Mohon izin dan halalkan video dan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Sunday, 28 April 2013
Saturday, 27 April 2013
Putrajaya~ini kalilah...
Ceramah Perdana yang berlangsung di belakang Istana Kehakiman Putrajaya.
Kehadiran Tok Guru Nik Aziz bertepatan sempena kempen pru13, sementelah calon PR yang bertanding di Parlimen Putrajaya adalah Datuk Husam Musa daripada parti Pas. Ini adalah salah satu kerusi panas yang bertanding di pru13 kali ini. Datuk Husam Musa (Pas) akan melawan Tengku Adnan Tengku Mansor (BN).
Putrajaya tidak pernah sesesak ini...mereka datang untuk
menzahirkan sokongan...
lautan manusia membanjiri tapak ceramah perdana...
wow...meremang bulu roma melihat begitu ramai sekali jemaah
hadir untuk mendengar ceramah Tok Guru juga calon Parlimen
Putrajaya serta pemimpin lain dari dekat...
calon P125 Putrajaya Datuk Husam Musa memberi
sepatah dua kata-kata amanat dan aspirasinya kepada hadirin...
mereka ini ada yang datang dari luar Putrajaya sama-sama
memberi sokongan...
antara pemimpin-pemimpin PR (Pas) yang turut hadir...
dengan kusyuk dan tawaduk mendengan ucapan...
kehadiran mereka hendaknya dapat diterjemah dengan undi
di hari pengundian nanti...
kehadiran Mursyidul Am Pas di Putrajaya meraih sokongan
padu...apakah pihak lawan lena tidornya melihat ombak lautan
manusia yang datang secara rela?...
sumber: forum@cari
Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini. Terima kasih.
aura tgna...
Hari Jumaat penghulu segala hari. Hari ini jemaah yang bersolat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Putrajaya atau lebih dikenali Masjid Besi sungguh bertuah kerana dapat bersama-sama solat Jumaat dengan tetamu sangat istimewa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
Dikhabarkan oleh jemaah yang hadir, perasaan sebak berlinangan airmata syukur, berselawat bergema mengiringi, sejurus usai solat. Betapa utuhnya aura Tok Guru bila impak kehadirannya dirasai amat mendalam.
di kalangan jemaah ada Tok Guru Nik Aziz...
intai-intai lah di mana dia...khabarnya sejurus
sebelum solat bermula Tok Guru diberi ruang
oleh jemaah untuk berada di saf paling hadapan...
katanya lagi imam tersekat-sekat berkutbah...
mungkin terharu dan teruja dengan kehadiran
Tok Guru...
suasana di dalam masjid...para jemaah mengambil
peluang emas ini untuk bersalam dan merakam
detik-detik manis bermakna...
nyatalah...kehadiran Tok Guru Nik Aziz telah
membuatkan jemaah tidak keruan...
saya yang hanya menatap gambar dapat merasai...
apatah lagi jemaah yang dapat solat bertentang
mata bersalaman berselawat mengiringi Tok Guru...
aura Nik Aziz sangat kuat...sudah bikin 'havoc'
Masjid Besi...Allahuakbar...
Ini baharu di Masjid Besi. Nanti akan dikongsi foto-foto suasana ceramah perdana di Putrajaya pada malamnya.
sumber: forum@cari
Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Thursday, 25 April 2013
'gula-gula'...
Giat sungguh BN berkempen cuba memenangi hati rakyat kelantan. Apapun rakyat yang akan tentukan pada 5hb Mei 2013, siapa yang akan dipilih dan siapa pula yang kecundang.
sepanjang musim kempen pru13,
makalah-makalah BN menerjah peti surat saya...
antara intipati ucapan YAB Najib...layan...
antara produk-produk terhasil sepanjang
pemerintahan BN di bawah YAB Najib...
profil calon BN P21 Kota Bharu...
Saya masih tunggu 'gula-gula' daripada pihak PR, kalau ada. Boleh juga dibuat perbandingan...saya pengundi 'atas pagar'.
Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Monday, 22 April 2013
otak celaru...
