Wednesday, 19 December 2012

memori Spain 0.1



Kalau diberi peluang untuk 'revisit' Eropah maka Spain menjadi pilihan. Saya jatuh hati dengan Spain.  Sesuatu yang sentimental di sini merangsang serta menggamit saya untuk kembali ke negara Andalusia ini. Ada sesiapa yang hendak sponsor saya, silakan jangan malu-malu...hehehehe. 
Berbekalkan kamera 'cap ayam' maka hasilnya pun sekadar biasa-biasa sahaja.  Kecewa sungguh. 

Madrid
Bersama rakan-rakan rombongan




Malamnya kami 'merendek' naik tren ke bandar
ini...terserempak dengan pemuzik jalanan,
dibaluti kostum menarik

Cordoba
Suatu ketika dahulu bangunan tersergam
gah ini merupakan sebuah masjid, kini ia adalah
sebuah gereja...visual dirakam di luar bangunan
 Sudut-sudut menarik diabadikan di dalam dan kawasan
sekitar




Granada
Sekadar berhenti sekejap untuk berfoto
kenang-kenangan
Ada ciri-ciri islamik pada senibina bangunan ini




Mohon izin dan halalkan gambar rakan rombongan dikongsi di sini.  Terima kasih.







Tuesday, 18 December 2012

lima puluh satu...


Hari ini hari lahir saya.  Alhamdulillah sujud syukur ke hadrat illahi masih memberi peluang untuk saya menikmati detik istimewa ini.  Jua sujud syukur kepadaNya yang saya ini masih diberi kesejahteraan kesihatan, limpahan rezeki serta kehidupan yang tidak membebankan, diharungi sendirian. Namun kerisauan macam-macam tetap muncul walau mata pejam sekalipun.
 
Apapun, tiada apa istimewa mengiringi hari ini.  Tiada mesej-mesej daripada sesiapapun. Saya sudah tua tiada siapa menyayangi lagi. Tuhan Allah swt mengasihi dan menyayangi saya, itu sudah pasti.  KepadaNya saya merintih, mengadu domba, berserah.  Pasrah dengan qada dan qadar. 
 
Apa yang saya lakukan hari ini?  Saya rajinkan diri untuk lakukan aktiviti me-roti.  Seronok pula buat roti.  Uli dan siapkan doh asas,  selepas itu pandai-pandailah bentukkan doh tersebut.  Hasilnya beberapa bentuk tercipta.  Puas hati bila kejadian roti menjadi.
 
Beberapa bentuk kejadian terhasil dengan jayanya

Saturday, 1 December 2012

lopat tikam! mana kerisnya?...


Entah, saya tidak pasti macam mana orang dulu-dulu boleh namakan kuih ini sebegini.  Yang benarnya kuih ini sedap,  rasa sepotong lepas itu hendak makan lagi. Kuih versi ini di perbuat daripada tepung beras, lapisan kaler hijau dilapis dan dikukus terus dengan kepala santan kaler putih, dimakan bersama pulut dan air gula merah. Makan tanpa pulut pun sedap jua.

Kalau versi Kelantan, teknik masakan sedikit berbeza yang mana kepala santan yakni lapisan putih dimasak berasingan dengan lapisan hijau.
 

Lopat Tikam (sumber: forumer@cari)

Lapisan bawah (hijau)

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1sb tepung jagung
3 cawan santan cair (saya guna santan kotak)
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1sk air kapur
sedikit garam

Cara-cara:
Panaskan pengukus.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk, sebatikan dan tapis.
Masak adunan sebentar di atas api kecil.
Tuang ke dalam acuan yang telah disapu minyak masak  atau dilapik
dengan plastik dan kukus selamat 20 minit.
Apabila masak cakar-cakarkan bahagian atas kuih supaya lapisan atas nanti
  mudah  melekat.
 
Lapisan atas (putih)

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat (santan kotak)
1sb tepung jagung
1sk garam

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk, sebatikan dan tapis.
Masak adunan sebentar di atas api kecil.
Tuang ke dalam loyang yang berisi lapisan hijau dan kukus sehingga masak.
Kuih hendaklah betul-betul sejuk baharu dipotong dengan pisau plastik.


