Hari ini Rabu, 3hb April 2013 genap empat tahun YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Hari ini juga pada pukul 11.30 pagi, beliau telah mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihanraya ke 13 diadakan.
mohon perkenan Yang Di Pertuan Agong
untuk pembubaran Parlimen...
pengumuman 'live' dihebahkan di media-media
Saya yang silap dengar kah? Bila mana PM Najib menyebut tarikh pembubaran Parlimen adalah 3 April 2012? Hari ini sewaktu beliau umumkan adalah 3 April 2013.
In Sha Allah dengan izinnya kali ini sudah masuk kali keempat saya berhak mengundi. Kalau untuk kali pertama, kedua dan ketiga saya mengundi di Kuala Lumpur, namun kali keempat ini saya akan membuang undi di kampung halaman, lebih tepat DUN Tanjung Mas Parlimen Kota Bharu.
jentera pilihanraya samada daripada BN atau
PR akan digerakkan...semboyan telah berbunyi,
apa ditunggu lagi...
Apa yang menariknya jangkaan-jangkaan kemenangan PRU sudah dibuat oleh pakar pemikir dan pengkaji tersohor Malaysia.
Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13. Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan!
Undi adalah rahsia. Terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi-pengundi untuk menentukan pemerintah yang mampu membawa negara Malaysia ke halatuju yang memanfaatkan segenap lapisan masyarakat.
Mohon izin dan halalkan video, artikel dan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment