Sadisnya anak itu 'bunuh diri', tapi bunuh diri ke? Macam ada 'bau ikan hanyir' di situ. Foto-foto yang dipertontonkan seolah-olah misteri. Macam mana ibubapa arwah menghadapi berita tragik ini, semoga mereka tabah. Al-Fatihah untuk arwah, salam takziah buat ibubapanya.
Baiklah, 'life has to go on'. Hari ini saya hendak kongsikan resepi cream puff.
Bahan-bahannya:
100ml air
45gm butter
60gm tepung gandum
2 biji telor
belum dipipe krimnya...
Cara-caranya:
Telor dipukul sedikit.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana. Kemudian kuatkan sehingga mendidih. Tutup api.
Masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Padam api.
Biarkan adunan sejuk. Masukkan telur sedikit demi sedikit, putar hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe ke atas dulang yang disapu butter. Kalau tiada piping bag boleh guna sudu.
Spray sedikit air atas adunan yang telah dipipe tadi supaya tidak hangus.
Bakar di dalam oven suhu 200 darjah celsius yang dipanaskan dahulu.
Gandakan bahan-bahan sekiranya ingin mendapatkan jumlah cream puff yang banyak.
Bahan-bahan inti kastad:
1sb tepung gandum
1sb tepung kastad
3sb gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1sb butter
tadaaaaaaa...sudah siap untuk dingap sayut!,,,
Cara-cara:
Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan gula ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu, kacau sebati supaya tidak berketul.
Masukkan telor dan kacau lagi.
Masukkan susu selebihnya dan kacau.
Masuk dalam periuk dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana.
Masukkan butter, kacau dan tutup api.
Bila sudah sejuk, pipe ke dalam puff.
No comments:
Post a Comment