Penyediaan pulut (sumber: encik google...sejujurnya saya lupa blog siapa)

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan beras pulut
santan cair secukupnya (santan kotak)
sedikit garam
pewarna merah (saya guna pink, kaler merah tiada)

Cara-cara:
Beras pulut direndam, dititis dengan pewarna selama 10 minit.
Santan cair dicampur garam, sebatikan.
Panaskan pengukus...beras pulut yang direndam tadi ditoskan airnya.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
Pulut yang hampir masak di keluarkan daripada pengukus dan
   di arung dengan santan cair, dikukus kembali sehingga masak.

Penyediaan air gula merah

Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara:
Campur kesemua bahan-bahan ke dalam kuali dan masak sehingga ianya pekat.
Tapis air gula  sebelum digunakan.


Mohon izin dan halalkan resepi dikongsi di sini.  Terima kasih.

Monday, 19 November 2012

walimatulurus...




 
Kad undangan meraikan pasangan mempelai.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...amin.
 
Musim orang adakan majlis nikah kahwin sekarang.  Hari ini saya berkesempatan menghadiri majlis sambut menantu  anak salah seorang sepupu di Bachok, Kelantan.  Majlis yang serba ringkas namun meriah dihadiri sanak saudara jauh dan dekat. Masa ini lah dapat berjumpa dengan sepupu sepapat juga saudara mara yang lain, yang adanya sudah lama tidak ketemu.  Majlis-majlis sebegini mampu mengeratkan  silatulrahim yang secara tidak sedar mula renggang.
 
Ini adalah menantu pertama sepupu saya dan salain majlis sambut menantu ia juga dijadikan majlis kesyukuran, jadinya saya hanya memberi hadiah untuk pengantin dan sedikit buah tangan kepada keluarga pengantin.

 
Sepupu saya ini merupakan salah seorang anak saudara kepada arwah ibu saya.  Memang, adik beradik saya dengan keluarga dan sanak saudara sebelah arwah ibu rapat juga hubungannya, saling 'pergi mari', bertanya khabar, tidak kira mereka tinggal di Kelantan maupun di luar.   Kalau tidak berjumpa pada hari-hari biasa,  setidak-tidaknya Hari Raya kalau ada peluang kami berjumpa.
 
 Hadiah untuk pasangan pengantin
 
Buah tangan untuk keluarga pengantin lelaki.
Cheesey fruity dan butter cake...semuanya 'home made'
 
Hubungan adik beradik saya dengan saudara mara sebelah arwah ayah, keluarga-keluarga ini  yang kami saling berhubungan. 
 
Ayah Noor sekeluarga.  Ayah Noor merupakan datok saudara saya, beliau adalah  anak kepada arwah Haji Noh Labok.  Ayah Noor dan arwah Datok saya iaitu abah Zain adalah adik beradik berlainan ibu.  Arwah  Haji Noh Labok beristeri ramai, cukup kuota, khabarnya.  Bila berbini ramai maka anak-anak pun ramai.  Antara anak-anak arwah adalah Ibu kepada bos besar KarangKraf.  Ibu beliau juga adik kepada abah Zain yakni arwah datok saya, berlainan ibu jua. 
 
Ayah Mi sekeluarga di Kampung Tunku Petaling Jaya.   Ayah Mi dan arwah ayah saya, mereka ini sepupu.  Beliau anak kepada arwah Wan Nyah dan arwah Haji Abdullah Kuala Krai.  Arwah Wan Nyah dan arwah opah saya iaitu Wan Yah adalah adik beradik.  Simpati saya kepada Ayah Mi, Wan Yan dan famili apabila menerima perkhabaran anak sulung mereka Lin menghidap kanser otak. Mengharapkan Ayah Mi dan Wan Yan tabah, semoga semuanya dipermudahkan...amin.  Tumpah airmata saya bercerita akan hal ini.
 
Chegu Kamaliah.  Beliau adalah sepupu saya, anak kepada arwah mummy Hasanah, adik arwah ayah saya.
 
Puan Manirah juga sepupu saya, anak kepada arwah Ayah Manan, abang kepada arwah ayah.  Saya tidak sempat mengenali arwah ayah Manan kerana arwah meninggal dunia nan fana ini sebelum saya dilahirkan.
 
