Wednesday, 30 December 2015

hitam putih ~ kaler kaler...

Banyak berjalan banyak lah pengalaman.

Begitu juga dengan hidup kita.  Panjang umur maka panjang dan banyaklah liku-liku hidup yang dilalui.

Ada orang nasib perjalanan hidup yang ditempuh lancar sahaja.  Dari kecil meningkat remaja ke zaman dewasa enak sahaja keadaannya.

Ada sebahagian lain hamparan kisah hidup penuh onak  duri.  Macam-macam kena tempuhi.  Dari kecil sampai tua berbeza-beza dugaan datang.


Ibarat     tompokan   awan.    Adakala   cerah   adakala  mendung.     Kadangkala  bercampur-campur
cerah mendungnya,  Begitu juga dengan aturan hidup manusia.

Begitulah dengan empunya diri.

Era usia di hujung-hujung kehidupan ini sangat mencabar.  Tidak ketahuan ada sesiapa yang hadap dengan hidup sebegini. Suami sudah berbekas, anak tiada, kerja hanya menjual kek yang bermusim. Ada masa tempahannya ada, ada masa tiada.

Tidak pernah menyangka titik hampir noktah kisah hidup begini.





Saturday, 26 December 2015

Keberkatan pengajaran ; kaffarah

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Janji Allah swt kepada ummah adalah benar.

Kun faya kun.  Apa yang berlaku adalah kehendaknya.


Dalam diri setidak-tidaknya akan ada perasaan rendah diri berlaku krisis dalaman yang boleh membuatkan jiwa dan minda terhimpit lesu.

Bila berada di dalam situasi gawat celaru diri mula persoalkan untung nasib kehidupan.

A lesson...indeed

Minda seolah-olah cuba menyusuri liku
dilema mencari jawapan terang.

Walaupun demikian berkasih sayang denganNYA di awal kedinginan pagi satu rahmat yang tiada ternilai.

Dalam dok dengar komentar game MU-Stoke, mengantuk teramat sangat.  Maka terhasil garapan yang aku sendiri cuba untuk memahami.  Aku faham intipati yang berbangkit.  Cuma bahasanya sedikit celaru.


http://rj2in1ssquare.firstdealsglobal.com/


Thursday, 24 December 2015

Cinta agung kasih terlerai...

Saya ke rumah jiran ziarah kematian anak beliau.

Arwah usianya baru menginjak 40  tahun dijemput pulang mengadap illahi. Komplikasi penyakit kencing manis dan stroke.

Agak tidak bernasib baik bila arwah berada di dalam serba kepayahan melawan penyakit,  isteri pula mohon untuk dilepaskan.

Mungkin sang isteri berasa amat sulit untuk menjaga orang yang sakit kronik. Pesakit-pesakit kronik ini memerlukan perhatian sementelah semangat mereka untuk jalani kehidupan sedikit pudar.  


Keluarga terdekat sangat perlu mainkan peranan untuk mendamping mereka supaya semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup tidak terjejas.

Penderitaan arwah hanyalah 365 hari dan semalam arwah pulang ke istana abadi.

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun.


http://rj2in1ssquare.firstdealsglobal.com/



Sumber gambar:  google

Maulid nabi...


Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad saw.




Sumber gambar:  google

DaripadaMU kepadaMU...


Wednesday, 23 December 2015

23 Disember 2014...


Setahun yang lalu.

Sebak tumpah airmata.  Amat terkesan dengan musibah menimpa.

Hari ini, tahun ini 2015, cuaca di Kota Bharu nampaknya cerah walaupun berangin.  Walaupun demikian kami kena sentiasa waspada.

Ampunkan khilaf-khilaf kami.

Friday, 18 December 2015

gegar vaganza...


Program hiburan yang disiarkan disaluran RIA 104 dan 123 HD.  Bersiaran setiap Ahad malam. Menampilkan artis-artis yang bagus nyanyian tetapi tidak popular.  Dalam erti kata lain artis-artis sendu.  .
12 peserta semuanya...6 lelaki 6 perempuan

Nyanyian artis-artis ini diadili 100% markah oleh juri-juri profesional.  Program yang diilhamkan oleh Michael Ang telah berjaya menarik perhatian ramai.  Sementelah ianya ditaja oleh usahawan kecantikan Dato' Seri Vida (DV).  Salah satu kejayaan GV2 ini terletak di bahu DV sendiri. 

