Musim hujan bermula. Hari ini awal pagi hujan lebat dan sekarang cuacanya mendung matahari tidak terbit pun.
Kain baju di ampaian susah kering di kala cuaca sebegini. Sudah menjadi kelaziman akhir tahun hujan turun basah bumi yang boleh mengakibatkan banjir.
Manfaatnya jerebu yang melanda boleh beredar menuruti arah angin.
Bercerita pasal banjir, teringat dengan kejadian banjir besar tahun 2014. Ramai yang terbabit dan terjejas. Kerosakan, kemusnahan harta benda terlalu banyak.
Saya masih ingat saya dalam ketakutan pada malam itu. Air sudah memenuhi kawasan rumah. Kawasan rumah saya biasanya tidak dinaiki air banjir sebelumnya. Pada petang itu saya terkocoh-kocoh mengalihkan kereta ke tempat tinggi. Saya tidak boleh lelapkan mata bimbang air akan masuk rumah sementelah kereta tidak berada di dalam pagar rumah. Sekejap-kejap jengok ikut tingkap risau dengan keadaan waktu itu. Ada beberapa malam saya tidak dapat tidor.
Awal pagi keluar rumah tengok paras air setakat mana.
Mujur bertangga air tak masuk dalam rumah.
Air di mana-mana. Jalan besar menghala ke bandar.
Tidak pernah air naik sampai ke sini.
kereta-kereta dari kawasan ini dan sekitar berderet-deret
atas jalanraya yang lebih tinggi.
Alhamdulillah rumah saya air tidak sempat masuk cuma setakat tangga rumah sahaja air melimpah. Jiran saya rumah beliau agak rendah sedikit, air paras atas buku lali dalam rumah.
Setelah beberapa hari banjir, saya sempat keluar untuk mencari makanan dan air mineral. Banyak kedai masih tidak mampu untuk memulakan perniagaan mereka. Banjir besar telah melumpuh sebahagian besar negeri kami.
Saya dapati rata-rata orang-orang termasuk saya yang berada di jalanraya mundar mandir mencari air bersih sedangkan bekalan air bersih sudah tiada stok di kedai-kedai. Bekalan air dan letrik di sesetengah kawasan terpaksa dipotong oleh pihak berwajib memandangkan air naik melangkaui jangkaan.
Masa ke hulu ke hilir mencari air, saya terbayang filem holiwud pasca perang yang mana sukarnya kehidupan untuk bangkit semula. Segala-galanya musnah. Sayu hati mengenangkan diri sendiri mengalaminya walaupun dalam situasi berbeza.
Dan sekarang musim hujan datang lagi. Bila mengenangkan mangsa-mangsa banjir tahun lepas yang belum berumah, masih tinggal di dalam khemah pasti trauma mereka berulang.
Semoga semuanya sentiasa didalam rahmat dan lindungi Allah swt. Amiin.
No comments:
Post a Comment