Tuntutan hidup, komitmen kerja, penghijrahan antara faktor membataskan silatulrahim erat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, 18 November 2012

cheesey fruity...



Mohon izin dan halalkan resepi dikongsi di sini.  Terima kasih.


Kek Keju Buah-Buahan (sumber: Bebop@cari)




Bahan-bahan:

170gm buah-buahan campuran
2sb jus oren
Rendam buah-buahan campuran bersama jus oren selama 2 jam

70gm butter
70gm cream cheese
70gm brown sugar
2 biji telor
1sk lemon paste (saya tidak letak)
80gm tepung gandum**
1/2sk baking powder**

** diayak bersama


 
Cara-cara:
 
Pukul butter, cream cheese dan brown sugar hingga kembang.
Masukkan telor dan lemon paste...pukul sebentar.
Masukkan tepung gandum berselang-seli dengan buah-buahan campuran
  sampai habis. Adun sebati.
Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter dan sedikit gandum,
  atau dilapik dengan baking sheet.
Bakar di suhu 170 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak.
Oven dipanaskan terlebih dahulu.
 
 
 

Wednesday, 14 November 2012

meter parkir...


Sudah lama saya ingin berbicara akan hal ini.  Mungkin isu ini tidak menjadi 'kudis gatal' kepada orang-orang tertentu.  Namun bagi saya sebagai rakyat marhein yang bertanggungjawab, memang akan rasa sakit hati, terkilan dengan sikap segelintir ummah yang hanya bekerja sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
 
Tidak perlu saya bermukadimah dengan  panjang lebar, elok sahaja terus ke isu utama yang ingin saya gebangkan.

 
Ini adalah meter yang dipasang di parkir-parkir di sekitar Pasar Berek 12, Kota Bharu, Kelantan. Kalau  diperhatikan  terpampang  perkataan  'kad'  dan anak panah menunjukkan di mana  'tempat' kita kena cucuk kad pintar.  Persoalannya di mana lubang atau 'slot' untuk masukkan kad itu?  Bagi saya yang memiliki kad pintar, celah lubang bedah mana harus saya cucuk kad tersebut?  Yang ada hanyalah lubang untuk masukkan duit syiling di sebelah kanan.
 
Jadinya setiap kali ke Pasar ini saya terpaksa 'paksa rela' korek duit syiling untuk masukkan dalam meter tersebut sedangkan kad pintar yang dimiliki tidak boleh digunakan.  Saya tinggal berhampiran dengan Pasar ini maka tidak perlu saya bersesak ke Pasar Siti Khadijah atau pasar-pasar lain.
 
Ini tidak adil bagi saya atau sesiapa yang memiliki kad pintar tetapi kami tidak boleh manfaatkan penggunaan kad itu sepenuhnya. Mereka yang berkenaan seolah-olah 'pejam mata' mengaut keuntungan  berganda sedangkan saya warganegara yang bertanggungjawab berhabis wang berkali-kali.  Mana tidaknya, miliki kad yang nilainya RM30,  namun tidak boleh digunakan...kena juga masukkan syiling dalam meter itu, nantikan kalau tidak bernasib baik, datang pula pegawai beruniform biru gelap yang kadangkala 'berangin seribu' dengan alatannya,  mengesan samada kita masuk duit atau tidak.  Tidak memasal surat saman diletakkan di celah 'wiper' cermin hadapan kenderaan. Kena keluar duit lagi bayar saman.
 
 
Yang ini pula meter yang dipasang di parkir-parkir sekitar bandar Kota Bharu.  Meter ini dilengkapi dengan tempat masukkan kad dan juga syiling.  Ia  tidak  menjadi  masaalah  bagi saya menggunakan  meter ini dengan kad,  asalkan kad tersebut masih ada nilai berbaki dan yang paling penting meter befungsi dengan baik.
 
Mengapa perlu ada dua jenis meter yang berlainan?   Kenapa pihak terbabit tidak selaraskan penggunaan satu jenis meter sahaja yakni pakej kad dan syiling?  Mungkin mereka mengambil jalan mudah tanpa mengira atau memikirkan kesusahan rakyat marhein menanggungnya. Bagi saya yang menghadapi situasi ini, berhabis wang sebegini memang tidak patut. dan saya tidak sekali-kali mengizinkan dan tidak rela dengan etika kerja ummah yang diberi amanah untuk menjalankan tugas dengan  berintegriti dan bertanggungjawab. 
 
