Thursday, 24 April 2014

wahai perempuan...


"INGATAN UNTUK MUSLIMAH"

Sama- Sama kita jaga dan memelihara diri dari azab Allah....InshaAllah.

(13 PEKARA YG WAJIB DIJAGA OLEH WANITA ISLAM)

1) (BULU KENING)
Menurut Bukhari, Rasullulah Melaknat Perempuan Yg Mencukur Atau Menipiskan Bulu Kening Atau Meminta Supaya Dicukurkan Bulu Kening.(Petikan Dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2) (KAKI DAN SEMACAM HANTU LOCENG)
Dan Janganlah Mereka (perempuan) Membentakkan Kaki (Atau Mengangkatnya) Agar Diketahui Perhiasan Yg Mereka Sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan Kaki Dan Menghayunkan/ Melenggokkan Badan Mengikut Hentakan Kaki Terutamanya Pada Mereka Yg Mengikatnya Dengan Loceng…Sama Juga Seperti Pelacur Dizaman Jahiliyah ….

3) (WANGIAN)
Siapa Sahaja Wanita Yg Memakai Wangi-Wangian , Kemudian Melewati Suatu Kaum Supaya Mereka Itu Mencium Baunya, Maka Wanita Itu Telah Dianggap Melakukan Zina Dan Tiap-Tiap Mata Ada Zinanya Terutamanya Hidung Yg Berserombong.(Petikan Dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah Dan Hibban.)

4) (DADA)
Hendaklah Mereka (Perempuan) Melabuhkan Kain Tudung Hingga Menutupi Bahagian Hadapan Dada-Dada Mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5) (GIGI)
Rasullulah Melaknat Perempuan Yg Mengikir Gigi Atau Meminta Supaya Dikikirkan Giginya – (Petikan Dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat Perempuan Yg Menjarangkan Giginya Supaya Menjadi Cantik, Yg Merubah Ciptaan Allah.(Petikan Dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.)

6) (MUKA DAN LEHER)
Dan Tinggallah Kamu (Perempuan) Di Rumah Kamu Dan Janganlah Kamu Menampakkan Perhiasanmu Seperti Orang Jahilliah Yg Dahulu. Keterangan : Bersolek (Make-Up) Dan Menurut Maqatil Sengaja Membiarkan Ikatan Tudung Yg Menampakkan Leher Seperti Orang Jahilliyah.

7) (PAKAIAN YG NIPIS) (jarang) 
Asma Binte Abu Bakar , Telah Menemui Rasullulah Dgn Memakai Pakaian Yg Tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya Seorang Gadis Yg Telah Berhaid , Tidak Boleh Baginya Menzahirkan Anggota Badan Kecuali Pergelangan Tangan Dan Wajah Saja (Petikan Dari Hadis Riwayat Muslim Dan Bukhari.)

8) (TANGAN)
Sesungguhnya Kepala Yg Ditusuk Dengan Besi Itu , Lebih Baik Daripada Menyentuh Kaum Yg Bukan Sejenis Yg Tidak Halal Baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9) (MATA)
Dan Katakanlah Kepada Perempuan Mukmin Hendaklah Mereka Menundukkan Sebahagian Dari Pemandangannya. (Petikan Dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan Sampai Pandangan Yang Satu Mengikuti Pandangan Lainnya. Kamu Hanya Boleh Pandangan Yg Pertama Sahaja , Manakala Pandangan Seterusnya Tidak Dibenarkan , Hukumnya Haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud Dan Tirmidzi.)

10) (MULUT) (suara) 
Janganlah Perempuan - Perempuan Itu Terlalu Lunak Dalam Berbicara Sehingga Berkeinginan Orang Yg Ada Perasaan Serong Dalam Hatinya, Tetapi Ucapkanlah Perkataan - Perkataan Yg Baik . (Petikan Dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya Akan Ada Umatku Yg Minum Arak Yg Mereka Namakan Dengan Yg Lain, Iaitu Kepala Mereka Dilalaikan Oleh Bunyi-Bunyian (Muzik) Dan Penyanyi Perempuan, Maka Allah Akan Tenggelamkan Mereka Itu Dalam Bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11) (KEMALUAN)
Dan Katakanlah Kepada Perempuan-Perempuan Mukmin, Hendaklah Mereka Menundukkan Pandangan Mereka Dan Menjaga Kehormatan Mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila Seorang Perempuan Itu Solat 5 Waktu, Puasa Di Bulan Ramadan, Menjaga Kehormatannya Dan Mentaati Suaminya, Maka Masuklah Ia Ke Dalam Syurga Daripada Pintu - Pintu Yg Ia Kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada Seorang Perempuan Pun Yg Membuka Pakaiannya Bukan Di rumah Suaminya, Melainkan Dia Telah Membinasakan Tabir Antaranya Dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud Dan Ibn Majah.)

