu badan sentiasa meningkat

Rawatan

Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus.

air kelapa muda...
ATAU

Ambil sedikit daun jambu campurkan dengan bedak sejuk dan tumbuk hingga lumat.  Sapukan di  bahagian yang timbul bintik-bintik merah.  Apabila bintik-bintik merah beransur hilang mandi dengan air jambu yang diramas di dalamnya.

daun dan buah jambu...

bedak sejuk...
Larangan

Jangan  menghidu minyak yang ditumis.
Jangan bercampur dengan orang lain terutama kanak-kanak kerana mudah berjangkit.
Jangan memakai baju di waktu cuaca panas.
Tidak boleh mandi.
Jangan terkena air hujan.



Sumber:  Azahari Ibrahim; ubatan traditional melayu~doa penawar penyakit~rahsia kebaikan surah Al-Fatihah.
sumber foto:  m.okezone.com~eemooesprit.blogspot.com~zakariahashim.blogspot.com
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

buttercream...


Resepi 1

250gm creamlite/krimwell
50gm butter
100gm gula icing (ayak 2 kali)
1sk esen vanila

Resepi 2

1/2 cawan shorterning
1/2 cawan butter
1sk esen vanila
4 cawan gula icing(ayak 2 kali)
2sb susu



Sumber:  Cha Chocolate & Cupcakes
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini.  Terima kasih.

Friday, 8 November 2013

kota romantis...


Kami tiba di kota ini di waktu petang lebih kurang jam 3.00 petang.

Setelah urusan bagasi dan sesi penerangan selesai, kami diberi kunci ke bilik masing-masing, untuk berehat dan melakukan solat jamak.

hotel penginapan...

kedai di hadapan hotel...

Hari masih siang jadinya saya dan rakan-rakan ke supermarket berdekatan hotel untuk membeli barang keperluan.  Hotel penginapan kebetulannya berhampiran dengan kedai-kedai dan stesen tren.  Beberapa pintu dari hotel kami, terdapat kedai kebab warga Tunisia.  Tiada masaalah untuk kami mencari makanan halal di sini.

Adalah sangat rugi untuk beristirehat di dalam bilik sedangkan untuk datang ke kota Paris ini, bagi rakyat marhein seperti saya perlu menabung lama juga.  Bak kata grup leader kami sewaktu di Spain, waktu itu kami dalam bas mahu bergerak ke destinasi seterusnya,  kiri kanan semasa perjalanan permandangan indah, jadi beliau pesan dengan kami supaya jangan tidor sebab pemandangan sebegini tidak sama dengan di tanah air. Kalau hendak tidor nanti balik Malaysia baru tidor.  Rugi sangat bayar ribu riban sudahnya tidor dalam bas.

Keesokan paginya kami melawat Eiffel Tower.  Ramainya pengunjung menunggu giliran masing-masing hendak beli tiket naik tower.  Awal-awal lagi Tour guide kami sudah membeli tiket, jadi tidak perlu beratur untuk beli tiket hanya  menunggu  untuk masuk sahaja.

antara '7 wonders of the world'...

pemandangan dari dalam lift Eiffel Tower...

Kami naik ke tingkat dua seingat saya.  Dari ketinggian tersebut kami dapat lihat panorama keindahan kota Paris yang sinonim dengan jolokan kota romantis.  Sangat  menarik.

antara foto-foto diambil dari tingkat dua Eiffel Tower...
sungai yang disusuri menikmati keindahan...

sejauh mata memandang Paris pesat dan padat...

Setelah beberapa ketika di tower tersebut, kami beredar  pula untuk ke satu pelayaran menyusuri sungai melewati bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang pelayaran.  Maklumat dan penerangan berkaitan diberi  sepanjang menyusuri sungai tersebut.  

Sebelum kami gerak daripada Eiffel Tower ke destinasi untuk 'cruise',  dalam perjalanan ke parkir bas, ada seorang amoi betul-betul berdiri di sebelah bas kami.  Beliau menjual suvenir kenang-kenangan.  Wah apa lagi rombongan serbu amoi ini sampai habis barang jualannya.  Si amoi pun senyum meleret dari telinga ke telinga barang-barang selamat dirembat oleh kami.  Beliau pulang dengan senang hati, hari itu barangan laku macam goreng pisang panas.

Sebenarnya untuk berlayar menyusuri sungai ini tidak termasuk di dalam pakej yang disediakan oleh agen pelancongan.  Rombongan kena bayar sendiri sekiranya ingin menyertai aktiviti ini.  Tidak silap saya bayaran dikenakan 10euro seorang ketika itu.  Ada sahaja aktiviti pilihan(optional) yang mana rombongan kena bayar sendiri sekiranya memilih untuk menyertainya.  Kadang kala rombongan tidak peka akan caj-caj tersembunyi sebegini yang mana ia perlu diambil perhatian. Makna kata wang tunai kena sentiasa ada.  Alang-alang sudah sampai Paris kalau tidak merasai pengalaman ini, bila lagi agaknya hendak berkunjung ke sini?   Mungkin sudah tiada peluang.

dari dalam bot lensa kamera mencari sudut menarik...

rasanya bot ini eksklusif...siap berkemah di aras atas...
atau restoran di atas bot?...

nun ET...

antara binaan-binaan berseni
sepanjang pelayaran...

Pelayaran kami menikmati keindahan kota Paris melalui pengangkutan air berakhir.  Kami seterusnya dibawa ke satu restoran arab untuk makan tengahari.   Sudah kenyang, kami  di bawa ronda kota Paris antaranya ke bulatan terbesar di dunia katanya.  Ternyata memang besar dan terdapat binana-binaan berseni di sekitar bulatan itu. 

