Dalam perjalanan kami dari satu tempat ke satu tempat, antara gambar- gambar yang diambil dari dalam bas yang sedang bergerak.
Gambar ini terakam secara tidak sengaja. Mungkin ada kepelikan dilakukan pemilik kereta kaler gelap ini. Yang benar, kereta-kereta peronda berada di kiri kanan, belakang hadapan kereta tersebut.
Kami juga melawat Zaanse Schaas di pinggir Amsterdam. Di sini ada tiga tempat menarik iaitu 'woodenshoe workshop', 'cheese farm' dan 'windmills', yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Perkampungan nelayan di Volendam yang terletak di utara amsterdam juga dilawati dan jarak masa perjalanan adalah lebih kurang 30 minit dengan menaiki bas. Tempat ini terkenal dengan bot-bot lamanya dan ada di kalangan penduduknya yang masih memakai pakaian-pakaian tradisi mereka.
Kedai-kedai cenderahati yang pada mulanya sudah mahu ditutup, telah dibuka semula melihatkan ramai pengunjung melawat perkampungan ini dan secara langsungnya ingin membeli memorabilia untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing sebagai kenang-kenangan atau hadiah kepada yang tersayang.
No comments:
Post a Comment