Wednesday, 30 October 2013
Tuesday, 29 October 2013
Monday, 28 October 2013
tajuknya el-classico...
Tidak tahu kenapa kali ini El Classico antara Barcelona dan Real Madrid tidak teruja sangat untuk menonton. Pada saya game kali ini semacam tidak ada 'gairahnya'nya. Umum mengetahui Real Madrid gagal untuk menyerlah permainan mereka tewas 1-2 kepada Barcelona di Camp Nou.
Gol-gol Barca dijaringkan oleh pemain sensasi Neymar dan Alexis Sanchez manakala Jese pemain muda Real madrid memberi keceriaan kepada kem Real Madrid dengan gol saguhati di minit-minit akhir perlawanan.
Nampakanya pemain-pemain terhebat dan termahal di dunia nan fana gagal menyerlah. Messi , Ronaldo dan Bale telah tidak berjaya mempamerkan potensi mereka yang sebenar.
permain-pemain terhebat termahal bertaraf lima
bintang tidak nampak pintu gol!...
Kemenangan ke atas Real Madrid membolehkan Barcelona menjarakkan mereka dengam tim-tim lain dan berada di kedudukan selesa mengungguli carta liga buat masa sekarang.
Apapun Real Madrid yang berada di fasa 'transition' sistem permainan mereka ekoran pertukaran coach dan kemasukan pemain-pemain baru. Jelas tim ini masih tidak serasi dan memerlukan masa untuk membentuk pasukan mantap. Pada masa terdekat ini peminat-peminat akan dipersembahkan dengan game yang hambar walaupun dibarisi pemain-pemain lima bintang termahal di dunia.
jurulatih dan pembantu merenung masa hadapan...
setelah tewas dalam el-classico sulung
di bawah kendalian mereka...
Barcelona pun bertukar coach juga tetapi mereka tidaklah menukar sistem permainan dan pemain-pemain mereka. Jadi tiada perubahan ketara dalam sistem yang dipraktikkan dan barcelona masih mampu untuk meraih kemenangan walaupun kadang kalanya game mereka tidak hebat mana.
Sumber foto: goal.com
Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Sunday, 27 October 2013
Saturday, 26 October 2013
derby pantai timur...
"This is Pantai Timur".
"this is pantai timur"...ungkapan yang sering terpacul daripada
peminat bolasepak tanah air...bendera-bendera negeri
kelantan Pahang dan Terengganu yang dikibar
beriringan adalah penyata jelas...
Saingan untuk satu lagi pasukan telah ditentukan untuk mengiringi tim Kelantan ke pentas akhir. Sudah terjawab tim Pahang yang berada dalam kumpulan sama dengan Kelantan sebelumnya, masing-masing berjaya mempamerkan kehebatan meneruskan cabaran. Dua pasukan Pantai Timur ini, dengan aksi cemerlang di peringkat separuh akhir melangkah dengan bergaya ke peringkat akhir dan berusaha menggapai impian merebut kejuaraan Watson Piala Malaysia edisi 2013.
Sarawak juga telah mempamerkan peningkatan yang cemerlang dan peminat-peminatnya khususnya rakyat Sarawak harus berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan pada musim ini. Tewas bukan bererti gagal. Aksi-aksi terbaik mereka musim ini mesti ada kesinambungan pada musim hadapan. NGAP SAYOT!.
Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
jangan menitiskan air mata...
sumber: youtube
mohon izin dan halalkan video dikongsi di sini. Terima kasih.
this is kota bharu...
Seperti dijangka pasukan Kelantan berjaya ke perlawanan akhir Watson Piala Malaysia edisi 2013. Kemenangan agregate 4-3 ke atas musuh tradisi ATM yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu.
Kelantan bakal berdepan pasukan Pahang atau Sarawak di peringkat akhir.
This is Kota Bharu...
MB Kelantan,,Presiden KAFA, Coach Kelantan,
Kapten tim Kelantan dan yang lain meraikan kejayaan
ke perlawanan akhir...
Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Wednesday, 23 October 2013
kumpulan maut...
Arsenal kalahkan Napoli...Napoli kalahkan Borussia Dortmund...Borussia Dortmund kalahkan Arsenal. BVB, Arsenal, Napoli kalahkan Olympique De Marseille.
Ini adalah tim-tim yang berada di dalam kumpulan maut Liga Juara-Juara musim ini. Mereka telah mengharungi perlawanan-perlawanan masing-masing dan kedudukan terkini Arsenal, Borussia Dortmund dan Napoli terikat enam mata dan Marseille masih belum mengutip apa-apa mata.
Tim Arsenal dan BVB, merupakan tim pilihan saya untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Napoli juga bukan calang-calang pasukan yang mampu menggugat kedudukan Arsenal dan BVB. Peluang ketiga-tiga tim nampak terbuka dan sama rata. Siapapun tidak boleh jangka Marseille yang tercorot boleh mencuri satu atau dua mata daripada ketiga-tiga tim tersebut, sekiranya mereka hilang fokus. Kita lihat sahaja penyudahnya nanti aksi-aksi kumpulan maut ini.
Pengamatan saya untuk perlawanan Arsenal ~ BVB.
Arsenal seolah-olah turun dengan
semangat tidak mahu menang walhal bermain di Emirates. Gaya permainan
yang sangat perlahan temponya di 45 minit awal, hanya Arsene Wenger
sahaja yang faham. Mereka bagaikan model-model yang ber'catwalk' di
atas padang tanpa pergerakan-pergerakan yang ada 'nyawa'. Membiarkan
BVB mencorak rentak, pemain-pemain Arsenal tidak berupaya mencari arah
game mereka.
BVB menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin dan berjaya. Di atas kegoblokan pemain Arsenal yang cuba tunjuk pandai berhampiran kotak penalti sendiri, memakan diri. Bola yang sepatutnya boleh ditendang ke atas tetapi pemain Arsenal memilih untuk mempamer skil gelecek yang tidak menjadi langsung dicuri oleh pemain jersey kuning dan meledak ke dalam gol.
Selama 40 minit Arsenal 'tidur', hanya di minit-minit terakhir separuh masa pertama mereka tersedar sedang bermain di UCL dan ada usaha cuba bermain bolasepak sebenar. Ia berhasil dengan jaringan gol dan sudah ada nampak ke arah memantap game mereka.
Babak separuh masa kedua macam milik Arsenal. Kemasukan Santi Carzola menggantikan Jack Wishere yang banyak menghuru-harakan tim sendiri dengan hantaran-hantaran yang tidak sampai kepada kawan, memberi impak kepada pasukan gunners. Gandingan Cazorla dan Mesut Ozil menampakkan kesan dan Ozil sudah 'nampak' bola dalam babak kedua ini. Beberapa sentuhan dan lorongan bola kepada pasukannya hampir-hampir berhasil.
Dalam kerancakan Arsenal maju ke kawasan BVB, kelab daripada Jerman ini melakukan 'counter attack' dan hantaran silang itu sudah cukup untuk Lewa mencetak gol dan bawa pulang 3 mata. Amat kecewa bila Lewa tidak dikawal oleh pemain Arsenal ketika itu dan dengan senang beliau meledak bola ke arah gol. Posisi Sagna ketika itu sangat jauh di dalam kawasan BVB dan kakinya yang keletihan tidak berupaya untuk lari laju turun menghalang Lewa menjaringkan gol. Padahnya bila sangat teruja untuk menyerang dan mencari gol tanpa memikirkan strategi dan taktik lawan.
Harapan masih terbuka untuk mencipta kemenangan. Arsene Wenger perlu mencari formula untuk timnya menang, tidak boleh kalah. Perlawanan seterusnya menentang BVB dan Napoli di tempat lawan, Marseille diadakan di Emirates. Sangat getir namun tidak mustahil.
Ketiga-tiga pasukan teratas, di atas kertasnya berupaya ke peringkat seterusnya tetapi pengundian telah menentukan mereka di dalam kumpulan sama. Hanya dua tim teratas sahaja yang akan layak, pasukan ketiga terbaik terpaksa tersingkir. Ironi.
Tuesday, 22 October 2013
kalau jodoh tidak ke mana...
Kepada yang ingin bertemu jodoh boleh amalkan doa ini. Yang sudah hilang jodoh dan ingin berjodohan semula, tidak salah untuk membaca doa ini. In sha Allah dengan izinNya jodoh akan ketemu jua dengan orang-orang baik belaka.
Mohon izin dan halalkan doa ini dikongsi di sini. Terima kasih.
sampah...
MPKB bandaraya Islam...indah khabar dari rupa. Serambi Mekah konon!
Saya tidak faham kenapa aturan atau jadual pengutipan sampah di kawasan saya amat tidak efisien kebelakangan ini. Biasanya pengutipan dibuat pada setiap Ahad dan Rabu. Sejak Hari Raya Haji tempoh hari hingga ke hari ini lori sampah MPKB tidak masuk kawasan kami. Tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.
Sebenarnya sebelum Hari Raya Haji pun kegagalan MPKB untuk mengutip sampah sudah berlaku. Saya mengambil inisiatif untuk membuat aduan pada 8hb Oktober 2013. Aduan telah diberi perhatian dan tindakan segera diambil kerana keesokan harinya lori MPKB memasuki kawasan untuk ambil beg-beg plastik sampah yang bersusun dan adanya telah dengan rakusnya dirobek oleh binatang-binatang yang menjadi pengunjung tetap tempat sampah dibuang.
Itulah satu-satunya hari sampah dikutip. Selepas itu masaalah sampah ini berulang lagi. Beg plastik hitam berisi sampah yang saya letak di luar pagar rumah masih lagi di situ. Saya tidak mahu keadaan ini berlarutan dan saya membuat aduan lagi dan melalui e-mail balas daripada pihak MPKB mereka sudah menerima aduan saya dan akan mengambil tindakan seterusnya. Saya tidak pasti bila tetapi saya amat mengharapkan ia dilakukan dengan seberapa segera.
Bila sampah banyak dan tidak dikutip makanya kekotoran di mana-mana. Ia sudah pastinya menjadikan satu situasi yang enak kepada binatang-binatang terutama tikus-tikus untuk membiak. Terdapatnya tikus di sesuatu tempat tandanya tempat itu kotor. Yang paling saya gerun dan takuti adalah penyakit yang disebabkan oleh kencing tikus. Persekitaran kotor boleh menjurus kepada kehidupan yang tidak sihat meloyakan.
Saya sebagai warga Kota Bharu dan pembayar cukai (hasil) bandar yang efisien sangat-sangat kesal dengan masaalah pengutipan sampah yang sedang berlaku. Sebagai kerajaan negeri yang diberi mandat untuk memerintah, amatlah wajar untuk ketua tadbir negeri mengambil langkah-langkah sewajarnya. Tolonglah berikan penumpuan serius kepada hal-hal seperti ini. Sebagai rakyat yang membayar cukai setiap dua kali setahun, saya tidak mahu tahu kekurangan atau kelemahan pentadbiran yang kerajaan negeri hadapi. Kami sebagai rakyat mahukan keselesaan, kesejahteraan serta ketenteraman untuk hidup di negeri kelahiran.
Duit cukai yang dikutip, pentadbir negeri buat apa sebenarnya?
Monday, 21 October 2013
untuk renungan...
AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI
bila seronok,aku cari...pasanganku
bila sedih,aku cari....mak
bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku
bila gagal,aku ceritakan pada...mak
bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku
bila berduka,aku peluk erat...emakku
bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku
bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak
bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah
bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"
selalu..aku ingat pasanganku
selalu..mak ingat kat aku
bila-bila..aku akan talipon pasanganku
entah bila..aku nak talipon mak
selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
buah...
pisang tanduk rebus ~ pasar Berek12...
buah oren ~Taif...
pokok kurma ~ Beirut...
chempedak ~ jiran sebelah rumah punya...
amalkan~tak rugi...
Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff
Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah
Sunday, 20 October 2013
bosannya!...
Bukan hari ini sahaja bosan. Hari-hari lain pun. Hmmmmmmmmmmmmm!...
Layan sahaja cream-puff yang sedap. Home-made, beli kedai tak aci lah. Pasti saya yang buat, bukan susah mana pun. Kalau rajin dan ada waktu terluang memang jadi projek ini.
Sudi-sudikan lah nikmati cream-puff saya...kalau bisnes laku nih...chewahhhhhh!...
Friday, 18 October 2013
germany~wc2014...
Seperti dijangka pasukan bolasepak Jerman berjaya ke Piala Dunia Brazil 2014, dengan rekod kemenangan yang cemerlang di peringkat kelayakan grup C.
Di atas kertas pasukan ini sangat kuat. Mereka mempunyai midfields yang 'out of this world' tetapi bahagian pertahanan mereka sangat goyah. Bila pasukan itu dibolosi dengan tiga atau empat jaringan oleh pihak lawan maka pasukan itu bukanlah bertaraf juara dunia!. Mereka adalah sekadar sebuah pasukan yang peminat bolasepak akan tidak sabar untuk menonton disebabkan mereka adalah 'pasukan Jerman'.
Walaupun dikatakan sebagai salah satu pasukan yang akan menyaingi merebut gelaran kejuaraan Piala Dunia 2014, namun pengurus pasukan Joachim Leow mesti mencari solusi untuk memantapkan kesebelasan pasukan Jerman untuk memburu impian tersebut.
Mengikut kedudukan terkini ranking FIFA, pasukan Jerman berada di kedudukan kedua di bawah pasukan Sepanyol dan di atas pasukan Argentina.
Diperhatikan pasukan Jerman, mereka mempunyai pemain-pemain yang sangat besar bakat mereka. Sayangnya Joachim Leow seakan-akan buntu tidak dapat mencari idea-idea bernas untuk guna bakat pemain-pemain yang beliau ada. Beliau juga tidak berupaya untuk menerapkan semangat berlawan untuk menang ke atas pemain-pemainnya. Kejohanan Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 peringkat separuh akhir adalah contohnya. Juga pada perlawanan menentang Sweden peringkat kelayakan Piala Dunia 2014. Keputusan seri 4-4 setelah Jerman mendahului 4-0 pada satu ketika.
Di atas kertas pasukan ini sangat kuat. Mereka mempunyai midfields yang 'out of this world' tetapi bahagian pertahanan mereka sangat goyah. Bila pasukan itu dibolosi dengan tiga atau empat jaringan oleh pihak lawan maka pasukan itu bukanlah bertaraf juara dunia!. Mereka adalah sekadar sebuah pasukan yang peminat bolasepak akan tidak sabar untuk menonton disebabkan mereka adalah 'pasukan Jerman'.
Thursday, 17 October 2013
gebang kenangan...
gebangnya macam mana reaksi ambo dapat kerja di Harakah dulu-dulu...
yang benarnya saja-saja mohon sebab...
ternampak ada iklan jawatan kosong dalam akhbar...
di pejabat jalan pahang...
lagi pun ambo jenuh tanam anggur setelah berhenti daripada majikan sebelumnya...
13 tahun bertahan di institusi kewangan itu dan...
pada satu ketika pernah berkhidmat dengan dato' iz pun...
ambo nih nak dikatakan teliti orangnya...bolehlah...
dalam iklan kerja tuh deme tulis lah sekali tarikh luput untuk memohon...
yang ambo ingat tarikh akhir untuk menghantar permohonan...
ditulisnya dalam iklan 31hb Februari tahun sekian-sekian...
mana lah adanya bulan Februari hingga 31hb...
yang ada cuma 28hb atau 29hb sahaja...
apakehalnya deme tak check kalendar ke?...
langsungnya ambo tertarik dengan haribulan yang tak betul dalam iklan tuh...
ambo mohon sekali jawatan tersebut...
sementelah ada kelayakan dan pengalaman kerja pun boleh tahan...
ambo tulis terang-terang berkenaan dengan iklan yang ralat haribulan...
permohonan sampai dan mendapat perhatian MD pada masa itu...
gedebak gedebuk semua...deme perbetul iklan yang disiar selepasnya...
wehhh...tak semena-mena dapat panggilan daripada pejabat...
ambo kena hadir temuduga...
dah berbelas-belas tahun tak pergi interview...alamak kekoknya!
ambo dok berbelah bahagi nak pergi ke tak nak pergi interview nih...
kiranya ambo tak pernah bekerja dengan political organisation sebegini...
walaupun pernah kerja dengan bos hebat-hebat belaka sebelumnya...
ini pengalaman baharu...tak cuba tak tahu!...
staf yang hubungi ambo beritahu interview adalah pada sekian-sekian hari, jam 12 tengahari...
ambo dok fahamkan 12.30 tengahari...
tiba harinya ambo pun pergi...ingatkan punctual rupanya ambo silap faham pasal waktu tuh...
ambo sampai ofis jam 12++pm...rupanya giliran ambo pukul 12 noon bukannya 12.30pm...
huwaaaa!...ambo dah failed tang tuh...TIDAK TEPATI MASA...
deme kasi chance lagi kat ambo...masih boleh ditemuduga...
tiba masa, masuklah ambo dalam bilik MD..
MD sendiri yang adakan sesi temuduga nih...
a father figure...kecil jah orangnya(harus kena cakap ke?)...
dok tanya itu ini...salasilah ambo...pengalaman kerja ambo...etc etc...
time dok rancak bersoal jawab...tiba-tiba telefon ambo bunyi...
alamak!...ambo lupa off henfon...yang telefonnya adik ambo...adehhh...
dia nak tau perkembangan interview tuh...hahahaha tak menyempat...
ambo kena mohon maaf dengan MD bab telefon bunyi pulak...
dia dengan selambanya menyengeh ke ambo...ngehngehngeh...
selepas beberapa lama soal jawab itu ini maka tamatlah sesi interview itu...
fuuuhhhhhhh leganya...ambo bangkit terus menuju ke pintu nak keluar...
haishhhhh...apasal pintu nih...dah dipusing handlenya pintu tak buka juga!...
adehhhh!...ambo lupa yang pintu nih konsepnya...
kena tekan button kat dinding baharu boleh dibuka...hihihihihi...
ofis ambo dulu pun stailnya sebegitu...tekan button baharu pintu berfungsi...
lama tak kerja lupa segala...hahahaha...
tanpa segan silu...ambo pergi ke meja MD dan cakap...
'excuse me dato'...
i'm having a slight problem...i'm not able to open the door...
would appreciate if you could help me'...
MD pandang ambo...dia senyum 'sinis' lah gamaknya...
dalam fikiran dia mesti cakap 'apalah darak perempuan nih'...huhuhuhu...
'you press the button on the wall then the door will be opened'
ambo said thank you, tanpa berlengah ambo ikut arahan...buka pintu terus belah...
hahahahahaha...bila ambo ingat balik semua itu ambo gelak sorang-sorang...
loq laq sungguh lah!...kikikikiki...
bukan berharap sangat dapat job ini...
temuduga yang dilalui dan babak-babak selingan mengkantoikan diri masa tuh tak meyakinkan...
ambo melupakan interview itu...sebab boleh rasa tiada harapan...
tup-tup pada suatu hari ambo terima panggilan telefon daripada pejabat jalan pahang...
ambo telah berjaya mendapat jawatan tersebut...kena lapor diri sekian-sekian haribulan...
wah...eh nak terima ke tak nak terima kerja nih?...
fikir punya fikir punya fikir...ambo terima juga offernya...
lagipun rugilah tak merasai satu chapter baharu dalam hidup bekerja di sini...
fikir ambo ketika itu...MD itu lah bos ambo...
hari jumaat ambo lapor diri...macam pelik pula...
biasanya staf baru akan lapor diri di hari pertama bekerja dalam minggu tersebut...
setelah sesi penerangan selesai dan ambo ke bilik yang akan dihuni...
selesakan diri dengan persekitaran dan staf yang ada...beres...
sedikitpun ambo tidak jangka sesuatu akan berlaku selepas itu...
biasanya ofis pada hari jumaat time rehat lama sikit dari hari-hari lain...
ambo tak pergi mana-mana pun dok ofis sahaja...
ada suatu ketikanya ambo pergi ke wash room...
tak lama mana pun jadinya pintu bilik tak dikunci...
bila ambo balik semula ke bilik...
ambo tersedar handbag dan bag solat tiada di tempatnya...
Ya Allah...bag ambo kena curi!...
kecurian ini berlaku di dalam sebuah bilik dalam ofis...dalam bangunan di tingkat dua...
hari jumaat bebbbbb!...
habit ambo dari dulu lagi...sampai sahaja ofis ambo akan asingkan purse...
yang berisi segala maniko pitih dokumen diri...ambo letak di tempat lain...
hari kejadian hanya purse ambo yang selamat...syukur sangat-sangat...
barang-barang lain henfon...kunci rumah...telekung solat...lainnya...
semuanya selamat dikebas...
tidak pasti siapa punya kerja samaada warga ofis atau...
warga yang menghuni jalan pahang yang popular dengan 'weng'nya...

Allah swt menghukum mereka itu pasti...
jahat busuk keji hina memang celaka pencuri itu!...
hari pertama ambo di ofis ini...ambo sudah diperdajalkan...
since then ambo tidak mempercayai langsung sesiapa sahaja...
yang datang berurusan...staf atau orang luar...ambo sudah musykil...
peristiwa kecurian ini memberi tanggapan sangat buruk...
susah nak menepiskan perasaan syak wasangka...
life has to go on...ambo teruskan juga karier di situ...
namun dengan lebih berhati-hati...
ambo cakap dengan MD harta ambo hilang kena curi!...
terkejut 'monkey' dia...
ambo cakap dengan dia lagi no worries...
purse berisi segala dokumen diri dan duit tak hilang...
cuma henfon dan beberapa barang lain lesap...
termasuk bag berisi telekung solat...

pejabat jalan pahang ganti henfon ambo...ambo beli hat mana berkenan...
bil serah ke pejabat akaun...ada aku kesah!!!!...ambik ko!!!!!..
pergi ofis berlenggang dengan bag segala...
balik rumah berlenggang kangkung dengan bag plastik rokrak...
berbelas tahun kerja...itu pertama kali ambo kena hadapi kecurian...
tak semena-mena juga dekat ofis nih ambo berpeluang jadi news presenter...
versi bahasa melayu dan inggeris...
ada satu ketika pejabat jalan pahang ada web tv kalau tak silap...
jadinya pihak berkenaan war-warkan...
sesiapa berminat nak jadi penyampai berita boleh datang untuk casting...
ambo pergi suka-suka sahaja...vokal ambo boleh tahan juga jelironya...
kalau tidak masakan ambo dipilih...angkat bakul sendiri beb...
beberapa tahun juga ambo kerja di jalan pahang...
banyak kenangan yang molek...yang kelat pahit lepe...
ianya pasti tersimpan rapi melekat di hati...minda ambo...
dikhabarkan setelah bos MD ambo berhenti...
pejabat jalan pahang di terajui oleh dato' kj...
bukan kj 'rombau most wanted' tapi dato' kj 'tumpat'...
bekerja di pejabat jalan pahang ini bagi ambo...
memerlukan sikap positif dan ketahanan mental yang sangat kuat...
ambo nih ibarat 'orang luar' mencari rezeki di situ...
hati perut orang sedikit pun tak dapat di baca...
sukar nak 'go with the flow' bila berhadapan dengan staf dan jemaah 'sebegini'...
sekarang di bawah dato' kj mungkin stail dan sistem serta pendekatannya berbeza?...
ambo bekerja di era dato' hy...
ambo tidak pasti beliau masih lagi bernafas di dunia nan fana ini?...
maafkan ambo bukan bermaksud untuk biadab...
selepas ambo tinggalkan pejabat jalan pahang...
ambo tidak lagi menoleh ke arah sana...ambo meneruskan hidup seadanya...
yang pasti ambo berterima kasih tidak terhingga kepada PUAN YUSLIDA...
beliau banyak membantu...masih kah beliau di pejabat jalan pahang?...
semoga hidupnya dan keluarga dirahmati dan diberkati Allah swt...amin...
al-fatihah untuk arwah ustaz azizan...
semoga rohnya dihimpun di kalangan jannah...amin...
banyak juga kenangan membantu arwah semasa datang ofis sini...ketika itu...
memiliki character menonjol sebab itu ambo ingat arwah...

rip bruno metsu...
Mendiang merupakan bekas coach bolasepak pasukan Senegal Piala Dunia 2002, meninggal dunia akibat kanser di usia 59 tahun. Saya suka tengok mendiang, dengan rambut ketak paras bahu, badan segak, memberi arahan kepada pemain-pemainnya di tepi padang...wow...he's tasty and sexy!.
eidul adha...
Selamat menyambut Hari Raya Haji/Qurban kepada para-para haji dan hajjah dan seluruh umat islam di mana sahaja mereka berada di dunia nan fana ini.
Kepada jemaah-jemaah yang sedang melakukan ibadah haji yang sekarang ini sedang berada di Mina melakukan ibadah melontar, semoga diberi kesabaran, kesejahteraan kesihatan dan segala amalan-amalan dipermudahkan...amin.
Pastinya ramai di kalangan kita telah melakukan ibadah qurban tidak kiralah qurban lembu, kambing hatta unta sekalipun.
Saya tidak buat qurban lembu bagai tetapi adil saya katakan di sini saya telah korbankan kehidupan saya sendiri demi keselesaan orang lain. Ini juga adalah salah satu pengorbanan yang tiada nilainya. Duit menimbung pun tidak mungkin dapat menyaingi akan kehebatan pengorbanan seperti ini.
memori haji 2003
Subscribe to:
Posts (Atom)