MPKB bandaraya Islam...indah khabar dari rupa. Serambi Mekah konon!
Saya tidak faham kenapa aturan atau jadual pengutipan sampah di kawasan saya amat tidak efisien kebelakangan ini. Biasanya pengutipan dibuat pada setiap Ahad dan Rabu. Sejak Hari Raya Haji tempoh hari hingga ke hari ini lori sampah MPKB tidak masuk kawasan kami. Tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.
Sebenarnya sebelum Hari Raya Haji pun kegagalan MPKB untuk mengutip sampah sudah berlaku. Saya mengambil inisiatif untuk membuat aduan pada 8hb Oktober 2013. Aduan telah diberi perhatian dan tindakan segera diambil kerana keesokan harinya lori MPKB memasuki kawasan untuk ambil beg-beg plastik sampah yang bersusun dan adanya telah dengan rakusnya dirobek oleh binatang-binatang yang menjadi pengunjung tetap tempat sampah dibuang.
Itulah satu-satunya hari sampah dikutip. Selepas itu masaalah sampah ini berulang lagi. Beg plastik hitam berisi sampah yang saya letak di luar pagar rumah masih lagi di situ. Saya tidak mahu keadaan ini berlarutan dan saya membuat aduan lagi dan melalui e-mail balas daripada pihak MPKB mereka sudah menerima aduan saya dan akan mengambil tindakan seterusnya. Saya tidak pasti bila tetapi saya amat mengharapkan ia dilakukan dengan seberapa segera.
Bila sampah banyak dan tidak dikutip makanya kekotoran di mana-mana. Ia sudah pastinya menjadikan satu situasi yang enak kepada binatang-binatang terutama tikus-tikus untuk membiak. Terdapatnya tikus di sesuatu tempat tandanya tempat itu kotor. Yang paling saya gerun dan takuti adalah penyakit yang disebabkan oleh kencing tikus. Persekitaran kotor boleh menjurus kepada kehidupan yang tidak sihat meloyakan.
Saya sebagai warga Kota Bharu dan pembayar cukai (hasil) bandar yang efisien sangat-sangat kesal dengan masaalah pengutipan sampah yang sedang berlaku. Sebagai kerajaan negeri yang diberi mandat untuk memerintah, amatlah wajar untuk ketua tadbir negeri mengambil langkah-langkah sewajarnya. Tolonglah berikan penumpuan serius kepada hal-hal seperti ini. Sebagai rakyat yang membayar cukai setiap dua kali setahun, saya tidak mahu tahu kekurangan atau kelemahan pentadbiran yang kerajaan negeri hadapi. Kami sebagai rakyat mahukan keselesaan, kesejahteraan serta ketenteraman untuk hidup di negeri kelahiran.
Duit cukai yang dikutip, pentadbir negeri buat apa sebenarnya?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerkejut ambo!...pantas!...buat aduan hari ini, hari ini juga MPKB hantar lori pungut segala sampah sarap kawasan saya...terima kasih...ambik ko! sampah yang lebih dua minggu usia...kena hadaplah mengaut masuk lori..kalau datang ikut jadual takde lah penat jijik nak hadap sampah busuk berair tuh...
ReplyDeleteSebagai ummah yang perihatin, sudah menjadi tanggungjawab saya membantu apa yang perlu untuk kesejahteraan semua...bantu setakat termampu sahaja...jangan minta wang ringgit saya tak mampu!...
harapan selepas hari ini lori masuk ikut jadual...tolonglah!...tidak perlu saya mengadu lagi...takutlah kerap sangat mengadu orang tak suka walaupun saya ada hak untuk mengadu!...