Antara kempen-kempen mual oleh parti terbabit PRU13.
baca betul-betul...orang tulis jawi dia pun tulis jawi...makna songsang?...
tulis rumi sahaja lah...
kalau tidak malu membawa sepanduk ini ke hulu ke hilir
apasal ditutup muka masing-masing?...janji dapat upah...
kempen kebabian apakah ini?...
buat apa lah sanggup naik lori para-para wanita bn?...
mustahil bn tiada peruntukan untuk menyediakan bas
atau van untuk mereka tolong berkempen?...tobat saya
tidak akan benarkan waris-waris rapat naik lori sebegini...
'old school'nya cara wanita bn berkempen...
kalau pru yang lepas mungkin kempen aksi-aksi bontot
masih boleh diterima pakai...pru13 kena kempen cara lain lah...
beza bila tengok muslimah pas dengan wanita bn...
bila tidak dibenarkan pacak bendera atau sepanduk, maka
timbul ilham kreatif untuk berkempen secara bergerak...
mereka menggunakan 'poster bernyawa' di kawasan ini
untuk menyatakan hasrat dan aspirasi mereka...
sumber: forum@cari
Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Friday, 19 April 2013
biar bulan bicara...
Foto dirakam di salah satu pos PAS di Telipot, Kota Bharu.
sahabat kita ini 'shy-shy cat' antara hendak pandang kamera atau tidak...
rugi lah bang...blog ini dikunjungi pembaca daripada seentero dunia nan fana...
mana tahu ada saudara mara yang dok Abu Dhabi nun kenal abang ke...hehehe...
atur susun macam mana sekalipun...bulan tetap mengambang...
atur susun macam mana sekalipun...bulan tetap mengambang...
hooogggaahhh...hooogggaahhh...
gambar ini di dicilok daripada forum@cari...
nak cakapnya kreatif dan kemas cara pemasangan...tidak mengganggu pengguna jalanraya...
bulan di mana-mana..ralit mereka merenung bulan padahal hari masih siang...
biarlah bulan bicara sendiri...biar Tok Guru menjadi saksi...
peeewiiiiittt...segak berdiri abang-abang macho mengibar
bendera bulan gergasi sambil Tok Guru mendoakan kesejahteraan...
Selagi ada BULAN, bintang dan matahari (orang dulu-dulu kalau buat perjanjian, inilah ayat yang sering digunakan)...tidak sekali-kali kami izinkan bumi Kelantan dijarah oleh sesiapa pun. Saya pengundi 'atas pagar', cumanya keghairahan PRU hanya datang paling lama, lima tahun sekali, makanya saya ambil peluang untuk menyemarakkan lagi pesta bendera ini.
Mohon izin dan halalkan foto abang-abang macho dikongsi di sini. Terima kasih
Thursday, 18 April 2013
mana satu pilihan hati?...
Parlimen Kota Bharu (P21) untuk PRU13 ini bakal menyaksikan pertembungan di antara calon Barisan Nasional Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan calon PAS (PR) Datuk Taqiyuddin Hassan.
Tidak tahu siapa yang bakal dipilih atau diundi. Kedua-duanya tidak menepati citarasa...aura kepimpinan tiada pada mereka walaupun mereka adalah orang lama dalam parti masing-masing, tambahan pula 'datuk-datuk bergelar' ini tidak handsome.
Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh
Datuk Taqiyuddin Hassan
Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini. Terima kasih.
pr~calon-calonnya adalah...
Khamis April 18, 2013
PRU-13: PAS Kelantan Umum 43 Calon Kerusi DUN, 14 Calon Parlimen, 16 Muka Baru
MACHANG: PAS Kelantan meletakkan seramai 57 calon termasuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Daripada jumlah itu, 43 calon akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 calon Parlimen.
Dalam pengumuman yang dibuat pada lewat malam Rabu, seramai 16 calon adalah muka baru.
Sementara itu, dua kerusi DUN Guchil dan Paloh masih belum diputuskan di mana kedua-dua calon dari PKR.
