Saturday, 27 April 2013

aura tgna...


Hari  Jumaat  penghulu  segala  hari.  Hari  ini  jemaah  yang  bersolat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Putrajaya atau lebih dikenali Masjid Besi  sungguh  bertuah kerana dapat bersama-sama solat Jumaat  dengan tetamu sangat istimewa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
 
Dikhabarkan oleh jemaah yang hadir, perasaan sebak berlinangan airmata syukur, berselawat bergema  mengiringi, sejurus usai solat.  Betapa utuhnya aura Tok Guru bila impak kehadirannya dirasai amat mendalam.  
 
Biar gambar bercerita...

di kalangan jemaah ada Tok Guru Nik Aziz...
intai-intai lah di mana dia...khabarnya sejurus
sebelum solat bermula Tok Guru diberi ruang
oleh jemaah untuk berada di saf paling hadapan...
katanya lagi imam  tersekat-sekat berkutbah...
mungkin terharu dan teruja dengan kehadiran
Tok Guru...

suasana di dalam masjid...para jemaah mengambil
peluang emas ini untuk bersalam dan merakam
detik-detik manis bermakna...
 
nyatalah...kehadiran Tok Guru Nik Aziz telah
membuatkan jemaah tidak keruan...
 
saya yang hanya menatap gambar dapat merasai...
apatah lagi jemaah yang dapat solat bertentang
mata bersalaman berselawat mengiringi Tok Guru...
 
aura Nik Aziz sangat kuat...sudah bikin 'havoc'
Masjid Besi...Allahuakbar...
 
Ini baharu di Masjid Besi.  Nanti akan dikongsi foto-foto suasana ceramah perdana di Putrajaya pada malamnya.
 
 
sumber:  forum@cari
Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini.  Terima kasih.
 
 

No comments:

Post a Comment