 Penaja pun enterframe sakan
qu puteh qu puteh
barulah putehhhh

Selain ketengahkan produk penaja perlu bijak menggunakan masa dan ruang yang diberikan. Orang kata kena bijak fikir di  luar kotak.  Itulah yang dilakukan oleh DV.  Hasilnya DV berjaya mem 'fenomena 'kan program lagha ini.  Sampaikan ada yang tertunggu-tunggu siaran live GV.

barisan juri profesional 'the datuks'
tok ram, tok kat, tok mal, tok syam

Program sudah melabuh tirainya dan juara  GV2 jatuh kepada Siti Nordiana diikuti tempat kedua Farahdhiya, ketiga Ezad Lazim.  Tempat keempat, kelima dan keenam disandang oleh Nasier Wahab, Acong dan Haiza.

finalis-finalist GV2
ezad lazim, acong, farahdhiya, siti nordiana,
nasier wahab, haiza

Walaupun ada terpalit sipi-sipi kontroversi di kalangan peserta GV2 namun semuanya berjalan seperti yang dikhabarkan.  Soksek-soksek sana sini adalah lumrah di dalam mana-mana pertandingan sekalipun.

nabil ahmad dan jihan muse
pengacara yang owesome namun sengal

Khabarnya GV3 akan dilangsungkan tahun hadapan.  Senarai Penyanyi-penyanyi sendu sedang dalam perancangan.


juara-juara...



Hmmmm...hok aloh.  Tak sempat nak hore-hore dah kena debit.

Rasanya macam baru sangat Arsenal meraikan kemenangan peringkat kumpulan berjaya ke pringkat kalah mati (round of 16).

Mengikut undian, lawan Arsenal bukan calang-calang, juara musim lalu Barcelona.  Kena terima hakikat pasukan Barca memang hebat ditambah dengan kemunculan trio MSN pasti gegar gawang Arsenal.  Petr Chech (spelling?) golie yang berpengalaman mungkin boleh sekat atau jarakkan bilangan gol...hahaha.

Hentam ajeler Arsenal.  Dah dapat peluang main Barcelona tunjukanlah kehebatan.   Arsenal pun miliki jagoan2 dunia, tiada yang mustahil.  Pamerkan permainan menarik di hadapan penyokong sendiri, sementelah pusingan pertama main di Emirates.  

If you cannot beat the best then join them to be the best.  Looking forward to this game.



sumber gambar...Ledzer Gazette 




18 disember...

Macam biasa setiap tahun hari ini.

Alhamdulillah sujud syukur ke hadrat illahi masih ada ruang dan peluang untuk bertaubat.


Semoga dikurniakan sejahtera kesihatan untuk lebih mendekati Allah swt untuk bekal akhirat.  Juga dilimpahi rezeki halal melimpah ruah selesa duniawi. Amiin.

Semoga diri sentiasa didalam rahmat dan lindungan Allah swt.  Amiin.

Semoga bekas suami bayar balik duit yang sudah lima tahun tidak dilunaskan. Amiin.  Mati nanti susah.  Tidak kira sapa yang mati dulu.  I mati dulu you susah. You mati dulu,  I susah you pun susah.

Pangkat dato seri' bagai tuh tak laku bila mengadap Allah swt.  Tiada markah bonus bila berada dalam kubur.

Ghimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama antara nama untuk dikenang perbuatan baik atau jahat.

http://raeesah.sharethisstory.net/my-1056144-7996?utm_source=gplus&utm_medium=mobile_web&utm_campaign=share

Thursday, 10 December 2015

Victory...



Playing against the odds.

Determination
Positive attitude
Strong mentality
Fighting spirit

The recipe to make the impossible possible.

Good job boys.

http://po.st/cd1ojx

Sunday, 29 November 2015

Raja sehari...

Belum terlewat untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat maya saya, zara dan pasangan yang menjadi raja sehari semalam.


Ikatan pernikahan yang disimpul ini moganya kekal hingga jannah.  Amiin.

Jodoh pertemuan,  ajal maut, dekat jauh rezeki semua dari Allah swt.   Kita merancang sebaik mungkin namun ketentuan adalah daripadaNYA.

Apa-apa yang hendak dilakukan bersederhanalah.  Itu yang seeloknya.



Gambar:  cikrohs


pedih ulu hati...


HATI-HATI PENYAKIT GASTRIK TERUTAMA YANG BERUSIA 35 TAHUN KE ATAS.

Gastrik punca pedih ulu hati.


Saya kunyah pil Gaviscon untuk reda sakit. Kebelakangan ini saya kerap pedih ulu hati puncanya saya stres boleh dikatakan setiap hari.
*******

Pertanyaan daripada pesakit...

Ulu hati saya selalu berasa pedih dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya mengalaminya. Saya tidak pasti sama ada penyakit itu gastrik atau sebaliknya. Kadangkala saya berasa makanan yang saya makan seperti tidak hadam. Jika saya mengalami pedih ulu hati, saya akan muntah. Anehnya, selepas muntah, saya berasa selesa dan pedih ulu hati itu akan berkurangan.Doktor, apakan masalah yang saya hadapi itu?

Jawapan:

Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.

Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Seperti yang saudara katakan, apabila muntah saudara akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Jawapan disediakan oleh: Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan
*******

punca utama penyakit ini ialah stress…..stress…..stress….stress…

Apabila kita stress…..tubuh kita tertekan………dan ketika itu perut kita pulak kosong……..asid berlebihan keluar ketika kita stress…….perut tiada makanan untuk dihadamkan…..yang menjadi mangsa adalah dinding perut kita akan dikikis……

Untuk atasi nyer……

Atasi stress dengan amalkan gaya bersenam yg ringan bagi yg tak biasa bersenam seperti berjalan kaki lebih kurang 2 KM satu hari…..baik utk jantung dan tulang……

Atasi stress dengan banyak istigfar, solat,bacaan Al-Quran dan yg penting redha dan sabar dalam sesuatu perkara…..iaitu menilik diri kita apa yg sedang kita buat,cakap,gerak kita dan apa2 yg sedang kita laksanakan

jaga pemakanan seimbang….kurang makanan berasid…..cth….makanan bergoreng,berempah,sayuran berangin,makanan masam,

tambah pemakanan yg beralkali tinggi….sayuran hijau….yg tak berangin…

penuhi diri makan kurma+madu, habbatussauda, banyakkan minum air mineral yg tinggi alkhali…….

yg penting sentiasa senyum dan ceria…..



Sumber:  mindaperkasa.blogspot.com
Gambar: cikrohs



Delima...

Banyak khasiat buah/jus delima.


Antaranya...

Masaalah jantung
Membantu sistem penghadaman
Mencegah diabetis
Membantu peredaran darah
Mengawal berat badan
Mengawal tekanan darah
Melawan kanser...


Ada lagi kebaikan dia, mohon google.

Amalkan nescaya manfaatnya berganda.




Sumber:  panduansaya.com
gambar :  cikrohs

Cermin diri dulu...


You tuju ke i ke kata-kata nih?

I bet you tak faham maksud disebalik kata-kata pujangga yang nampak jelas namun agak sukar untuk dimengerti.

Bila you nak tunaikan janji-janji you? Jangan dok rajin tepek kata-kata hikmah tapi sepatah hagham tak faham.

Faham tapi buat-buat tak faham.

Jangan buat naya orang.

Jangan buka aib orang.

Allah swt murka.

Ghimau mati meninggalkan belang...
Manusia mati meninggalkan nama...
Nama baik atau buruk...
Orang yang hidup akan kenang...
Terpulanglah persepsi masing-masing...

Ya Razak...

Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.  



Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat  juga cara untuk menjemput rezeki.

Gambar-gambar sekadar hiasan.

Langit hitam putih...

Huuh sejukkknya...

Semalam seharian hujan hari ini adakala hujan adakalanya tidak namun bumi tetap basah.

Sudah tiba musim banjir.  Ada tempat-tempat dinaiki air ketika ini.

Awan hitam putih cuaca mendung

Di sini masih tidak menunjukkan tanda-tanda hendak bah.  Baharu bulan November.  Biasanya bulan Disember akan bermula air naik dan sebagainya.

Itu yang berlaku tahun lepas. Bulan Disember menghampiri krismas tempat kami dilanda banjir besar.  Banjir air kuning.

Doa kepadaNYA kami tidak menghadapi musibah memudaratkan.  Amiin.

Saturday, 14 November 2015

Jumaat 13hb...

Inalilla wainna ilaihi rojiun.


Salam takziah kepada semua terlibat. Tiada kata-kata lebih  sesuai untuk diucapkan. Takziah.



Friday, 13 November 2015

Kita DIA...

