Monday, 19 November 2012

walimatulurus...




 
Kad undangan meraikan pasangan mempelai.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...amin.
 
Musim orang adakan majlis nikah kahwin sekarang.  Hari ini saya berkesempatan menghadiri majlis sambut menantu  anak salah seorang sepupu di Bachok, Kelantan.  Majlis yang serba ringkas namun meriah dihadiri sanak saudara jauh dan dekat. Masa ini lah dapat berjumpa dengan sepupu sepapat juga saudara mara yang lain, yang adanya sudah lama tidak ketemu.  Majlis-majlis sebegini mampu mengeratkan  silatulrahim yang secara tidak sedar mula renggang.
 
Ini adalah menantu pertama sepupu saya dan salain majlis sambut menantu ia juga dijadikan majlis kesyukuran, jadinya saya hanya memberi hadiah untuk pengantin dan sedikit buah tangan kepada keluarga pengantin.

 
Sepupu saya ini merupakan salah seorang anak saudara kepada arwah ibu saya.  Memang, adik beradik saya dengan keluarga dan sanak saudara sebelah arwah ibu rapat juga hubungannya, saling 'pergi mari', bertanya khabar, tidak kira mereka tinggal di Kelantan maupun di luar.   Kalau tidak berjumpa pada hari-hari biasa,  setidak-tidaknya Hari Raya kalau ada peluang kami berjumpa.
 
 Hadiah untuk pasangan pengantin
 
Buah tangan untuk keluarga pengantin lelaki.
Cheesey fruity dan butter cake...semuanya 'home made'
 
Hubungan adik beradik saya dengan saudara mara sebelah arwah ayah, keluarga-keluarga ini  yang kami saling berhubungan. 
 
Ayah Noor sekeluarga.  Ayah Noor merupakan datok saudara saya, beliau adalah  anak kepada arwah Haji Noh Labok.  Ayah Noor dan arwah Datok saya iaitu abah Zain adalah adik beradik berlainan ibu.  Arwah  Haji Noh Labok beristeri ramai, cukup kuota, khabarnya.  Bila berbini ramai maka anak-anak pun ramai.  Antara anak-anak arwah adalah Ibu kepada bos besar KarangKraf.  Ibu beliau juga adik kepada abah Zain yakni arwah datok saya, berlainan ibu jua. 
 
Ayah Mi sekeluarga di Kampung Tunku Petaling Jaya.   Ayah Mi dan arwah ayah saya, mereka ini sepupu.  Beliau anak kepada arwah Wan Nyah dan arwah Haji Abdullah Kuala Krai.  Arwah Wan Nyah dan arwah opah saya iaitu Wan Yah adalah adik beradik.  Simpati saya kepada Ayah Mi, Wan Yan dan famili apabila menerima perkhabaran anak sulung mereka Lin menghidap kanser otak. Mengharapkan Ayah Mi dan Wan Yan tabah, semoga semuanya dipermudahkan...amin.  Tumpah airmata saya bercerita akan hal ini.
 
Chegu Kamaliah.  Beliau adalah sepupu saya, anak kepada arwah mummy Hasanah, adik arwah ayah saya.
 
Puan Manirah juga sepupu saya, anak kepada arwah Ayah Manan, abang kepada arwah ayah.  Saya tidak sempat mengenali arwah ayah Manan kerana arwah meninggal dunia nan fana ini sebelum saya dilahirkan.
 
Tuntutan hidup, komitmen kerja, penghijrahan antara faktor membataskan silatulrahim erat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment