Kebaikan Teh Hijau
Tentu anda semua nak tahu sebab apa saya memilih teh hijau sebagai minuman harian dan kenapa saya mengurangkan minuman yg biasa seperti milo, teh tarik, kopi & lain-lain dalam diet makan harian saya.. so di bawah ni saya dh sediakan artikel yg merangkan pasal teh hijau dengan lebih lanjut... Maaflah, saya bukan scientist o doktor nak terang panjang2 pun, tp juz kongsi apa yg saya dh rasa n alaminya sendiri selama setahun..
1) Khasiat Teh Hijau
Teh Hijau telah diamalkan di Negara China semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan teh hijau untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan.
Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan sahaja yang membezakannya:
Proses Pembuatan Teh Hijau
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Teh Hijau, antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Teh Hijau dapat mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.
Secara umumnya Teh Hijau didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.
Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan
Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.
Antara kebaikan teh hijau adalah:
• menurunkan kadar kolesterol
• anti oksidan / awet muda
• meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
• melindungi fungsi ginjal
• mencegah diabetes
• mencegah keracunan
• mencegah bau mulut
• mengurangkan risiko strok
• kaya mineral dan vitamin
• membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
• mencegah kerosakan gigi
• melancarkan sistem pencernaan
• mencegah hepatitis
• melindungi paru-paru daripada racun rokok
Di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). Jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga.
Sumber : http://www.oldtraffords.com/2011/04/khasiat-teh-hijau.html
2 ) Teh Hijau: Minuman Terbaik untuk Kesihatan
Apakah minuman harian anda? Teh tarik, kopi O, Nescafe, Milo? Semua minuman tersebut bukan minuman untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi minuman yang dicampur dengan susu pekat manis.
Saya nasihatkan agar anda menghindari minuman yang dicampur dengan susu tersebut seperti teh tarik, nescafe susu dan sebagainya kerana susu pekat manis mengandungi lemak tepu yang tinggi daripada minyak kelapa sawit yang boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat. Lebih selamat order yang ‘O’.
Tahukah anda Penduduk dunia yang paling panjang umur ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun. Di Okinawa, didapati 28.6 per 100,000 penduduknya berusia melebihi usia 100 tahun. Lebih ajaib amat jarang penduduknya dijangkiti penyakit kanser, sakit jantung dan Alzheimer. Apakah rahsia mereka? Jawapannya : Antara minuman asasi mereka di panggil ‘ocha’. Apa ‘bende’ tu? Itulah TEH HIJAU. [ topik penduduk Okinawa akan dibincangkan dalam entri lain nanti]
Kali ini saya ingin berkongsi minuman yang sangat baik bagi kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita terus menikmati kesihatan yang sempurna seterusnya dapat beribadat kepadaNya dengan selesa dan sempurna.
Pernahkah anda mendengar minuman teh hijau? Allah meletakkan banyak khasiat di dalam minuman ini. Minuman ini terkenal dengan ketinggian anti-oksidan yang kiatkan dengan anti-penuaan atau awet muda. Setelah saya mencari dan membuat research melalui internet banyak didapati kebaikan teh hijau Oshi Oshukima berumur 101 yang masih mampu berkebun
internet banyak didapati kebaikan teh hijau
dan ia diiktiraf sebagai minuman kesihatan yang terbaik. Antara kebaikan teh hijau ialah :
Mampu menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis,pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.
2 Menurunkan tahap gula dalam darah. Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah. Ini baik bagi pesakit diabetes.
3 Mencegah kanser. Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.
4 Membantu mengurangi kadar kolesterol jahat (LDL). Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Perkara ini boleh menjelaskan mengapa kebiasaan meminum teh hijau berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
5 Mencegah osteoporosis. Penyelidik di Hongkong mendapati bahawa teh hijau bermanfaat bagi tulang, sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain.
6 Mempertingkatkan sistem immun (ketahanan tubuh). Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem immun terhadap bakteria dan virus.
7 Mencegah keracunan makanan. Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli.
8 Membantu mengawal tekan darah tinggi. Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. Sesuai untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi.
Serta banyak lagi manfaat meminum the hijau. Pambaca boleh ‘search’ di google untuk maklumat lebih lanjut.
Rasanya agak sedikit pahit dan elok tidak dicampurkan dengan gula atau susu untuk keaslian khasiat dan rasanya. Sememangnya dalam kepahitan itulah Allah letakkan rahsia kemujaraban minuman ini.
Sumber : http://pbasmkps.blogspot.com/2012/04/teh-hijau-minuman-terbaik-untuk.html
KEBAIKAN TEH HIJAU (GREEN TEA)
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
•Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
2.Membantu mengawal paras gula darah
•Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah
•Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
4.Menguatkan sistem imun
•Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
5.Menurunkan aras kolesterol
•Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
6.Menggalakkan pembakaran lemah
•Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
Sumber : http://petua-umi.blogspot.com/2010/03/kebaikan-teh-hijau-green-tea.html
Dah baca kan?? so sebab tu la saya memilih teh hijau ni.. dia bukan sahaja minuman biasa tetapi dia juga banyak membantu saya menjauhi penyakit keturunan keluarga saya iaitu darah tinggi n diabetis (kencing manis ). Sebenarnya, sejak kecil lagi saya telah melihat kedua- dua belah keluarga saya, sangat mudah menghidapi penyakit tersebut pada usia yg agak muda walaupun individu itu bertubuh kurus.. Disebabkan itu, saya telah membuat kajian tentang kehidupan masyarakat cina dan jepun yg majoritinya warga emas.. Saya lihat dan saya fikir.. mengapa mereka lagi sihat drpada pemuda cina masa kini sedangkan mereka dah berusia 70 tahun ke atas dan masih boleh bermain badminton serta juga berlari seperti org yg berumur 30 tahun... Jadi di situ la bermulanya titik saya membiasakan diri dengan teh hijau selama setahun bermula 1 Januari 2012.
Sementara itu, teh ni juga merupakan salah satu alternatif untuk saya mendapat berat badan dan BMI yg disarankan oleh doktor pakar Hopital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan Pahang serta doktor pakar Hospital Besar Melaka selain saya melakukan aktiviti senaman kardiovaskular di gym dan juga taman reakreasi.. Disamping itu, saya juga selalu minum teh hijau yg panas selepas makan kerana ia membantu saya dalam proses pecernaan yg baik disamping membuat lemak yg tidak diperlukan...
Rasanya memang pahit, tapi bak kata orang tua- tua... "Yang pahit itulah ubat"
tapi percayalah kata saya ini, bila anda dh biasa minum air teh hijau ni, rasa pahit tu akan jadi biasa ibarat kita minum teh biasa... Paling best teh ni tiada apa apa bahan yg berbahaya...
Saya dah amalkan... Anda bagaimana ?? Berusahalah sebelum terlambat... ^______^
Sumber: ceritamohdadam.blogspot.com
Mohon izin dan halalkan dikongsi di sini. Terima kasih
satu mug satu hari saya minum teh hijau uncang...sejak beberapa
tahun saya amalkan...