Nampak sedap sangat. Belek-belek resepi tak susah mana buatnya.
Bahan-bahan semua ada. Tinggal lagi nak sukat bahan-bahan dan adun sahaja. Selesai semuanya doh dimasukkan dalam chiller.
Ingat ke nak rehatkan doh tuh sekejap sahaja. Alih-alih bekalan air tkde plak. Nampak gaya kena sambung aktiviti canai dan cetak esok hari.
Usai sahaja rutin harian, aktiviti semalam yang tertangguh diteruskan. Canai dan cetak letak atas tray masuk dalam oven.
Hampir 2 jam setengah berlangsung maka siap semuanya. Nama diberi biskut kuaci cornflakes. Ini bukan biskut raya.
Biasanya dibuat untuk makan-makan pada bulan puasa. Masa makan terhad. Rutin Ramadan lepas berbuka buat sunat terawih.
Balik rumah haus dan lapar makanan ringan. Jadinya siapkan minuman dan hidangkan sedikit biskut yang disiapkan terlebih awal. Nak sediakan makanan berat dah lewat dan mengantuk. Lagipun sahur menjengah tak beberapa jam sahaja lagi.

No comments:
Post a Comment