12) (PAKAIAN)
Barangsiapa Memakai Pakaian Yg Berlebih-lebihan Terutama Yg Menjolok Mata , Maka Allah Akan Memberikan Pakaian Kehinaan Di Hari Akhirat Nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) 
Petikan dari , Surah Al Ahzab - Ayat 59. Bermaksud : Hai Nabi - Nabi Katakanlah Kepada Isteri - Isterimu, Anak Perempuanmu Dan Isteri - Isteri Orang Mukmin, Hendaklah Mereka Memakai Baju Jilbab (Baju Labuh Dan Longgar) Yg Demikian Itu , Supaya Mereka Mudah Diken ali . Lantaran Itu Mereka Tidak Diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Sebilangan Ahli Neraka Ialah Perempuan - Perempuan Yang Berpakaian , Tetapi Telanjang Yang Condong Pada Maksiat Dan Menarik Orang Lain Untuk Melakukan Maksiat. Mereka Tidak Akan Masuk Syurga dan Tidak Akan Mencium Baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita Yang Berpakaian Nipis/Jarang, Ketat/ Membentuk Dan Berbelah/Membuka Bahagian - Bahagian Tertentu.

13) (RAMBUT)
Wahai Anakku Fatimah! Adapun Perempuan - Perempuan Yang Akan Digantung Rambutnya Hingga Mendidih Otaknya Dalam Neraka , Adalah Mereka Itu Di Dunia Tidak Mahu Menutup Rambutnya Daripada Dilihat Oleh Lelaki Yg Bukan Mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran Bin Hushain ra : Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Penghuni syurga Yang Paling Sedikit Adalah Kaum Wanita. (Shahih Muslim No : 4921)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" (MANUSIA YG PALING BODOH DI DUNIA , ADALAH MANUSIA YG TIDAK DPT MENILAI , YG MANA BENAR DAN YG MANA SALAH) "
" SOMBONG ITU , ADALAH ORG YG BENCI PADA KEBENARAN DAN MENGHINA HUKUM ISLAM DAN PARA ULAMA "
" (HIDUP TANPA ILMU , IBARAT SAMPAN TANPA BERKEMUDI - ORG YG TIDAK MENAMBAH ILMUNYA - BERERTI KALAH DLM PERJUANGAN HIDUP) - (Hukama) .

Monday, 14 April 2014

mee bandung...


Hari ini melayan diri masak mee bandung.  Tidak kepastian kenapa nama mee ini sebegitu.


Saturday, 12 April 2014

melor...



Harum semerbak sibunga melor...
mari dipetik di laman rumah...
putih  berseri sibunga melor...
wangi-wangian seisi rumah...


makin dibau makin menusuk...
dijadikan hiasan keraian...
ditali-tali dicucuk-cucuk...
makcik di pasar ada berjualan...



vmy 2014...


Semalam dok godek tukar cenel televisyen tertengoklah perlawanan bolasepak 'Europa League' peringkat suku akhir FC Sevilla menentang Porto.  Maka tertengoklah jersey tim Sevilla ada terlekat logo Tahun Melawat Malaysia 2014.  Sevilla merupakan antara tim yang bermain di Liga Sepanyol.

Di sebabkan jersey tim ini kaler putih begitu maka logo yang tertera tidak berapa jelas sekiranya tidak betul-betul perhatikan.

Itu sahaja ceritanya.






Friday, 11 April 2014

malaysian tiga tujuh kosong...



sekiranya di langit maka turunkan lah...
sekiranya di lautan maka timbulkan lah...
sekiranya di bumi maka zahirkan lah...
amin...amin...ya rabbal alamin...

good night...malaysian three seven zero...wherever you are...

malaysiaku membunga...














Mohon izin foto-foto dikongsi di sini.  Terima kasih.





rugilah...





Saturday, 8 February 2014

mee kuah hidang...

Serius mee kuah ini sedap.  Lokasinya di jalan telipot berdekatan dengan Sekolah Zainab.  Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari pukul 5 petang hingga tengah malam.

Sesiapa yang ingin merasai kesedapan mee kuah ini silalah ke restoran Ilham. Sekiranya tempahan melebihi 2 orang maka hidangan mee kuah akan di hidang di dalam kuali.







www.facebook.com/indahserunding

choc. brownies...

Malas nak cakap apa, brownies ini sedap.   Kalau sudah ada bahan-bahan dan sedikit kerajinan memang tidak menyesal mencuba.  Pendek kata boleh berbisnes senang-senang sahaja.




www.facebook.com/indahserunding

nikah kahwin...

Majlis pernikahan dan persandingan berlangsung minggu lepas tapi kini baru berkesempatan untuk gebang-gebang sambil belek foto-foto tersebut.

Yang nikahnya anak kepada bapa sepupu saya, makna kata anak beliau dengan saya pertaliannya dua pupu.  Majlis berlangsung di Laman Kayangan seksyen 7 Shah Alam.

Saya dengan adik daripada kampung naik Airasia pada pagi hari majlis dan tiba di dewan di kala mereka sedang menjamu tetamu pada tengaharinya.



Foto-foto di sekitar majlis persandingan.

Setelah majlis hampir selesai kami memohon untuk beredar dan setelah menziarahi abang di Desa Pasifik pada malamnya kami berlepas pulang dengan menaiki pesawat Firefly.


www.facebook.com/indahserunding

Tuesday, 14 January 2014

kangkung...


sayuran kangkung

Khasiat kangkung...Dikatakan harga kangkung telah turun seperti yang dinyatakan oleh PM kita, disini dipaparkan sedikit maklumat tentang khasiat kangkung supaya dapat dimanafaatkan oleh kita semua.

Kangkung termasuk tanaman sayuran yang paling popular dikalangan masyarakat. Harganya yang murah, mudah tumbuh, cepat tuai, mudah cara mendapatkannya serta mudah diolah mungkin adalah alasan utamanya. Oleh kerana itulah, alangkah lebih baik jika kita juga mengetahui manfaat sayur kangkung ini untuk kesihatan. 

Kangkung yang namanya latinnya Ipomoea Aqatica ternyata pada awalnya berasal dari India, kemudian merebak ke Malaysia, Myanmar, Indonesia, China Selatan, Australia, dan Afrika. Di China, Kangkung dikenali dengan nama Weng Cai. Di Eropah, Kangkung disebut Swamp Cabbage, Water Convovulus, atau Water Spinach. Di Indonesia sendiri, kangkung boleh didapati di hampir seluruh daerah. 

Tanaman Kangkung masuk ke dalam suku Convolvulaceae atau keluarga kangkung. Kangkung merupakan tanaman yang tumbuh cepat dan sudah memberikan hasil hanya dalam masa 4 hingga 6 minggu. Dalam satu musim saja, kangkung boleh tumbuh dengan panjang 30 hingga 50 cm. Kangkung terdiri atas dua jenis, iaitu Kangkung Darat yang disebut Kangkung China, dan Kangkung Air yang tumbuh secara semulajadi di sawah, paya, atau parit. Kalau menurut saya, kangkung yang tumbuh diair adalah kangkung yang paling sedap. Namun ini bergantung selera, dan bagaimana cara memupuk saja. Pada dasarnya kandungan pemakanan antara kangkung penanaman air sama penanaman darat adalah sama.

Berikut adalah khasiat pemakanan dan manfaat kesihatan sayur kangkung:

Kangkung adalah salah satu sayur-sayuran sihat yang banyak sekali manfaatnya. Kangkung mengandungi zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, hentriakontan, dan sitosterol. Berdasarkan penelitian, Kangkung juga menghasilkan petunjuk manfaat untuk merawat pelbagai macam gangguan kesihatan yang bersifat antiracun. 

Herminia de Guzman Ladion adalah pakar kesihatan dari Filipina, dan beliau kangkung ke dalam kumpulan tanaman "penyembuh ajaib". Kangkung dianggap sebagai cara "pengusir racun" dari tubuh. Di negara itu, tanaman ini dipakai untuk menyembuhkan sembelit dan ubat bagi mereka yang sedang melakukan diet. Akar kangkung, terutama kangkung darat, juga berguna untuk mengubati penyakit buasir. 

Pada laman Healtstore Kangkung disebutkan mempunyai khasiat sebagai ubat tradisional antipenuaan, antilupus dan antiparkinson. Kangkung yang bersifat antiracun, juga boleh untuk merawat antiradang, peluruh kencing dan juga dapat menghentikan pendarahan. 

Kangkung juga termasuk sebagai sayuran tinggi serat, sehingga kangkung boleh digunakan mencegah sembelit. Kerana sifatnya yang antiracun, kangkung juga Juga boleh mengatasi keracunan akibat makanan, mimisan serta sariawan. Daun dan akar kangkung boleh mengurangkan sakit bisul dan ubat untuk rawatan tradisional buasir. Di negeri Thailand, Kangkung digunakan sebagai bahan tradisional untuk rawatan kulit. Air rendaman kangkung juga digunakan untuk membasmi kelemumur.

Kangkung Kaya dengan zat besi. 

Zat besi sangat penting untuk tubuh kita, peranannya dalam membentuk sel darah merah adalah penting. Lemas, pusing dan pandangan kabur adalah ciri awal anemia kerana kekurangan zat besi. Pada kangkung terdapat 2.5 mg/100g zat besi, sehingga sangat baik untuk mengatasi anemia / kurang darah.

