Setiap kali Ramadhan menjelma, maka tanggungjawab yang ini, saya sebagai seorang islam wajib tunaikan.
Walaupun masih awal untuk melaksanakannya, namun bagi saya yang kebanyakan kerja kena buat sendiri, saya mesti melakukannya mengikut kesesuaian masa saya. Masa itu adalah emas dan pengurusan masa efisien amat penting seandainya ingin mencapai 'outcome' gemilang. Saya seorang yang tidak suka melakukan sesuatu kerja di saat-saat akhir dan saya pastinya tidak menggemari orang-orang yang tidak pandai menghargai masa.
resit-resit tanda pembayaran...
sebekas buah kurma tanda penghargaan...
Hari ini saya sudahpun menjalankan tugas saya membayar zakat fitrah, harga yang ditetapkan di tempat kami adalah RM7.00 setiap seorang. Selain bayaran untuk diri sendiri, saya juga mewakili abang kandung membuat pembayaran bagi pihak beliau. Sebagai penghargaan, pihak MAIK telah hadiahkan sebekas buah kurma. Terima kasih lah.
Hari ini juga saya ke pejabat pos, kembalikan sebeban surat-surat tidak dituntut jiran yang sudah berpindah. Jiran saya dahulunya tidak mempunyai alamat tetap jadi untuk berurusan rasmi, mereka menggunakan alamat rumah saya. Sekiranya bekas jiran terutama anak-anak mereka berfikiran waras, matang, cerdik setelah berpindah ke tempat lain, dengan inisiatif sendiri kenalah tukar alamat baru. Anak-anak beliau diakui masa persekolahan bijak-bijak belaka namun bila sudah berada di alam dewasa mereka sudah tidak pandai untuk berfikir secara matang.
Saya perhatikan kebanyakan surat-surat yang diterima berkaitan dengan bank, pptpn, pejabat loyar. Masing-masing sudah bekerja mustahil tidak boleh langsaikan pinjaman. Bagi saya walau sebanyak manapun gaji bulanan sekiranya hutang atau pinjaman tidak dijelaskan sedikit-sedikit maka rezeki yang diperolehi tidak berkat. Menyusahkan jiran juga adalah satu sikap yang tidak molek.
No comments:
Post a Comment