Sunday, 17 March 2013

realitinya ini...

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, dambakan kedamaian, impikan keharmonian yang berterusan, tarikh 1 3 1 3 akan  dikenang sebagai tarikh yang menyayat hati.  Selagi ada bulan dan bintang,  1 3 1 3 adalah tragedi.  Seorang manusia yang waras pastinya menganggap ia adalah suatu sejarah hitam yang selama ini tidak pernah tercapai dek akal akan berlaku di bumi Malaysia.  Apa yang berlaku di Sabah amnya, di Lahad Datu dan Semporna khususnya memang tidak terjangka oleh rakyat marhein seperti saya.
kita biasa dipaparkan dengan foto anak-anak
Palestin ke sekolah berlatarbelakang abang-abang
askar bersenjata...sekarang situasi sebegitu
kelihatan di tanah air~tanah tumpah darah ku...
situasi ini kita cuba menafikan namun  terima lah
hakikat ia benar-benar berlaku di bumi bertuah ini...
Oh! Malaysiaku...

kepada semua wira wirawati ~ begitu besar
pengorbanan kalian semua...hanya Allah swt yang dapat
membalas segala apa yang dilakukan demi pertahankan
tanah air tercinta...doa kami sentiasa mengiringi...

terima kasih~sahabat daripada negara Turki...

nama wira yang gugur diabadikan sebagai mengenang
jasa khidmat bakti yang tiada nilai perbandingan
dengan apa-apa sekalipun di dunia nan fana ini...
~Al-Fatihah~

walaupun sekadar 'keyboard worrior'...sokongan
bantuan serta  doa ikhlas mampu memberi kekuatan kepada
warganegara Malaysia bergandingan tidak kira samaada
berjuang di barisan hadapan atau di hadapan papan kekunci
sekalipun tapi bermatlamat  sama iaitu mempertahankan
kedaulatan agama bangsa dan negara...

selagi ada bulan dan bintang serta matahari, kami tidak akan
sekali-kali membenarkan walau seinci pun bumi Malaysia ini dijarah. 
Kami akan pertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir...


Mohon izin dan halalkan foto-foto di kongsi di sini.  Terima kasih.



No comments:

Post a Comment