Berikut merupakan senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan pada lewat malam Rabu:
P.19 Tumpat: Datuk Kamaruddin Jaffar
N.1 Pengkalan Kubor: PKR Samaron Ibrahim
N.2 Kelaboran: Mohd Zaki Ibrahim
N.3 Pasir Pekan: Datuk Ahmad Yaakob
N.4 Wakaf Bharu: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
P.20 Pengkalan Chepa: Dr Ezani Hussin
N.5 Kijang: Wan Ubaidah Omar
N.6 Chempaka: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
N.7 Panchor: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
P.21 Kota Bharu: Datuk Takiyuddin Hassan
N.8 Tanjong Mas: Rohani Ibrahim
N.9 Kota Lama: Datuk Anuar Tan Abdullah
N.10 Bunut Payong: Dr Ramli Mamat
P.22 Pasir Mas: Nik Abduh Nik Abdul Aziz
N.11 Tendong: Rozi Muhammad
N.12 Pengkalan Pasir: Hanifa Ahmad
N.13 Chetok: Abd Halim Abd Rahman
P.23 Rantau Panjang: Siti Zailah Mohd Yusof
N.14 Meranti: Datuk Mohd Nasuruddin Daud
N.15 Gual Periok: Mohamad Awang
N.16 Bukit Tuku: Mohd Rasul Mohamad
P.24 Kubang Kerian: Ahmad Baihaqi Atiqullah
N.17 Salor: Datuk Husam Musa
N.18 Pasir Tumboh: Abdul Rahman Tunos
N.19 Demit: Mumtaz Mohd Nawi
P.25 Bachok: Marzuki Shaari
N.20 Tawang: Hassan Maahmood
N.21 Perupuk: Huzairi Hussin
N.22 Jelawat: Dr Yusnan Yusof
P.26 Ketereh: PKR - Abd Aziz Kadir
N.23 Melor: Wan Ismail Wan Jusoh
N.24 Kadok: Azami Mohd Noor
N.25 Kok Lanas: Nik Mahadi Nik Mahmood
P.27 Tanah Merah: Nik Mahmood Nik Hassan
N.26 Bukit Panau: Datuk Abdul Fatah Mahmod
N.27 Gual Ipoh: Wan Yusof Wan Mustapha
N.28 Kemahang: Mejar Datuk Anizam Abdul Rahman
P.28 Pasir Puteh: Datuk Dr Nik Mahazir Mohamad
N.29 Selising: Dr Saiful Bahrin Mohamad
N.30 Limbongan: Mohd Nazlan Mohd Hasbullah
N.31 Semerak: Wan Hassan Wan Ibrahim
N.32 Gaal: Tuan Mazlan Tuan Mat
P.29 Machang: Tuan Zawawi Tuan Ismail
N.33 Pulai Chondong: Zulkifli Mamat
N.34 Temangan: Dr Mohd Fadhil Hassan
N.35 Kemuning: Hussin Ismail
P.30 Jeli: Mohd Apandi Mohamad
N.36 Bukit Bunga: Sufely Abd Razak
N.37 Air Lanas: Abdullah Ya'akub
N.38 Kuala Balah: PKR - Ramlan Mat
P.31 Kuala Krai: Dr Mohd Hatta Ramli
N.39 Mengkebang: Abdul Latiff Abdul Rahman
N.40 Guchil: (Nama akan diumumkan kelak)
N.41 Manek Urai: Mohd Fauzi Abdullah
N.42 Dabong: Mohd Asri Ibrahim
P.32 Gua Musang: Datuk Wan Rahim Wan Abdullah
N.43 Nenggiri: PKR - Mohd Azihan Che Seman
N.44 Paloh: (Nama akan diumumkan kelak)
N.45 Galas: Abdullah Hussin
Sumber: forum@cari

Tuesday, 16 April 2013
bn~calon-calonnya adalah...
CALON-CALON BARISAN NASIONAL (BN) KELANTAN~PRU13
1. PARLIMEN 019 TUMPAT
(Mansor Salleh – bekas ketua bahagian)
DUN Pengkalan Kubor (Noor Zahidi Bin Omar – ketua bahagian)
DUN Kelaboran (Wan Hanapi Wan Yaacob – naib ketua bahagian dan pernah menjadi calon 2008)
DUN Pasir Pekan (Nik Noriza Nik Salleh – ketua wanita bahagian dan ketua penerangan wanita negeri, muka baru)
DUN Wakaf Bharu ( Mohd Rosdi Abdul Aziz – pernah menjadi calon pada 2004 dan 2008)
2. PARLIMEN 020 PENGKALAN CHEPA
(Dali Hussin – ketua bahagian, ketua penerangan UMNO/BN Kelantan dan bekas ketua pemuga UMNO Kelantan.
DUN Kijang (Zaluzi Sulaiman – naib ketua umno bahagian, penyelaras BN Kijang dan muka baru)
DUN Cempaka (Wan Razman Wan Abdul Razak – pentadbir mukkim, timbalan penyelaras DUN Cempaka dan muka baru)
DUN Panchor (Che Rosli Hassan – Timbalan Ketua Bahagian, pernah bertanding 2004)
3. PARLIMEN 021 KOTA BHARU
(MOHAMAD Fatmi Che Salleh – ketua bahagian dan setiausaha politik PM)
DUN Tanjong Mas (Kanidy Omar – penyelaras DUN Tg. Mas dan muka baru)
DUN Kota Lama (Tan Ken Ten – setiausaha MCA Kelantan, pengerusi MCA Kota Bharu dan bertanding untuk kali kedua)
DUN Bunut Payung (Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim – guru pendidikan Islam PPD Kota Bharu dan muka baru)
4. PARLIMEN P022 PASIR MAS
(Che Johan Che Pa – kali pertama bertanding, timbalan ketua bahagian dan muka baru)
DUN Tendong (Hanafi Mamat – ketua bahagian, bendahari UMNO negeri, pernah bertanding Parlimen)
DUN Pengkalan Pasir (Tuan Anuwa Tuan Mat – bekasa pegawai agama jajahan Pasir Mas dan merupakan muka baru)
DUN Chetok (Aimi Jusoh – muka baru)
5. P023 RANTAU PANJANG
( Ghazali Ismail – kali pertama bertanding dan muka baru, ketua penerangan UMNO bahagian)
DUN Meranti (Mohd Afandi Yusof – Ketua Pemuda bahagian, exco pemuda UMNO Malaysia, ketua penerangan pemuda UMNO negeri)
DUN Gual Periok (Shaari Mat Hussain – pernah bertanding tahun 2004 dan 2008, timbalan ketua umno bahagian)
DUN Bukit Tuku (Mohd Zain Ismail – bekas ketua umno bahagian, bendahari umno bahagian)
6. P024 KUBANG KERIAN
(Anuar Safian – ketua pemuda UMNO negeri, pernah bertanding di DUN Pasir Tumboh)
DUN Salor (Mohmad Nordin Awang – timbalan ketua umno bahagian dan bekas pengarah MSN Negeri dan muka baru)
DUN Pasir Tumboh(Mohd Shamsul Yusoff – ahli minda pondok dan muka baru)
DUN Demit (Wan Mohd Nazi Wan Hamat – penyelaras DUN dan muka baru)
7. P025 BACHOK
(Awang Adek Hussin – Ketua Bahagian, timbalan menteri kewangan)
DUN Tawang (Mohd Zain Yasim – muka baru, naib ketua bahagian)
DUN Perupok (Mohammad Zaidi Sidek – muka baru dan ketua pemuda bahagian)
DUN Jelawat (Ilias Husin – timbalan ketua bahagian dan pernah bertanding 2004 dan 2008)
8. P026 KETEREH
(ANNUAR MUSA – bekas menteri kabinet, pengerusi KADA, presiden The Red Warriors)
DUN Melor ( Mohd Othman Omar – muka baru, bekas guru besar dan ajk bahagaian)
DUN Kadok (Mohd Basri Awang – muka baru dan bekas pegawai MPKB)
DUN Kok Lanas (Md Alwi Che Ahmad – ketua pembangkan DUN Kelantan, bekas MP 2004, bekas setiausaha politik PM)
9. P027 TANAH MERAH
(IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ – muka baru, ketua bahagian dan usahawan)
DUN Bukit Panau (Baharudin Yusof – timbalan ketua bahagian dan kali kedua bertanding)
DUN Gual Ipoh (Bakri @mohd Bakri Mustapha – muka baru, bekas guru, naib ketua bahagian)
DUN Kemahang (Dayang Saniah Awang Hamid – muka baru, bekas guru, ketua wanita bahagian)
10. P028 PASIR PUTEH
(TUAN MUSTAFA TUAN MAT – ketua penerangan UMNO bahagian, pernah bertanding 2008 )
