Friday, 5 April 2013

transformasi ~ apakah?...


 
Di hari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari saya menerima buku yang isi kandungannya gambar-gambar penuh warna-warni.
 

 

Hari Jumaat di Kelantan merupakan cuti umum jadinya bila posman tiba-tiba menjengah peti surat dengan buku ini, musykil juga.  PRU bakal muncul, masing-masing calon sibuk menerbitkan resume untuk memikat pengundi-pengundi.  Akan tetapi resume yang ini mahal woooooo, setiap halaman muka suratnya ditonjolkan gambar program-program bersama rakyat yang diadakan di Kota Bharu. Setiap muka surat dipenuhi dengan gambar-gambar  'full coloured'.
 
 
bila dibelek satu persatu muka suratnya timbul
perasaan gundah gulana...saya sebagai rakyat
marhein yang tidak dianugerahkan kuasa,
wang ringgit apa tah lagi kemewahan, perasaan 
riak tidak menjadi penghuni diri...

 
Saya di saat ini masih kabur.  Apakah beliau adalah salah seorang calon Barisan Nasional yang akan bertanding?  Di ketika saya berblog ini, senarai calon-calon Barisan Nasional belum dikeluarkan lagi.  Melihat kepada gaya penerbitan buku ini, besar kemungkinan beliau bakal dicalonkan. Selamat bertanding lah Datuk Fatmi. 
 
Di kawasan kampung halaman saya,  PRU yang lalu,  dua parti yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan PAS (Pakatan Rakyat).   Di kala ini saya belum dapat ilham siapa yang akan saya pilih.  Tambahan pula calon-calon bertanding belum diketahui.  Walaupun ini kali keempat saya berhak mengundi namun ini adalah pertama kalinya  saya mengundi di kampung halaman. Kalau setakat menghantar buku 'resume' ini sahaja, ia telah gagal untuk meyakinkan saya akan tahap keberkesanan dan kecekapan kepimpinan bakal pemimpin.
 
 
Mohon izin dan halalkan foto buku berkenaan dikongsi di sini.  Terima kasih.

No comments:

Post a Comment