Tuesday, 9 April 2013

pilih lah aku?...

Entah lah...saya sebagai rakyat marhein, nak dikatakan berada di kelas pertengahan pon tidak, kelas bawahan pon tidak, kelas atasan amat jauh sama sekali.

Apa sahaja pemberian kerajaan sebelum dibubarkan  (baca: Barisan Nasional) kepada rakyatnya, saya adalah rakyat malaysia yang tidak bernasib baik untuk sama-sama menikmati 'gula-gula' pemberian kerajaan itu.

Permohonan brim pun saya tidak berjaya, apatah lagi insentif-insentif lain yang sangat jauh dari jangkauan saya untuk mendapatkannya.  Sedih dan kecewa serta terkilan teramat bila rakyat malaysia seperti saya berada di dalam kelompok 'nampak tidak nampak' ini, terpinggir.

Persepsi orang, bila seseorang memiliki kereta makanya seseorang itu berduit atau mewah kononnya.  Memiliki kereta setakat kereta buatan lokal apalah sangat, ia lebih kepada keperluan dan bukannya untuk bermewah-mewah.  Sistem pengangkuatan awam di malaysia macam taik maka amat perlu untuk berkereta ke sana sini. 
Setengah orang mempunyai matlamat kelangsungan 'survival' famili dan syarikat maka wajib memilih si polan si polan si polan untuk mentadbir.  Bagus lah mereka tiada perasaan gundah gulana untuk memilih  pemerintah. Ke arah mana keputusannya kena tunggu. Berdoa lah semoga siapa yang mesti menang itu menjadi kenyataan.
Bagi saya yang langsung-langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa jua pun, apa sebenarnya yang saya dapat?  Sudah semestinya terang lagi bersuluh keamanan, kemakmuran, keharmonian dalam hidup bermasyarakat majmuk, kepesatan kemajuan negara.  Selain daripada itu apa ya?  Bodoh dan gila lah kalau rakyat mendambakan kekacauan, peperangan sabagai santapan harian kehidupan. 
Kelompok 'nampak tidak nampak' ini tentu ada gunanya masa mengundi nanti.  Pastinya si polan si anu mahu golongan ini memihak kepada mereka. Tapi itu lah kan bila tiba masa hendak tabur 'gula-gula', golongan ini terpinggir, tidak layak.  Apa yang dapat dikatakan hanyalah kecewa...kecewa...kecewa...langsungnya saya merajuk, malas  keluar mengundi.  Sesiapa yang termenang, terpilih jadi kepala nanti, apa-apa sahaja lah.  Korang bakal tentukan corak ke arah mana 'survival' halatuju sebenarnya.  Apa ada hal. Saya rakyat marhein akan tetap meneruskan hidup seperti sebelumnya, tiada perubahan.
bangla pilih BN...kuikuikuikui...

 messi pilih PAS...muahahahahaha...

apa ada hal...tepuk dada tanya selera!
bila tiba masa nanti buat pilihan dengan minda
yang tenang dan waras...pilihan di tangan
anda wahai rakyat malaysia...
Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini.  Terima kasih.

No comments:

Post a Comment