 
Inilah 'kad pintar' yang diwar-warkan.  Harga yang disebut RM30.   Namun untuk pengguna yang pertama kali menggunanya perlu membayar RM40, mungkin harga kad dan nilai RM yang terdapat pada kad tersebut (kalau silap penerangan, maafkan saya).  Apabila nilainya sudah habis, kita perlu menukarkan kad tersebut dengan yang baru  nilaian RM30.  Begitu lah seterusnya.
 
Penggunaan kad ini sebenarnya ada kebaikannya.  Tidak perlu bersusah payah memikiran berapa duit hendak dimasukkan ke dalam meter.  Cucuk sahaja kad dan meter akan buat bacaan berapa lama dan berapa caj yang perlu ditolak dari nilai kad tersebut, sepanjang kita letak kenderaan di parkir dinyatakan.  Tetapi itu lah, manfaat itu tidak diiringi dengan kecekapan pihak berkenaan demi tidak menyusahkan pengguna  khususnya.
 
Kami, rakyat marhein disarankan mengguna kad pintar ini, untuk kemudahan dan menyenangkan, kononnya.   Namun ketidakcekapan pegawai-pegawai mentadbir urus penggunaannya, maka sistem yang sepatutnya efisien telah tidak menepati ciri-ciri sedemikian.
 
Contoh meter parkir yang berfungsi baik...
perhatikan angka 10:00 bertukar kepada 9:59
apabila memasukkan  kad atau syiling

 
Saya hendak sentuh juga pasal penyelenggaraan meter-meter dipacak tegap itu.  Tolonglah, pihak-pihak terbabit, selenggara lah meter-meter sentiasa.  Jangan ingat apabila sudah sampai sekian-sekian masa datang buka meter, ambil duit dan berlalu begitu sahaja.  Jangan ambil mudah hal ini.  Pernah beberapa kali saya sudah terkena.  Ini berlaku di Pasar Berek 12 jua.  Masukkan syiling  tetapi meter tak bergerak langsung...masuk syiling lagi, sampai sudah, keras kejung ia tidak menunjukkan sebarang perubahan pun pada angka minit di meter tersebut.  Aik, berapa duit nak kena telan nih?  Perasaan marah, geram, kecewa jelas, kehilangan sejumlah  wang syiling disedut tanpa izin amat terkesan.  Ada kad tidak boleh digunakan, masuk duit pun meter tidak berfungsi, maaf cakap, saya tidak halal wang hasil titik peluh saya 'dicuri' sebegini.
 
Pernah juga berlaku apabila  meter gagal berfungsi samaada untuk  syiling atau kad. Ini berlaku di pusat bandar Kota  Bharu. Saya sudah elok letak kenderaan, namun bila hampiri meter nak cucuk kad, tertera pula perkataan 'fail' di meter itu...adeh, takkan saya hendak keluarkan kenderaan saya dan cari parkir lain yang belum tentu ada.  Saya tawakal sahaja, mudah-mudahan tidak disaman.  Bukan salah saya.  Sila lakukan penyelenggaraan sewajarnya ke atas meter-meter yang dipasang.  Jangan menyusahkan pengguna yang bertanggungjawab seperti saya.
 
Sia-sia sahaja kehilangan satu undi yang sangat berharga nanti.  Satu undi boleh menentukan kemenangan  atau kekalahan.  Jadi fikir-fikirkan lah wahai ummah-ummah atau calon-calon yang inginkan kemenangan, tidak kira samaada untuk mentadbir ke sekian kalinya atau yang  baru  beroleh  kuasa.
 
 
Mohon izin dan halalkan gambar dikongsi di sini.  Terima kasih.
 
 

Monday, 12 November 2012

senang ringkas sedap...


Mohon izin dan halalkan resepi dikongsi di sini.  Terima kasih.
 
