Wednesday, 28 October 2015

Almond london...


http://Job4Living.com/?ref=101780

Resepi daripada sahabat kepada sahabat kepada sahabat maya yang lain.

Pemilik resepi sudah pun dijemput pulang ke Rahmatullah.


Apa yang ditinggalkan oleh arwah untuk kita mencuba, semoga arwah diberi ganjaran melimpah ruah di Sana.  Amiin.


Almond cookies yang sedap dan ranggup.

ALMOND LONDON

BAHAN...

250gm butter
100gm castor sugar
50g nestum kisar (saya guna cornflakes)
100gm tepung jagung
250 tepung gamdum
Kacang badam secukupnya

Almond nibs
Coklat masakan
Paper cup

CARA...

Putar butter dan gula hingga sebati.

Masukan nestum atau cornflakes.  Putar sekejap shj hingga sebati.

Masukkan tepung jagung dan gaul rata.

Masukkan tepung gandum sikit2 hingga jadi doh lembut.

Rehatkan 15 minit tudung doh dgn towel lembap.

Ambil sedikit doh isi badam dan bentukkan bulat or bujur.

(Badam yang dimasukkan dalam doh saya roast terlebih dahulu lebih kurang 10 minit.)

Bakar dalam oven 170 darjah celsius sehingga masak.

Cairkan coklat dgn kaedah double boiler. Celup biskut guna penyepit dan letak atas paper cup.  Tabur almond nibs atas biskut. Biarkan sejuk dan coklat mengeras.




Tuesday, 27 October 2015

Hujan...

Musim hujan bermula.   Hari ini awal pagi hujan lebat dan sekarang cuacanya mendung matahari tidak terbit pun.

Kain baju di ampaian susah kering di kala cuaca sebegini.  Sudah menjadi kelaziman akhir tahun hujan turun basah bumi yang boleh mengakibatkan banjir.  

Manfaatnya jerebu yang melanda boleh beredar menuruti arah angin.

Bercerita pasal banjir,  teringat dengan kejadian banjir besar tahun 2014.  Ramai yang terbabit dan terjejas. Kerosakan, kemusnahan harta benda terlalu banyak.  

Saya masih ingat saya dalam ketakutan pada malam itu.  Air sudah memenuhi kawasan rumah. Kawasan rumah saya biasanya tidak dinaiki air banjir sebelumnya.  Pada petang itu saya terkocoh-kocoh mengalihkan kereta ke tempat tinggi.  Saya tidak boleh lelapkan mata bimbang air akan masuk rumah sementelah kereta tidak berada di dalam pagar rumah.  Sekejap-kejap jengok ikut tingkap risau dengan keadaan waktu itu.  Ada beberapa malam saya tidak dapat tidor.

 Awal pagi keluar rumah tengok paras air setakat mana.
Mujur bertangga air tak masuk dalam rumah.

 Air di mana-mana.  Jalan besar menghala ke bandar.
Tidak pernah air naik sampai ke sini.

kereta-kereta dari kawasan ini dan sekitar berderet-deret
atas jalanraya yang lebih tinggi.

Alhamdulillah rumah saya air tidak sempat masuk cuma setakat tangga rumah sahaja air melimpah. Jiran saya rumah beliau agak rendah sedikit, air paras atas buku lali dalam rumah.

Setelah beberapa hari banjir, saya sempat keluar untuk mencari makanan dan air mineral.  Banyak kedai masih tidak mampu untuk memulakan perniagaan mereka.  Banjir besar telah melumpuh sebahagian besar negeri kami.

Saya dapati rata-rata orang-orang termasuk saya yang berada di jalanraya mundar mandir mencari air bersih sedangkan bekalan air bersih sudah tiada stok di kedai-kedai.  Bekalan air dan letrik di sesetengah kawasan terpaksa dipotong oleh pihak berwajib memandangkan air naik melangkaui jangkaan.

Masa ke hulu ke hilir mencari air, saya terbayang filem holiwud pasca perang yang mana sukarnya kehidupan untuk bangkit semula.  Segala-galanya musnah.  Sayu hati mengenangkan diri sendiri mengalaminya walaupun dalam situasi berbeza.

Dan sekarang musim hujan datang lagi.  Bila mengenangkan mangsa-mangsa banjir tahun lepas yang belum berumah,  masih tinggal di dalam khemah pasti trauma mereka berulang.

Semoga semuanya sentiasa didalam rahmat dan lindungi Allah swt.  Amiin.


Cokodok bilis...

http://Job4Living.com/?ref=101780

Bila tidak selera makan nasi, kena ada alternatif lain hendak masak apa untuk lapik perut yang berkeroncong minta diisi.

Sos...
Ayer asam jawa, gula, garam, cuka, cili kisar, 
tepung jagung, gula melaka

Fikir punya fikir punya fikir ini sahaja yang mampu difikir untuk dijadikan pengalas perut yang sedang lapar.

Cokodok bilis...
Tepung gandum, ikan bilis,
ayer suam, garam, jintan manis, jintan putih, 
sayur campur, taugeh, bawang besar

Sunday, 25 October 2015

Demam kepialu...

Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti

DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.

Sumber:  Astro Awani


























Sepertiga malam...


Biasanya waktu-waktu begini ramai antara kita yang enak dan asyik lena diulit mimpi.  Alangkah bahagianya ringan diri lakukan solat tahajud, taubat, hajat seterusnya witir. Baca quran, zikir adalah rencah terbaik untuk ketenangan.  Berdoa merintih kepadaNYA saat dan ketika ini adalah terbaik. Seolah-olah DIA ada di hadapan mendengar segala rintihan.  Airmata pun laju tumpah, banyak isi hati yang terluah.

Hendak berbicara sesama umah apa yang terucap mungkin tidak kesampaian.  Perasaan malu dan segan melangkaui.  Paling memeritkan tiada kepercayaan yang boleh diharapkan.  Sanggup mendengar tapi untuk menyimpan cerita-cerita sulit mungkin  sukar.  Keghairahan untuk bercerita menyampaikan kepada 'telinga-telinga' membuak.  Akhirnya sudah tiada rahsia lagi, ramai yang ambil maklum.

Jadi kena berbalik kepada DIA.







kredit:  gambarkata.co
izinkan dan halalkan untuk dikongsi.  Terima kasih.






Saturday, 24 October 2015

Peach Cobbler...


Hari ini ada masa terluang rasa nak makan dessert,  belek buku resepi cari dessert paling ringkas dan senang.  Paling penting bahan-bahan yang perlu sudah tersedia ada dalam gobok.  Malas hendak keluar dengan cuaca tidak bermaya semenjak dua.  

Belek punya belek setelah selesai bandingkan resepi mana harus diikuti maka keputusannya Peach Cobbler menjadi pilihan.  Keputusan yang tepat dengan kesediaan bahan-bahan serta tahap kerajinan perlu diambil kira.



Setelah godek sana sini terhasil dessert yang saya tidak pasti masuk dalam kategori mana.  Hendak dikatakan puding tidak puding, hendak dikatakan kek tidak juga.  Apapun rasanya sedap apalagi kalau dimakan dengan aiskrim vanila.  Wallaaaaa.




Parangka Raya...

Bacaan ipu cecah 3000.  Ya ampun tingginya.


Rata-rata aktiviti harian terjejas namun untuk mencari rezeki terpaksa harungi asap jerebu yang mengandungi partikel yang bahaya.

Saya yang tinggal di tanah malaya pun rimas dengan asap jerebu ini.  Beberapa hari yang lepas menjalani aktiviti luar rumah pun batuk seakan mahu lelah.

Apatah lagi mereka yang tinggal di kawasan yang teruk kondisinya.

Foto-foto ini mencerita segalanya.  Tiba-tiba saya jadi sedih hiba.






Suasana di bandar Parangka Raya di Kalimantan Tengah kini sedang menguning diliputi asap jerebu akibat kebakaran hutan berskala besar. Seorang jurukamera dan fotografer, Bjorn Vaughn, merakamkan kehancuran dan kesedihan di daerah ini.

IPU Mencecah Ke Paras 3000


https://www.facebook.com/kaio.naimin/posts/748683911927158




Friday, 23 October 2015

Kepulangan abadi...


Innalillahi wainnailaihiroji un.

Setiap yang hidup akan merasai mati.

Kepulangan  arwah-arwah kepada sang pencipta hanya selang seminggu antara mereka.


Solat jenazah disempurnakan
sebelum disemadikan

Di sini diabadikan

Arwah mak ngah ibu saudara dan arwah tok che, ayah kepada kakak ipar masing-masing pergi mengadap illahi kerana sakit tua.

Mati itu pasti hidup In shaa Allah.



http://Job4Living.com/?ref=101780

Thursday, 22 October 2015

Loma Hijab...


Saya ada beberapa helai tudung jenama lomahijab yang sangat selesa dipakai. Material yang digunakan sesuai dengan cuaca tempat kita.

Printed dan basic plain shawl 
dari lomahijab

Shawl dari lomahijab
Brooch dari casablanca

Terdapat dua jenis tudung iaitu tudung kosong dan tudung bercorak dengan harga  berpatutan. Tentunya harga dua jenis tudung ini berbeda namun ia mampu dibeli oleh pemakai-pemakai tudung. Tudung-tudung jenis lain juga ada ada dalam stok.  

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila ke Instagram  lomahijab.


http://Job4Living.com/?ref=101780

Sekaki payung seekor ular...



Ular lidi bertenggek di atas tombol pintu, membelit sipi payung oren.   Kejadian di dalam rumah hampir sangat dengan bilik beradu.


Sebelah pintu kayu ada pintu 'sliding'. Dari dalam tidak perasan kehadiran tetamu tak diundang. Jenuh dok perhati makluk apa gerak-gerak.  Terperanjat, gigil bercampur geli bila dapati ianya ular. Makluk Allah swt juga.  Cumanya bila fikirkan ular berbisa maka timbul perasaan takut.

Nasib baik jiran hadapan rumah ada waktu itu.  Mereka berdua datang dengan kelengkapan yang patut. Mereka yang uruskan dari mula sampai akhir.  Terima kasih jiran.

Ada orang itu lari lintang pukang takut dan geli geleman dengan ular.

Walaupun kecil sahaja makluk ini namun belitan dan cengkaman pada tombol pintu dan payung kuat, sukar juga hendak lepaskan.  Berkat doa dan bismilah semuanya berakhir baik. 

Alhamdulillah.

http://Job4Living.com/?ref=101780

Congo bars...


Nama dia congo bars.  Dia species brownies.  


Pertama kali cuba rasanya sedap dan boleh jual.


Bila hati hitam...


Apa sahaja yang kita buat kalau orang dah tak suka, semuanya nampak buruk belaka.

Mula-mula masih sayang, nampak manis suka semua.  Bila dah rasa bosan muak ada sahaja alasan-alasan tidak munasabah.  Pelik namun ia lumrah.

Kalau betul-betul ikhlas dengan diri sendiri, dengan ummah lain, dengan Allah swt nescaya tidak tergamak bersikap sebegitu rupa.  Ugutan-ugutan tidak waras senang terhambur untuk menakut-nakutkan.


Bila tutur kata tidak menggambarkan status diri amat rugi hambakan diri untuk dikenali.  Pangkat serta gelaran termilik itupun tidak boleh menjanjikan untuk diidolakan.  Megah dan riak sikap menunjuk-nunjuk menjadi amalan.  Puji-pujian didambakan.  Hanyut dan lemas dalam alpa.

Masih sempat muhasabah diri.  Renung dalam diri apa yang kurang.  Perbaiki apa yang perlu.

Apa salahnya kalau ada yang perihatin menegur. Bukan hendak tunjuk bagus sekadar ingat mengingati sesama hamba Allah swt.




Jerebu...

Bacaan IPU yang sangat 
tidak sihat

Masjid Shah Alam kelam
diliputi jerebu

Tanah air Malaysia dilanda jerebu teruk sejak kebelakangan ini.  Puncanya kebakaran terbuka di Sumatera. Kesannya arah angin halakan asap-asap yang mengandungi partikel bahaya ke negara-negara jiran.

Sekolah-sekolah di kebanyakan negeri terpaksa ditutup.  Umum tahu akhir tahun peperiksaan besar diadakan. Pembelajaran pelajar-pelajar terbabit agak terganggu dengan penutupan sekolah.  

Kena banyak minum air masak di kala ini. Aktiviti-aktiviti luar perlu ditangguhkan untuk kesejahteraan kesihatan.

Bagi yang mencari rezeki di luar sana mesti pakai penutup hidung sedikit sebanyak boleh menghindari dari tersedut asap jerebu.




Wednesday, 21 October 2015