Doa yang baik-baik untuk diri sendiri. Yang mendajalkan kita tuh biarlah. Sampai masa dan ketika dia akan mendapat petunjuk dan hidayah.


Tiba masa dia akan mengakui kekilafan dalam senyap.  Tanpa sedar penyesalan datang tidak tertanggung.

Kita positifkan diri.  Ceriakan hari-hari yang mungkin hari terakhir kita.  

KEKASIH kita sentiasa ada di mana-mana. Dekat dan rapatkan diri kita dengan DIA. Kita sayang DIA.  DIA sayang kita.

Thursday, 12 November 2015

Diwali...

https://www.facebook.com/Arsenal/videos/10153494514532713/


Tertinggal keretapi tapi video ini menceriakan penyokong-penyokong Arsenal yang beragama hindu.


Hari Eidul Fitri pun mohon kelab ini sertai bersama dengan video ucapan sebegini.

Tak reti pula hendak tepek video. Hmmmmm.

Kekasih hati...

Berusahalah sehingga nafas terakhir. Perjuangan yang tidak akan selesai jika titik noktah masih kabur.

Di kala ummah sedang tidur nyenyak asyik berilusi mimpi saya berjaga.  Usia sedang meniti senja kena rebut peluang-peluang yang ada untuk dekatkan diri denganNYA.


Di jam ini suasana yang sunyi syahdu sujud ucapkan doa berbicara merintih. DIA pasti mendengar.


Bila sudah biasa rutin sebegini kalau tertinggal satu malam rasa sesal tak sudah.  Ruginya tidak bertemu berbicara dengan KEKASIH hati.  KEKASIH hati saya, KEKASIH hati semua yang menyayangiNYA.  

Wednesday, 11 November 2015

Nombor internasional...

Kebelakangan ini kerap pula terima panggilan telefon dari luar negara.
 Contoh nombor-nombor terbabit

Nombor-nombor tersebut lebih panjang daripada nombor-nombor Malaysia.

Bukan saya sahaja yang sering diganggu dengan panggilan-panggilan 'misteri' tersebut.  Adik beradik, sahabat saya ada yang terkena juga.

Katanya ada yang menerima panggilan dari Afrika dari London dari US pun ada.

Jadah apa dorang dok telefon kami?  Tidak ingin saya menjawab panggilan-panggilan yang sia-sia itu.  Apa yang saya buat,  bila terima panggilan  jangan angkat biarlah dia hendak memekak berapa lamapun. Lepas itu saya blok semua panggilan-panggilan itu.  Bila ada mesej mengatakan ada missed call dari nombor sekian-sekian buat bodoh dan padamkan.

Berhati-hati para sahabat khususnya di Malaysia.  Sekarang macam-macam cara dorang nak menipu.  

Mimpiku basah...

Macam malam-malam sebelumnya rutin tidur macam biasa.

Setelah sekian lama, tidak semena-mena termimpi pula. Mimpi pasal air.  Makin lama makin banyak memenuhi kawasan rumah dan hendak masuk rumah. Air yang sangat jernih.

Kadangkala mimpi ada benarnya banyaknya ia hanyalah ilusi tidur. Suratan atau kebetulan terpulanglah kepada individu untuk menilai guna akal dan minda anugerah Allah swt.

Sementelah takrifan mimpi air ini juga berbeda-beda, wallahualam.

Mohon kepada Mu ya Allah aku sentiasa di dalam rahmat dan lindunganMu. Amiin.

Banjir besar atau bah kuning 2014

Arti Mimpi Sedang Melihat Banjir
Arti Mimpi Sedang Melihat Banjir
Jika anda bermimpi sedang mengamat-amati banjir bertanda anda akan dikaruniai rezeki. Tapi bila anda ditimpa banjir, alamat buruk karena akan kekurangan. Mimpi rumah anda kebanjiran bersirat anda akan capek hati (kesal, dongkol, emosi jiwa).

