Bercakap pasal durian. Raja segala buah. Tidak ramai yang tidak suka dengan buah kulitnya berduri. Baunya memang menikam, rasanya menusuk kalbu.
Usai ziarah para-para arwah di dua rumah abadi. Dalam perjalanan pulang kami ikut jalan dalam untuk kesibukan kenderaan mundar mandir di atas jalanraya.
Di tepi-tepi jalan terdapat gerai-gerai durian, jagung, manggis dan lain-lainya. Rasa berselera nak jamah durian lantas kami berhenti di satu gerai yang bukan sahaja ada durian. Buah mangga, manggis, pisang ada terjual.
Buahan yang ada di gerai ini seolah memanggil kami untuk memiliki mereka. Buah durian memang nampak enak. Tidak tunggu lama kami beli beberapa biji durian serta dua sisir pisang jelai kampung.
Dalam mobil kami dah berkira nak makan pulut durian. Kami singgah di kedai runcit untuk membeli beras pulut, kelapa utk diperah santan dan gula melaka.
Sebaik sampai rumah kami debgan terujanya masak pulut, perah santan, racik gula melaka dan kopek buah durian.
Terhidang pulut durian yang sangat lama kami tidak makan. Tiada perancangan, rezeki kami pada hari itu untuk makan pulut durian. Makan dengan tangan lagi mengancam. Puas hati.
Alhamdulillah.