 
 
 
Kek Mentega (sumber : Bebop @ cari)
 
Bahan-bahan:
 
250gm mentega
210 tepung gandum **  
1sk baking powder  **    
200gm gula kastor (saya kurangkan 160gm)
5 biji telor ( saya bubuh 4 biji sahaja)
 
** diayak bersama.
 
 
Cara-cara:
 
Masukkan semua bahan-bahan kecuali telor ke dalam mangkok.  Putar adunan sehingga kembang dan  gebu.
Masukkan telor dan putar sebati.
Tuang  adunan  ke dalam acuan yang disapu dengan mentega dan sedikit tepung gandum.  Bakar  didalam oven 170 darjah celcius sehingga masak, 45 minit hingga 1 jam.  Oven dipanaskan terlebuh dahulu.

Sunday, 11 November 2012

memori amsterdam 0.2


Dalam  perjalanan  kami dari satu  tempat ke satu tempat, antara gambar- gambar yang diambil dari dalam bas yang sedang bergerak.



Gambar ini terakam secara tidak sengaja.  Mungkin ada  kepelikan dilakukan pemilik kereta kaler gelap ini. Yang benar, kereta-kereta peronda berada di kiri kanan, belakang hadapan kereta tersebut.

Kami juga melawat Zaanse Schaas di pinggir Amsterdam.  Di sini ada tiga tempat menarik iaitu  'woodenshoe workshop', 'cheese farm' dan 'windmills', yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.










Perkampungan nelayan di Volendam yang terletak di utara amsterdam juga dilawati dan jarak masa perjalanan adalah lebih kurang 30 minit dengan menaiki bas.  Tempat ini terkenal dengan bot-bot lamanya dan  ada di kalangan penduduknya yang masih  memakai pakaian-pakaian tradisi mereka.






Kedai-kedai cenderahati yang pada mulanya sudah mahu ditutup, telah dibuka semula melihatkan ramai pengunjung melawat  perkampungan ini dan secara langsungnya ingin membeli memorabilia untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing sebagai kenang-kenangan atau hadiah kepada yang tersayang.










Friday, 9 November 2012

memori amsterdam 0.1


Emmmm...apa nak gebang pasal amsterdam ini.


Kami  sampai  di  Amsterdam  agak  awal  dalam  pukul  3.00  petang.  Hotel penginapan kami, Dutch  Design Hotel agak jauh dari pusat bandar.  Hendak keluar sendiri agak susah jadi kami sepakat memberi sedikit saguhati kepada pemandu bas kami untuk bawa kami ronda-ronda bandar Amsterdam petang itu.  Lagi pun kami bayar ribu riban, datang dari jauh  tak mungkin kami hendak duduk dalam bilik, rugi sangat-sangat, sementelah hari masih siang lagi.
Hotel penginapan.  Biliknya yang luas dan selesa
untuk didiami. 
Gambar di bawah adalah sebahagian ruang
menuju ke Coffee Housenya 

Antara hiasan-hiasan menarik di lobi hotel





Setelah berihat dan selesai solat jamak zohor asar, dalam pukul 4 petang lebih sikit kami keluar meninjau kota Amsterdam.  Antara momen-momen di Ams diabadikan dalam foto-foto ini.





kenderaan ini tiada di Malaysia, sempat
juga saya bertenggek berfoto kenang-kenangan

Keesokan harinya kami  melawat Rumah Berlian.  Perempuan mana boleh berpisah dengan perhiasan badan bling-bling.  Orang Putih kata ' diamonds are woman's best friend forever'.


Setelah penerangan fasal permata ini diberi maka tibalah masa urusan jual beli dilaksanakan.  Ada juga rakan rombongan yang menempah, pakej dengan rekabentuk sekali dan siap beberapa jam kemudian. Kalau mampu boleh sahaja beli  permata belian di negara eropah, harganya tidak semahal yang di jual  di Malaysia.

Sebelum giliran kami masuk ke Rumah Berlian itu, kami dijemput ke bilik menunggu, disediakan minuman percuma.  Di situ juga ditempatkan barang-barang perhiasan  yang cantik-cantik belaka.






Setelah beberapa lama di Rumah Berlian, kami beredar untuk 'schedule' seterusnya iaitu menaiki bot menyusuri sungai di Amsterdan, melihat dan mengkagumi pemandangan indah di kiri kanan terusan.


















Mohon izin dan halalkan gambar rakan rombongan dikongsi di sini.  Terima Kasih.