Sunday, 24 February 2013

rm~mu(1st leg)...

Seperti sedia maklum perlawanan bolasepak 'round of 16' Champion's League sudah pun berlangsung.
 
Kelab pilihan saya Real Madrid telah mengharungi perlawanan 'first leg' mereka dengan kelab Manchester United, di Santiago Benebeau Madrid.  Ia berkesudahan seri 1-1.
 
Memandangkan prestasi RM tidak konsisten pada musim ini keputusan seri itu boleh diterima namun 'second leg' nanti akan bermain di tempat lawan, RM perlu dan wajib menggandakan fokus mereka menjaringkan gol.  Tanggungjawab yang agak berat menanti.  Mereka perlu menang untuk mencipta peluang ke peringkat suku akhir.
 
Sudah semestinya MU akan menidakkan peluang RM.  Mereka juga inginkan kemenanangan dan melayakkan kelab mereka ke peringkat seterusnya.
 
Ini adalah Champion's League, 'event' berprestij.  Sudah tentunya semua kelab bertanding, bermatian-matian mempamerkan kehebatan mereka untuk bergelar juara.  Walaupun demikian nasib juga memainkan peranan selain daripada strategi dan kepakaran serta kehebatan permainan.  Contoh yang jelas terbukti pada Champion's League musim lepas.  Semua tahu kelab mana yang menjadi juara.
 
Saya menanti perlawanan antara dua kelab gergasi ini sudah lama tapi agak ralat memandangkan mereka diundi untuk bertembung di peringkat  ini.  Rugi rasanya salah satu kelab ini disingkirkan di peringkat seawal ini.
 
Apapun mari jamu mata dengan foto aksi-aksi hebat Real Madrid dan Manchester United.
 
 
Prestasi Angel Di Maria tidak konsisten musim ini...
namun di 'game' ini beliau menunjukan
 aksi-aksi membanggakan
 
Christiano Ronaldo agak selesa di padang  memandangkan
lawan adalah kelab yang pernah diwakili satu ketika dahulu
 
Tandukan Danny Welbeck menghasilkan gol untuk MU
 
Christiano Ronaldo dengan tandukan padu...gol RM
 
Mesut Ozil...kekadang menyampah dengan 'game' beliau...
sepatutnya beliau menendang sahaja bola ke dalam gol
sebaliknya cuba melorongkan bola kepada rakan sudahnya
peluang terhidang, terlepas begitu sahaja...eeeeiii geram!
 
 
Tidak disangkal De Gea pemain terbaik malam itu...banyak
peluang-peluang RM ditepis dengan jayanya.  Harapan...beliau
tidak beraksi sebaik ini di perlawanan 'second leg' nanti.
 
Cubaan Robin Van Persie memaksa golie RM
beraksi sebegini
 
Sukanya Jose Mourinho berjumpa
dengan Sir Alex Ferguson..kadangnya bila
sudah kenal lama antara satu sama lain, perasaan
hormat-menghormati membatas keupayaan sebenar
dalam apa jua komitmen
Sir Alex Ferguson..
masih segak...walaupun
 
Selamat berjuang wira-wira Real Madrid.  Anak buah Jose Mourinho kena mengharungi dua classicos sebelum bergasak di Old Trafford makanya tugas mereka di Manchester sangat mencabar namun tidak mustahil untuk menempa kejayaan.  Perlawanan bolasepak mampu mencetuskan pelbagai kejutan.
 
 
Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini.  Terima Kasih.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment