Majlis pernikahan dan persandingan berlangsung minggu lepas tapi kini baru berkesempatan untuk gebang-gebang sambil belek foto-foto tersebut.
Yang nikahnya anak kepada bapa sepupu saya, makna kata anak beliau dengan saya pertaliannya dua pupu. Majlis berlangsung di Laman Kayangan seksyen 7 Shah Alam.
Saya dengan adik daripada kampung naik Airasia pada pagi hari majlis dan tiba di dewan di kala mereka sedang menjamu tetamu pada tengaharinya.
Foto-foto di sekitar majlis persandingan.
Setelah majlis hampir selesai kami memohon untuk beredar dan setelah menziarahi abang di Desa Pasifik pada malamnya kami berlepas pulang dengan menaiki pesawat Firefly.
www.facebook.com/indahserunding
No comments:
Post a Comment