Berikut ini rangkuman tentang arti mimpi banjir yang diambil dari berbagai pendapat.
  • Banyak yang mengatakan Arti Mimpi tentangbanjir adalah pertanda bahwa akan datang suatu bencana besar atau hal buruk dalam kehidupan kita, keluarga atau orang yang kita sayang.
  • Arti Mimpi sedang mengamat-amati banjir adalah pertanda anda akan dikaruniai rezeki.
  • Arti Mimpi ditimpa banjir adalah pertanda anda akan kekurangan. Bermimpi rumah kebanjiran, pertanda anda akan merasa dongkol atau kesal.
  • Arti Mimpi banjir memiliki maksud tentang bencana atau musibah yang akan datang melanda kehidupan kita. Jika kita mengalami mimpi ini dan dalam mimpi tersebut terlihat nyata kita sedang kebanjiran atau melihat banyak genangan air, maka arti mimpi tersebut kurang baik.
  • Pendapat lainnya tentang Arti Mimpi banjir yaitu, akan mendapat rejeki yang besar, semakin besar banjir yang terlihat dalam mimpi semakin besar pula rezeki yang akan kita dapatkan. Tapi tergantung air yang dilihat dalam mimpi apakah air tersebut jernih atau keruh. Kalau airnya jernih itu berati rejeki halal. Berusaha dan berdoalah agar bisa mendapatkan rejeki tersebut, dan jika airnya keruh itu berati rejeki yang tidak halal. Maka kita harus patut bersyukur karena diberi petunjuk agar terhindar dari perbuatan yang tercela.

Tuesday, 10 November 2015

Tanda ingatan...

Selamat pengantin baharu kepada sahabat maya yang berada di Johor Bahru.

Cuti sekolah maka ramailah ummah yang melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah akan bertambah lagi bilangan ummah di atas muka bumi ini.


Sebagai tanda kenangan saya hadiahkan shawl lomahijab.  Saya tempah, seterusnya pihak lomahijab yang uruskan dari sediakan kad ucapan, ribonkan dan pos laju ke destinasi.


Memandangkan jarak antara tempat saya tinggal dengan majlis diadakan jauh maka alternatifnya saya hantar hadiah tanda ingatan dan terima kasih atas jemputan.

Sunday, 8 November 2015

Loma shawl...


Uols...

Lomahijab ada keluarkan shawl special collection sekarang.


Jom pakat-pakat terjah instagram lomahijab.

Macam-macam kaler ada semuanya cantik-cantik belaka.  Harganya yang berpatutan memang mampu milik.

Mana tahu kan kot-kot ada para sahabat yang sedang mencari shawl untuk digayakan ke majlis nikah kahwin, ke majlis perayaan, ke pejabat atau dijadikan hadiah maka tak payah nak fikir nak dapatkan kat mana. 

 

Terus sahaja ke instagram lomahijab tengok dan pilihlah yang mana berkenan. Harga memang berbaloi-baloi.

Wednesday, 28 October 2015

Almond london...


http://Job4Living.com/?ref=101780

Resepi daripada sahabat kepada sahabat kepada sahabat maya yang lain.

Pemilik resepi sudah pun dijemput pulang ke Rahmatullah.


Apa yang ditinggalkan oleh arwah untuk kita mencuba, semoga arwah diberi ganjaran melimpah ruah di Sana.  Amiin.


Almond cookies yang sedap dan ranggup.

ALMOND LONDON

BAHAN...

250gm butter
100gm castor sugar
50g nestum kisar (saya guna cornflakes)
100gm tepung jagung
250 tepung gamdum
Kacang badam secukupnya

Almond nibs
Coklat masakan
Paper cup

CARA...

Putar butter dan gula hingga sebati.

Masukan nestum atau cornflakes.  Putar sekejap shj hingga sebati.

Masukkan tepung jagung dan gaul rata.

Masukkan tepung gandum sikit2 hingga jadi doh lembut.

Rehatkan 15 minit tudung doh dgn towel lembap.

Ambil sedikit doh isi badam dan bentukkan bulat or bujur.

(Badam yang dimasukkan dalam doh saya roast terlebih dahulu lebih kurang 10 minit.)

Bakar dalam oven 170 darjah celsius sehingga masak.

Cairkan coklat dgn kaedah double boiler. Celup biskut guna penyepit dan letak atas paper cup.  Tabur almond nibs atas biskut. Biarkan sejuk dan coklat mengeras.




Tuesday, 27 October 2015

Hujan...

Musim hujan bermula.   Hari ini awal pagi hujan lebat dan sekarang cuacanya mendung matahari tidak terbit pun.

Kain baju di ampaian susah kering di kala cuaca sebegini.  Sudah menjadi kelaziman akhir tahun hujan turun basah bumi yang boleh mengakibatkan banjir.  

Manfaatnya jerebu yang melanda boleh beredar menuruti arah angin.