Mengurangkan haid berlebihan. 

Jika anda mengalami haid berlebihan, boleh memanfaatkan kangkung untuk mengatasinya. Caranya : Ambil setengah kilogram daun Kangkung segar. Cuci bersih, lalu tumbuk halus. Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan satu sudu makan madu. Minum sekali sehari sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar. Jika suka terlambat haid, baca disini ubatnya. 

Mencegah penyakit kencing manis. 

Ekstrak Kangkung sudah diuji di makmal, dan hasilnya ternyata Ekstrak Kangkung berguna sebagai ubat anti diabetes. Hal ini kerana Ekstrak Kankung akan menghalang penyerapan kadar gula dalam darah. Perbanyaklah mengambil Kangkung, bila anda mengidap penyakit kencing manis. Ubat tradisional kencing manis lain adalah undur - undur.

Kangkung Kaya vitamin C

Kangkung juga banyak mengandung vitamin C. Secara umum, kandungan vitamin C pada Kangkung lebih banyak berbanding kebanyakan sumber vitamin C pada buah - buahan. Oleh kerana itu, kangkung baik untuk mencegah sariawan / gusi berdarah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga tak mudah terkena serangan penyakit akibat virus, misalnya flu. Baca Juga : Manfaat Vitamin C
Kangkung juga kaya vitamin B kompleks, sehingga boleh menenangkan otak. 

Kadar vitamin B Komplek dan Omega 3 pada Kangkung, ternyata juga cukup banyak. Keduanya merupakan peningkat pengeluaran Serotin dalam otak kita, sehingga boleh mencipta suasana tenang melalui otak.Oleh kerana itu, kangkung boleh dikatakan boleh menyegarkan kembali otak kita.

Membuat tidur lebih nyenyak dan mencegah insomnia

Kangkung, mempunyai sifat sedatif, sehingga sering dikatakan sebagai penyebab ngantuk. Kangkung Juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal kerana adanya mineral seng dan selenium yang terkandung di dalamnya. Sehingga bila mengambil kangkung, saraf jadi kendur. Semakin kendur saraf - saraf kita, maka tidur pun akan semakin nyenyak dan lena. Mungkin sebaiknya jangan berlebihan mengambil kangkung jika bekerja dipejabat. Kebaikannya adalah, kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih nyenyak.

Menajamkan penglihatan. 

Kangkung kaya akan vitamin A, sehingga Kangkung boleh menjaga kestabilan penglihatan mata. Vitamin A yang terdapat pada kangkung sebanyak 6300 IU, sedikit lebih banyak berbanding bayam yang hanya 6100 IU. Hal tersebut dapat dilihat dari warna daunnya, semakin hijau daunnya maka kandungan betakarotin juga semakin tinggi. Itulah sebabnya Kangkung dipercayai boleh menambah menajamkan pengklihatan mata.

Melancarkan air seni (Diuretic). 

Ambilah akar Kangkung secukupnya. Direbus dengan 2 gelas air hingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusannya sekaligus 1 kali sehari. Nescaya air seni akan lancar.

Menghilangkan kelemumur. 

Ambillah seikat daun Kangkung. Rendam daun ini semalaman hingga airnya berwarna kebiruan. Lalu, mencuci dengan air rendaman. Lakukan setiap hari, nescaya kelemumur akan hilang.

Menghilangkan sembelit ibu hamil. 

Bagi para ibu sedang hamil, biasanya merasa mual dan menderita sembelit. Maka ambillah seikat daun Kangkung. Ditumis biasa saja dan dimakan. Kandungan serat yang tinggi pada kangkung akan menghilangkan rasa mual dan sembelit pada ibu hamil. 

Nah itulah pelbagai manfaat dan khasiat sayuran kangkung bagi kesihatan. Jika ada yang bilang kangkung berbahaya bagi kesihatan, maka jangan percaya kerana belum ada kajian yang mengatakan jika kangkung mengandungi zat berahaya.


Sumber: forum@cari


Sunday, 5 January 2014

saman...


Perjalanan aktiviti harian bercampur baur.

Hari ini kena saman, tak memasal melayang RM50.00.  Tidak  pernah jejak kaki ke IPD, hari ini terpaksa tinggal jejak tapak kasut bayar saman.

Allahurabbi...punyalah ramai ummah di pejabat Pos.  Saya syak masing-masing datang untuk kemaskini buku ASB. Saya ke sana sekadar menggunakan khidmat pos laju hantar barang ke Miri. 

Alhamdulillah...BOL nampaknya ada kemajuan.  Moga-moga ia akan terus maju dan berkembang seiring dengan tuntutan kehendak kehidupan masa kini.  Amin.

Terima kasih Allah.