Sedap apam ini. Buatnya pun mudah. Walaupun apam ini tidak berapa nak senyum tapi ia tersangat lembut dan ringan...kenapa?...tidak percaya...cuba lah buat sendiri pasti tidak akan menyesal...mahu diulang buatnya.
Ia dimakan dengan parutan kelapa muda campur sedikit garam yang dikukus terlebih dahulu supaya kelapanya tahan lama.
Setelah merempit dari blog ke blog maka dapatlah resepi semudah ini di blog "jintanmanis" untuk dikongsi. Kalau ada yang ingin mencuba, silakan. Saya mohon izin dan halalkan daripada empunya resepi dan sumbernya untuk paparkan resepi di sini. Terima kasih.
Apam Tepung Beras (sumber @jintanmanis)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1sk yis segera
1 paket kecil serbuk eno
Cara-cara:
Panaskan kukusan.
Masukkan nasi sejuk dan air ke dalam blender, blend bahan-bahan ini hingga hancur.
Masukkan pula tepung beras, gula putih dan yis, blend lagi hingga sebati.
Tuangkan bahan-bahan blend ke dalam bekas dan perap selamat 3 - 4 jam.
Bekas itu hendaklah bertutup rapat.
Setelah diperap kacau perlahan dan masukkan serbuk eno. Kacau sebati perlahan.
Boleh masukkan perwarna sukahati. Setelah itu biarkan sekejap.
Masukan adunan ke dalam acuan kecil yang disapu dengan minyak. Kukus selama
15 - 20 minit dengan api kuat. Bila sudah masak dihidang dengan kelapa parut.
Kepada wira wirawati yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan agama bangsa dan negara, doa kami sentiasa mengiringi agar kalian semua sentiasa berada di bawah lindunganNYA...amin.
Di dalam kesusahan mahupun kesenangan, ingatlah kepada Allah swt...berserahlah kepadaNYA.
No comments:
Post a Comment