DUN Selising (Zulkfli Ali – muka baru)
DUN Limbongan (Mohd Rujhan Salleh – muka baru, timbalan ketua bahagian, bekas ketua pemuda UMNO negeri)
DUN Semerak (Zawawi Othman – muka baru, ketua bahagian,bekas guru)
DUN Gaal (Redzuan Stapha – muka baru dan penyelaras DUN)
11. P029 MACHANG
(AHMAD JAZLAN YAAKUB – ketua bahagian, bekas presiden KAFA dan Pengerusi MSN Negeri)
DUN Pulai Chondong (Halim @ Ab Halim Ismail – kakitangan kerajaan dan pernah bertanding 2004)
DUN Temangan (Azemi Mat Zin – muka baru, bekas guru)
DUN Kemuning (Eriandi Ismail – muka baru, ketua pemuda bahagian)
12. P030 JELI
( MUSTAPA MOHAMED – menteri cabinet, MP Jeli)
DUN Bukit Bunga ( Mohd Adhan Kecik – seorang peguam)
DUN Air Lanas ( Mustapa Mohamed)
DUN Kuala Balah (Abdul Aziz Derashid – seorang peguam)
13. P031 KUALA KRAI
(TUAN AZIZ TUAN MAT – ketua pemuda bahagian, pegawai kanan Kesedar)
DUN Mengkebang (Azizzudin Husin – ahli umno)
DUN Guchil (Nik Sapeia Nik Yusof – naib pengerusi BN Kelantan)
DUN Manek Urai (Che Jalal Muda – muka baru, naib ketua bahagian)
DUN Dabong (Ramzi Abd Rahman – ketua bahagian, pengerusi Kesedar)
14. P032 GUA MUSANG
(TENGKU RAZALEIGH TENGKU MOHD HAMZAH – ketua bahagian)
DUN Nengiri(Mat Yusof Abdul Ghani – penyandang)
DUN Paloh (Nozula Mat Diah)
DUN Galas Ab Aziz Yusof)
Sumber: forum@cari
Calon DUN Pasir Pekan...Nik Noriza Nik Salleh

Suami kepada calon ini saya kenal sangat-sangat. Bila saya hantar mesej tahniah kepada suaminya haram tidak berjawab. Aik, belum apa-apa sudah menyombong. Petanda hendak kalah ke nih...selamat bertanding, kalah padan muka...hasil csi, penduduk sekitar tidak suka kepada sang suami jadinya si isteri yang jadi calon dapat tempias aura negatif suami. kuikuikuikui...
Sunday, 14 April 2013
selamat jalan mok...
Hari ini cuaca mendung, hujan kadang kala lebat dan adakalanya renyai. Sudah beberapa hari cuacanya sebegini, ia dinginkan bumi bertuah ini yang sebelumnya mencatatkan suhu panas yang agak luarbiasa.
Dini hari ini hujan lebat, sejuknya terasa ke tulang sumsum.
Hujan dan hembusan angin sejuk ini mengiringi kepulangan saudara rapat menemui Pencipta. Seorang yang bergelar ibu, nenek moyang telah meninggal dunia nan fana. Saya menerima berita arwah nazak pada pagi semalam(Sabtu). Sempat saya membaca yasin sewaktu menziarahi arwah, dan pada pukul 6.05 petang hari yang sama arwah pulang ke Rahmatullah.
Saya tidak berkesempatan menziarahi sejurus mendapat berita pemergian arwah disebabkan komitmen lain. Dikhabarkan arwah akan dikebumikan usai solat subuh esoknya, di kampung halaman di pinggir kota. Jadinya saya harus pergi menziarah sebelum jenazah disempurnakan.
Lebih kurang pukul 2.30 pagi saya 'drive' ke rumah arwah. Agak seram juga memandu seorang diri pada awal pagi, di mana kenderaan amat kurang di atas jalanraya pada waktu ini. Berbekalkan AlFatihah, Qursi, tiga Qul, selawat, zikir tahmid, saya tiba ke destinasi dengan selamat...alhamdulillah.
