Perjalanan aktiviti harian bercampur baur.
Hari ini kena saman, tak memasal melayang RM50.00. Tidak pernah jejak kaki ke IPD, hari ini terpaksa tinggal jejak tapak kasut bayar saman.
Allahurabbi...punyalah ramai ummah di pejabat Pos. Saya syak masing-masing datang untuk kemaskini buku ASB. Saya ke sana sekadar menggunakan khidmat pos laju hantar barang ke Miri.
Alhamdulillah...BOL nampaknya ada kemajuan. Moga-moga ia akan terus maju dan berkembang seiring dengan tuntutan kehendak kehidupan masa kini. Amin.
Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment