| Sedang asyik dok bayangkan ia adalah aset wanita yang sedang mekar... |
| ...rupanya ia adalah sebuah gunung bersejarah di kota suci Mekah Mukaramah |
![]() |
| Kek Lapis Coklat Lembab (sumber forrumer@cari)
Bahan-bahan:-
450gm butter
190gm gula castor (saya kurangkan 150gm)
10 biji telor
250gm susu pekat (+- 1/3 tin)
140ml santan pekat
220gm sekaya (saya kurangkan 180gm)
200gm horlicks
270gm tepung gandum/tepung hongkong
100gm milo (saya kurangkan 80gm)
300gm coklat masakan dicairkan
sedikit pewarna kuning (optional)
Cara-cara:-
Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
Masukan susu, santan, sekaya, horlicks dan tepung gandum
sambil dipukul hingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian (+- 600gm each).
Satu bahagian dicampurkan dengan coklat cair dan milo.
Dua bahagian dibiarkan warna asal.
Ratakan 2 senduk adunan warna asal dan bakar/grill sehingga
perang. Ulangi melapis sehingga habis adunan ini
Ratakan 2 senduk adunan coklat dan bakar/grill sehingga
perang. Ulangi melapis sehingga habis adunan
Ratakan 2 senduk adunan warna asal yang kedua dan bakar/
grill sehingg perang. Ulangi melapis sehingga habis adunan
warna asal yang kedua
Bakar selama 15 minit setiap lapisan suhu 180 celcius.
Guna api 'grill' atau api 'atas' sahaja
* setiap lapisan kek hendaklah ditekan dengan penekan kek
lapis sebelum meratakan lapisan seterusnya
|
Dari kiri ke kanan:-
Coklat Urai, Chocolate Delight, Almond Marie
(sumber : blog Citarasawan)
|
Dari kiri ke kanan:-
Cornflakes Madu, Cornflakes Badam Berhias
(sumber : blog Jintan Manis dan
majalah Keluarga 1983 kek & Biskut)
|
| Laut Mati merupakan destinasi terakhir sebelum pulang ke Malaysia |
| Ini lah Laut Mati...sesuai dengan namanya. Persekitaran kaku, sekaku lautnya |
| Walaupon ejaan 'water' sudah menjadi 'watre' namun arahan-arahan di papan tanda ini adalah jelas |
| Terasa ingin mahu terbang tetapi ini Laut Mati, terperangkap sudah |
| Lubang lumpur. Lumpur ini dikatakan baik untuk yang mengalami masaalah kulit |
| Lihatlah ciptaanNYA...Subhanallah |
| Produk-produk sebegini banyak terjual di kedai dalam kawasan Laut Mati |
![]() |
| Di sebalik rimbunan pokok... gua Ashabul Kahfi |
| Inilah gua Ashabul Kahfi, di kedinginan malam kami menziarahi |
| Menuruni dan memasuki ke dalam gua |
| Mantan pemerintah dan pemerintah Negara Jordan sekarang |
| Kembara saya bermula di sini... antara '7 wonders of the world' |
| Tempat berkumpul sebelum masuk PETRA |
| Ketika saya di sini, ada tiga kemudahan untuk masuk Petra.. menunggang kuda, menaiki kereta kuda dan berjalan kaki. Menunggang kuda dan menaiki kereta kuda akan dikenakan bayaran |
| Antara pemandangan menarik sepanjang perjalanan |
| Ia seakan-akan menyerupai bentuk kepala seekor ikan atau belalai seekor gajah...menakjubkan pembentukan batu batan di sini |
| Akhirnya inilah dia...tempat yang dikatakan lokasi pembikinan filem Indiana Jones lakonan aktor seksi Harrison Ford. Sangat menarik tempat ini, indah sekali |
| Pengawal-Pengawal PETRA |