Bercerita pasal banjir,  teringat dengan kejadian banjir besar tahun 2014.  Ramai yang terbabit dan terjejas. Kerosakan, kemusnahan harta benda terlalu banyak.  

Saya masih ingat saya dalam ketakutan pada malam itu.  Air sudah memenuhi kawasan rumah. Kawasan rumah saya biasanya tidak dinaiki air banjir sebelumnya.  Pada petang itu saya terkocoh-kocoh mengalihkan kereta ke tempat tinggi.  Saya tidak boleh lelapkan mata bimbang air akan masuk rumah sementelah kereta tidak berada di dalam pagar rumah.  Sekejap-kejap jengok ikut tingkap risau dengan keadaan waktu itu.  Ada beberapa malam saya tidak dapat tidor.

 Awal pagi keluar rumah tengok paras air setakat mana.
Mujur bertangga air tak masuk dalam rumah.

 Air di mana-mana.  Jalan besar menghala ke bandar.
Tidak pernah air naik sampai ke sini.

kereta-kereta dari kawasan ini dan sekitar berderet-deret
atas jalanraya yang lebih tinggi.

Alhamdulillah rumah saya air tidak sempat masuk cuma setakat tangga rumah sahaja air melimpah. Jiran saya rumah beliau agak rendah sedikit, air paras atas buku lali dalam rumah.

Setelah beberapa hari banjir, saya sempat keluar untuk mencari makanan dan air mineral.  Banyak kedai masih tidak mampu untuk memulakan perniagaan mereka.  Banjir besar telah melumpuh sebahagian besar negeri kami.

Saya dapati rata-rata orang-orang termasuk saya yang berada di jalanraya mundar mandir mencari air bersih sedangkan bekalan air bersih sudah tiada stok di kedai-kedai.  Bekalan air dan letrik di sesetengah kawasan terpaksa dipotong oleh pihak berwajib memandangkan air naik melangkaui jangkaan.

Masa ke hulu ke hilir mencari air, saya terbayang filem holiwud pasca perang yang mana sukarnya kehidupan untuk bangkit semula.  Segala-galanya musnah.  Sayu hati mengenangkan diri sendiri mengalaminya walaupun dalam situasi berbeza.

Dan sekarang musim hujan datang lagi.  Bila mengenangkan mangsa-mangsa banjir tahun lepas yang belum berumah,  masih tinggal di dalam khemah pasti trauma mereka berulang.

Semoga semuanya sentiasa didalam rahmat dan lindungi Allah swt.  Amiin.


Cokodok bilis...

http://Job4Living.com/?ref=101780

Bila tidak selera makan nasi, kena ada alternatif lain hendak masak apa untuk lapik perut yang berkeroncong minta diisi.

Sos...
Ayer asam jawa, gula, garam, cuka, cili kisar, 
tepung jagung, gula melaka

Fikir punya fikir punya fikir ini sahaja yang mampu difikir untuk dijadikan pengalas perut yang sedang lapar.

Cokodok bilis...
Tepung gandum, ikan bilis,
ayer suam, garam, jintan manis, jintan putih, 
sayur campur, taugeh, bawang besar

Sunday, 25 October 2015

Demam kepialu...

Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti

DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.

Sumber:  Astro Awani


























Sepertiga malam...


Biasanya waktu-waktu begini ramai antara kita yang enak dan asyik lena diulit mimpi.  Alangkah bahagianya ringan diri lakukan solat tahajud, taubat, hajat seterusnya witir. Baca quran, zikir adalah rencah terbaik untuk ketenangan.  Berdoa merintih kepadaNYA saat dan ketika ini adalah terbaik. Seolah-olah DIA ada di hadapan mendengar segala rintihan.  Airmata pun laju tumpah, banyak isi hati yang terluah.

Hendak berbicara sesama umah apa yang terucap mungkin tidak kesampaian.  Perasaan malu dan segan melangkaui.  Paling memeritkan tiada kepercayaan yang boleh diharapkan.  Sanggup mendengar tapi untuk menyimpan cerita-cerita sulit mungkin  sukar.  Keghairahan untuk bercerita menyampaikan kepada 'telinga-telinga' membuak.  Akhirnya sudah tiada rahsia lagi, ramai yang ambil maklum.

Jadi kena berbalik kepada DIA.







kredit:  gambarkata.co
izinkan dan halalkan untuk dikongsi.  Terima kasih.