Foto-foto yang diambil tak kala bas sedang bergerak.  

'fountain'  bersiram air di kala cuacanya panas suhu dingin...

agak sukar untuk mengambil gambar bila
bas sedang melucur agak laju...
sudut-sudut yang sempat diambil...
kalaulah boleh turun sekejap apakan daya 
tiada peluang...

melewati gedung LV...
lawatan ke ke gedung LV tiada dalam aturcara
jadinya tiada peluang untuk menikmati...
dapat ber 'foto' an bangunan pun jadilah...

Kami pergi ke satu tempat untuk shopping. Puas memikirkan nama tempat ini tetapi saya tidak ingat. Pelancong punya ramai di sini.   Tempat ini memang menjadi tumpuan pelancong.  Boleh dikatakan kedai di kiri dan kanan jalan dipenuhi pengunjung.  Macam-macam bangsa yang kelihatan di sini. Selain pelancong ada juga orang tempatan berlainan bangsa. Perancis juga terkenal dengan orang-orang luar menjadi pemastautin tetap.  Kita boleh ambil contoh pemain pasukan bolasepak Perancis, tengok lah daripada mana asal susur galur pemain-pemain mereka.

Saya tidak terliur untuk membeli-belah di sini.  Mungkin orang terlalu ramai membuatkan saya pening mata lagi pula saya sudah pun beli suvenir dengan amoi di Eiffel Tower sebelumnya.  Apa yang dijual oleh amoi memang sama dengan suvenir yang terdapat di sini.

Keindahan kota Paris di waktu malam tidak ketinggalan untuk dinikmati.   Sementelah stesen tren berdekatan dengan tempat penginapan maka saya dan beberapa rakan telah menggunakan kemudahan ini untuk kembali  ke Eiffel Tower.   Sebenarnya hendak tengok tower tersebut bergemelanpan cahaya, disinari lampu lip lap pada malamnya.  Sementara menunggu saat itu, kami ditonton dengan gelagat mat-mat hitam yang berkeliaran berjual-beli anika suvenir kenang-kenangan.

ini lah rupanya ET diterangi lampu
lip lap di malam hari...hanya waktu-waktu
tertentu sahaja ia akan bergemerlapan...

Keesokan pagi setelah selesai sarapan dan urusan bagasi, kami keluar daripada hotel tersebut dan meneruskan kembara ke destinasi seterusnya.




pahala berterusan...


Daripada  Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah amalnya melainkan daripada tiga sumber sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak yang soleh yang  akan mendoakan untuknya".  

H.R. Muslim.


Apabila seseorang telah meninggal dunia terputuslah baginya peluang untuk menambah pahalanya.
Sebanyak mana amalan yang telah dilakukannya semasa ia hidup dahulu, maka banyak itu sahaja pahala yang akan diterimanya.  Dia tidak dapat menambah lagi pahalanya melainkan daripada tiga sumber yang telah diterangkan dalam hadis di atas.

Pertama sedekah jariah


Segala wakaf yang pernah dijariahkan semasa hidupnya dahulu, seperti mewaqafkan tanah untuk kebajikan, membina masjid, surau, sekolah, jalan, jambatan dan sebagainya, selama harta benda ini digunakan orang selama itulah ia mendapat pahala yang berterusan yang mengalir masuk ke dalam suratan amalan kebaikannya.

Kedua ilmu yang bermanfaat

Segala ilmu yang dapat memberikan kemanfaatan kepada orang lain dan dapat menambah ketaqwaan mereka kepada Allah swt.  Selama ilmu itu masih lagi dikembangkan dan dipelajari turun temurun, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebaikannya.

Begitu pula halnya seseorang yang mengarang kitab yang bermanfaat, ia akan mendapat pahala yang berterusan selama mana kitab tersebut dibaca dan dipelajari oleh orang lain.

Ketiga anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapa


Melahirkan anak yang soleh yang bertaqwa dan berwibawa adalah impian bagi setiap ibubapa, namun di mana datangnya buah kelapa kalau yang ditanam itu adalah benih buah pinang.  Insan soleh tidak dapat dilahirkan dengan didikan yang 'tolih' (buruk), yang jauh dari nilai-nilai agama atau diasuh oleh suatu lingkungan yang sihat.  

Insan soleh adalah hasil dari didikan berterusan dan pembinaan yang tersusun rapi.  Ia merupakan hasil daripada kegigihan ibubapa, guru dan lingkungan yang sihat dan suasananya yang membina yang dapat menghantarkan anak tersebut ke pintu gerbang ketaatan.

Cuba kita fikirkan sebentar, adakah salah satu di antara tiga perkara di atas sedang atau telah kita lakukan. Kalau belum, maka berusahalah dan kalau boleh himpunkan ketiga-tiga perkara ini sekaligus.

Selamat beramal.


Sumber rujukan:  empat puluh hadis penawar hati; abu ali al banjari an nadwi
Sumber foto: myMetro
Mohon izin dan halalkan artikel dan foto dikongsi di sini.  Terima kasih.



Wednesday, 6 November 2013

khasiat daun kari...


Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann König.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Pokok kari
Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.

Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India. Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasamvadathoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.

bunga pokok kari
Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:
  • 66.3% kelembapan
  • 6.1% protein
  • 1.0% lemak
  • 16.0% karbohidrat
  • 6.4% fiber
Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea)menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Buah kari di rumah KJ
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


Sumber:  laman-seri.blogspot.com
Mohon izin dan halalkan artikel dikongsi di sini.  Terima kasih.