mercun yang menyerupai bom tangan...
dikhabarkan kekuatan dentuman mercun
ini adalah lima kali ganda daripada mercun-
mercun yang sedia ada...
tidak pasti samaada apa-apa objek
yang menyerupai alat-alat persenjataan
merbahaya, sekiranya dihasilkan untuk kegunaan
awam adalah salah di sisi undang-undang dan boleh
diambil tindakan sewajarnya?...
Apabila bermula Ramadhan maka akan berdentam dentum sana sini bunyi letupan mercun. Eid Mubarak sudah makin hampir, makin hebatlah kedengaran dentuman mercun dan percikan bunga api. Di kejiranan saya pun tidak ketinggalan dengan hiruk pikuk anak-anak gelak hilai ketawa dapat bermain mercun. Di kala umat Islam sedang kusyuk berterawih, anak-anak ini pula dengan megahnya meletup mercun. Agaknya kalau tidak ada aktiviti ini kehidupan harian mereka di bulan Ramadhan mulia ini boleh mati.
Anak-anak yang asyik masyuk dengan mercun dan bunga api ini mungkin agak naif untuk sedar betapa bahayanya permainan ini, walaupun ada kalangan mereka sudah remaja dan meningkat dewasa.
Ibubapa yang tidak sayang anak merupakan faktor yang menjerumuskan anak-anak untuk leka dengan aktiviti yang membazir duit dan waktu. Silap haribulan anak-anak mereka akan tercedera, cacat kekal menjurus kepada kematian, juga masa depan anak-anak jadi kelam sekiranya mereka diberi peluang untuk hidup.
Saya mahu kisahkan tentang anak-anak jiran yang sangat leka bermain mercun di malam hari hingga waktu tidur masih galak pasang benda alah ini. Ya Rabb...tersangat kuat luarbiasa dentumannya hinggakan saya amat terkejut dan jantung berdenyut kencang. Bukannya sekali dua mereka pasang namun beberapa kali yang menyebabkan saya terpaksa menegur karenah mereka. Saya tidak teragak-agak untuk telefon polis sekiranya tidak berhenti dari meletupkan mercun jam itu juga, itu yang saya cakapkan kepada mereka. Hah tahu pula takut, selepas itu tiada kedengaran dentuman demi dentuman lagi.
Saya tidak pasti di mana ibubapa mereka waktu itu. Kalaupun ada dalam rumah masa kan mereka pekak badak tidak mendengar kuatnya letupan seolah-olah letupan-letupan berlaku di zon perang.
Mungkinkah anak-anak jiran bermain dengan mercun bom tangan itu? Bila ia meletup tersangat luarbiasa impak letupannya. Sesiapa yang tidak semena-mena mendengar akan mengalami perasaan terkejut yang mendalam...boleh mudaratkan kepada sesiapa yang ada komplikasi jantung...tekanan darah akan naik tiba-tiba...ketenteraman kawasan kejiranan terganggu. Jujurnya saya terkesan dengan impak mercun letupan anak-anak jiran, boleh menjejaskan kesihatan saya.
Pengharaman pembakaran mercun masih berkuatkuasa, saya tidak pasti. Rakyat jelata bersenang-lenang sahaja meletupkan mercun tanpa perasaan takut, dentam sana dentum sini seperti tiada apa gundah gulana menjengah.
kuih Cara Berlauk untuk berbuka puasa...
intinya saya letak serunding ayam...
resepi untuk batter: kredit chef hanieliza...
resepi untuk batter: kredit chef hanieliza...
Mohon izin dan halalkan foto mercun dikongsi disini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment