Wednesday, 10 April 2013

beledo kering...



selepas merepek meraban mengadu domba melepas perasaan, kini untuk meredakan kesedihan kehampaan hendak relaks kepala hotak, saya mahu bercerita pasal makan.  

Minggu lepas saya mencuba buat beledo kering aka agar-agar kering.  Saya kelantan jati,  jadi panggilan beledo untuk agar-agar tiada peleknya.
 
agar-agar kering ala-ala manja manis...
ini sahaja yang tinggal, selebihnya dah kena
ngap dengan selamatnya...


Cara buatnya tidak payah mana tapi agak remeh juga.  Masak agar-agar, gula putih, gula batu, daun pandan macam biasa...macam masak agar-agar 'bodo' yang selalu dibuat.  Apabila bahan-bahan sudah hancur dan kering sedikit (seghing), tapis di dalam bekas dan bubuh perwarna suka hati. Apabila agar-agar sudah keras potong, pon suka hati cara memotongnya.  Atur di dalam dulang dan jemur sehingga ianya kering dan agar-agarnya bersakar dalam 3 hari hingga satu minggu.  Juga perlu dibalik-balikkan supaya keringnya sekata.  Agar-agar hendaklah dipotong besar sebab bila dijemur ia akan mengecut dan mengecil saiznya.  Faktor cuaca memainkan peranan  juga.  Kalau hari panas terik maka cepat lah agar-agar kering.  Sebaliknya kalau cuaca mendung  hujan, makan banyak hari juga untuk melalui proses pengeringan.  Bertabah lah.

Beledo kering sesuai juga dijadikan 'siso' atau salah satu cenderahati dalam 'goody bag' untuk majlis perkahwinan, aqiqah dan lain-lain majlis pon, kena tengok kesesuaian.

beledo kering warna-warni...ianya bersakar
sekadar sipi-sipi...
 
Apabila dicuba sendiri buatnya maka kandungan gula dalam agar-agar itu saya kurangkan.  Jadinya hasil agar-agar saya keringnya tiada bersakar sangat.  Manis itu rasa tapi ala-ala manja sahaja, Tidak adalah rasa manis 'leting-leting' macam nak membunuh seperti mana yang dijual di kedai-kedai.  Yang dijual di kedai-kedai manisnya  sungguh ngilu sampai naik ke kepala. 

Kehairanan saya kenapa perlu letak gula berkilo dalam agar-agar kering ini.  Adakah untuk membuat ia tahan lama atau sekadar untuk nampak bersakar cantik?  Acu google resepi ini dan tengok tang sukatan gulanya, memang boleh membunuh.  Apa lah perasaan orang-orang  yang  'sweet tooth'  ini dok makan makanan yang manis-manis belaka. Tidak rasa bersalah ke dengan tubuh badan sendiri?  Ya ampun...

No comments:

Post a Comment