Setelah segala mala selesai, maka sudah sampai masa untuk menyempurnakan jenazah. Diketuai oleh ustazah dan pembantunya, saya dan beberapa orang saudara rapat arwah membantu untuk mandi dan kafankan jenazah arwah. Waktu yang syahdu bagi saya, di kala sedang memandikan arwah hujan turun dengan lebat di keheningan pagi yang amat dingin. Saya terkenang detik-detik membantu memandikan jenazah arwah ibu kandung beberapa tahun yang lalu.
Seterusnya jenazah dikafan dengan begitu cermat. Ustazah dan pembantu melakukan tugasan dengan teliti tapi gerak kerja mereka cepat dan efisien. Waris-waris terdekat diberi peluang untuk menatap dan mengucup arwah buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa ke masjid telipot untuk disolatkan setelah selesai solat subuh. Khabarnya 200 jemaah telah lakukan solat ke atas jenazah.
Jenazah arwah telah dibawa untuk perjalanan terakhir ke tanah perkuburan. Upacara selesai tidak berapa lama kemudian. Ringkas sahaja, segala proses dari mula sampai akhir berjalan lancar dan ia sangat bermakna bagi yang masih hidup.
Semoga arwah di himpunkan bersama ahli-ahli Jannah...amin. Al Fatihah.
Wednesday, 10 April 2013
beledo kering...
selepas merepek meraban mengadu domba melepas perasaan, kini untuk meredakan kesedihan kehampaan hendak relaks kepala hotak, saya mahu bercerita pasal makan.
Minggu lepas saya mencuba buat beledo kering aka agar-agar kering. Saya kelantan jati, jadi panggilan beledo untuk agar-agar tiada peleknya.
agar-agar kering ala-ala manja manis...
ini sahaja yang tinggal, selebihnya dah kena
ngap dengan selamatnya...
ngap dengan selamatnya...
Cara buatnya tidak payah mana tapi agak remeh juga. Masak agar-agar, gula putih, gula batu, daun pandan macam biasa...macam masak agar-agar 'bodo' yang selalu dibuat. Apabila bahan-bahan sudah hancur dan kering sedikit (seghing), tapis di dalam bekas dan bubuh perwarna suka hati. Apabila agar-agar sudah keras potong, pon suka hati cara memotongnya. Atur di dalam dulang dan jemur sehingga ianya kering dan agar-agarnya bersakar dalam 3 hari hingga satu minggu. Juga perlu dibalik-balikkan supaya keringnya sekata. Agar-agar hendaklah dipotong besar sebab bila dijemur ia akan mengecut dan mengecil saiznya. Faktor cuaca memainkan peranan juga. Kalau hari panas terik maka cepat lah agar-agar kering. Sebaliknya kalau cuaca mendung hujan, makan banyak hari juga untuk melalui proses pengeringan. Bertabah lah.
Beledo kering sesuai juga dijadikan 'siso' atau salah satu cenderahati dalam 'goody bag' untuk majlis perkahwinan, aqiqah dan lain-lain majlis pon, kena tengok kesesuaian.
Beledo kering sesuai juga dijadikan 'siso' atau salah satu cenderahati dalam 'goody bag' untuk majlis perkahwinan, aqiqah dan lain-lain majlis pon, kena tengok kesesuaian.
beledo kering warna-warni...ianya bersakar
sekadar sipi-sipi...
Apabila dicuba sendiri buatnya maka kandungan gula dalam agar-agar itu saya kurangkan. Jadinya hasil agar-agar saya keringnya tiada bersakar sangat. Manis itu rasa tapi ala-ala manja sahaja, Tidak adalah rasa manis 'leting-leting' macam nak membunuh seperti mana yang dijual di kedai-kedai. Yang dijual di kedai-kedai manisnya sungguh ngilu sampai naik ke kepala.
