Salam Ramadhan kepada seluruh umat islam di serata dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Selamat menjalankan ibadah puasa di siang hari dan berterawih serta bermunajat di malam harinya, juga bersahur di dini hari.
Alhamdulillah, syukur ke hadratNYA, diri kerdil ini berbekalkan anugerah sejahtera kesihatan, dilanjutkan usia, barokah rezeki, seiring untuk hambaMu menyambut dan meraikan Ramadhan. Terima kasih Allah swt.

Sempena bulan yang mulia ini, selain daripada beramal ibadah ada juga di kalangan ummah yang mengambil peluang dan kesempatan untuk mencari rezeki dengan melakukan bisnes sampingan. Percambahan pasar ramadhan (PARAM) akan kelihatan di mana-mana dengan beranika juadah serta minuman dijual. Sambutan kepada PARAM ini menggalakkan pada setiap tahun.
Mohon sangat kepada peniaga-peniaga bermusim ini agar menjaga kualiti makanan yang dijual yakni tahap kebersihan makanan, minuman dan batang tubuh peniaga sendiri adalah prioriti. Jangan sesekali berkompromi dengan isu kebersihan ini. Adakalanya makanan yang dijual 'indah khabar dari rupa'. Makanan sudah rosak atau basi bila hendak makan waktu berbuka.
Juadah-juadah yang dipamerkan di booth jualan hendaklah sentiasa tertutup, tidak kiralah ditutupi dengan plastik besar ataupun menggunakan bekas-bekas yang sudah dilengkapi penutup. Apabila makanan dilindungi maka habuk, binatang seperti lalat dan seumpamanya boleh dielak menjamah makanan jualan tersebut. peniaga-peniaga jangan hendak kira untung sahaja tetapi aspek-aspek ini tidak diambil kira.

Bagi saya memasak juadah dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan serta kebersihan terjaga, dan yang paling penting ianya sedap maka hasilnya adalah kepuasan nikmat terbaik.
Berbalik kepada PARAM...anak saudara saya dan mama beliau juga tidak ketinggalan berniaga. Mereka menyediakan pemanis mulut yang di jual di PARAM Tasik Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur...di booth Laksa Langkawi. Tepung pelita, lompat tikam, puding karamel biasa, puding karamel roti antara pemanis mulut yang disediakan.
sila ke booth ini dan dapatkan pemanis mulut cik ain loma
dengan harga berpatutan...
kiri ke kanan
puding karamel...tepung pelita
satu lagi pemanis mulut diberi nama buah mulong@onde-onde
berkuah 'kekoh cha' yang dijual...
kuih puteri mandi dan kek rainbow diselang-seli
hari jualannya dengan pencuci mulut lain...
Sesiapa sahaja samaada saudara mara kami yang tinggal berdekatan Tasik Permaisuri dan sekitarnya, silalah berkunjung ke booth Laksa Langkawi. Dapatkan pemanis mulut ini dengan harga berpatutan. Usah risau kuih-kuih yang disediakan sedap-sedap belaka, amatlah rugi kalau tidak mencubanya. Selain itu boleh juga mencuba laksa yang kebaboom turun temurun resepinya.
Salam Ramadhan...kita sama-sama cari Lailatul Qadr. Sudah setahun tidak bercumbu mesra dengan LQ...rindu teramat, moga ketemu...amin. Umum mengetahui LQ menjengah hanya pada satu malam sahaja di sepuluh malam terakhir Ramadhan, maka berusahalah...rebut peluang ini untuk mengadu domba, berkasih sayang dengan LQ.
No comments:
Post a Comment