Kehairanan saya kenapa perlu letak gula berkilo dalam agar-agar kering ini. Adakah untuk membuat ia tahan lama atau sekadar untuk nampak bersakar cantik? Acu google resepi ini dan tengok tang sukatan gulanya, memang boleh membunuh. Apa lah perasaan orang-orang yang 'sweet tooth' ini dok makan makanan yang manis-manis belaka. Tidak rasa bersalah ke dengan tubuh badan sendiri? Ya ampun...

Tuesday, 9 April 2013
pilih lah aku?...
Entah lah...saya sebagai rakyat marhein, nak dikatakan berada di kelas pertengahan pon tidak, kelas bawahan pon tidak, kelas atasan amat jauh sama sekali.
Apa sahaja pemberian kerajaan sebelum dibubarkan (baca: Barisan Nasional) kepada rakyatnya, saya adalah rakyat malaysia yang tidak bernasib baik untuk sama-sama menikmati 'gula-gula' pemberian kerajaan itu.
Permohonan brim pun saya tidak berjaya, apatah lagi insentif-insentif lain yang sangat jauh dari jangkauan saya untuk mendapatkannya. Sedih dan kecewa serta terkilan teramat bila rakyat malaysia seperti saya berada di dalam kelompok 'nampak tidak nampak' ini, terpinggir.
Persepsi orang, bila seseorang memiliki kereta makanya seseorang itu berduit atau mewah kononnya. Memiliki kereta setakat kereta buatan lokal apalah sangat, ia lebih kepada keperluan dan bukannya untuk bermewah-mewah. Sistem pengangkuatan awam di malaysia macam taik maka amat perlu untuk berkereta ke sana sini.
Setengah orang mempunyai matlamat kelangsungan 'survival' famili dan syarikat maka wajib memilih si polan si polan si polan untuk mentadbir. Bagus lah mereka tiada perasaan gundah gulana untuk memilih pemerintah. Ke arah mana keputusannya kena tunggu. Berdoa lah semoga siapa yang mesti menang itu menjadi kenyataan.
Bagi saya yang langsung-langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa jua pun, apa sebenarnya yang saya dapat? Sudah semestinya terang lagi bersuluh keamanan, kemakmuran, keharmonian dalam hidup bermasyarakat majmuk, kepesatan kemajuan negara. Selain daripada itu apa ya? Bodoh dan gila lah kalau rakyat mendambakan kekacauan, peperangan sabagai santapan harian kehidupan.
Kelompok 'nampak tidak nampak' ini tentu ada gunanya masa mengundi nanti. Pastinya si polan si anu mahu golongan ini memihak kepada mereka. Tapi itu lah kan bila tiba masa hendak tabur 'gula-gula', golongan ini terpinggir, tidak layak. Apa yang dapat dikatakan hanyalah kecewa...kecewa...kecewa...langsungnya saya merajuk, malas keluar mengundi. Sesiapa yang termenang, terpilih jadi kepala nanti, apa-apa sahaja lah. Korang bakal tentukan corak ke arah mana 'survival' halatuju sebenarnya. Apa ada hal. Saya rakyat marhein akan tetap meneruskan hidup seperti sebelumnya, tiada perubahan.
bangla pilih BN...kuikuikuikui...
messi pilih PAS...muahahahahaha...
apa ada hal...tepuk dada tanya selera!
bila tiba masa nanti buat pilihan dengan minda
yang tenang dan waras...pilihan di tangan
anda wahai rakyat malaysia...
anda wahai rakyat malaysia...
Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Friday, 5 April 2013
hentam saja lah labu...
Sekadar berkongsi santai berlawak jenaka. Tiada niat menyinggung sesiapa.
adoi lah...apa lah salah bendera dacing dan keris
terhunus ini diperlakukan sedemikian rupa?...
siapa tukang pasang bendera ini...sudah macam
bendera parti payung terjun...tolong lah...
ini kes tidak bayar upah ke?...
ini kes tidak bayar upah ke?...
lagi lawak...bos kepada pekerja ini tidak perasan
ke yang bendera dipasang terbalik...2x5...5x2...
pengumuman dibuat dari dalam penjara?...
har har har...
adakah anda pengundi di sini?...
berapa banyak bapak daaaaa...
kwang...kwang...kwang...
Sumber: forum@cari
Mohon izin dan halalkan foto serta poster dikongsi di sini. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)