Monday, 25 February 2013

kurrrrrr...kurrrrbrimmmmm...


Hari ini 25hb Febuari 2013, hujan turun dari pagi hingga kini, renyai adakalanya lebat.  Chap Goh Meh biasanya begini cuacanya, berangin beserta hujan.

Apapun saya kena hantar saudara ke sebuah sekolah yang letaknya dalam kawasan bandar...ada sumbangan brim2.0 dan beliau adalah salah seorang penerima.  Kalau ikutkan hati malas hendak 'drive' masuk bandar waktu hujan-hujan begini.  Jalan  sangat sesak.

Kami turun dari rumah pukul 2.00pm selepas usai solat zohor.  Memang diduga jalan sangat sesak menuju ke sekolah tersebut.  Hari hujan sementelah pula pekerja balik ofis semula selepas makan tengahari dan anak-anak sekolah baru habis sessi persekolahan.  Keadaan ini bertembung antara satu sama lain mengakibatkan ketidakselesaan kami untuk mengharungi perjalanan.  Yang paling getir ketiadaan tempat pakir kereta memaksa saya meletak kereta jauh  dari sekolah tersebut.  Penat juga menapak dari tempat pakir ke sekolah.

Sesampai di sekolah, sudah ramai orang  beratur untuk pendaftaran, mengambil boucher sebelum diarah masuk  'dewan'.  Tidak silap saya terdapat enam kaunter dibuka, kaunter A hingga kaunter F.  Kaunter khas juga dibuka untuk wakil bagi pihak penerima sumbangan, yang tidak dapat hadir dengan alasan yang munasabah.

'Dewan' yang saya cakapkan itu merupakan gelanggang bola keranjang.   Semasa acara sedang berlangsung anak-anak sedang galak bermain bola keranjang jadinya suasana agak bising dengan jeritan  anak-anak ini. Sememangnya itu adalah salah satu aktiviti sukan mereka pun.  Ada juga di antara mereka bermain bolasepak dalam hujan.
Bila beracara maka tidak sah kalau tiada sessi memberi ucapan oleh VIP.  Kali ini VIPnya  berbangsa tionghua.  Saya tidak dapat agak nama beliau, ketika itu saya berada di luar 'dewan'.  Saya bukan penerima sumbangan jadinya tidak perlu untuk saya bersesak di gelanggang bola keranjang yang malap dan panas itu.  Nasib hari ini hujan makanya tidaklah berbahang sangat keadaan di 'dewan'.  Lagi pun ucapan beliau  klise sahaja...dok ngok ngek benda sama saban tahun.
Setelah sessi berucap dan segala mala gedebak gedebuk selesai, sampai masanya pemberian sumbangan brim2.0 dimulakan.  VIP bersama para petugas turun dari pentas menyampaikan sumbangan dari kerusi ke kerusi sehingga selesai.
Saudara saya keluar dari 'dewan' lebih kurang 4.30pm.  Masih ramai lagi yang menunggu giliran masing-masing ketika itu.

Pendaftaran bermula...
walaupun  'queue' panjang...namun mereka sabar beratur...
tapi kakak tudung biru tuh tak reti nak beratur ke?...
selamba badak nak potong 'queue'...

suasana dalam 'dewan'...masing-masing gigih
menunggu meskipun berhujan berpayung...dapat
fulus 'gratis' kena hadap lah kan...

selain daripada satu botol air mineral sebiji karipap
sebiji kuih bom...penerima brim2.0 jua di
beri senaskah 'newsletter' ini sebagai 'doorgifts'
antara bahan-bahan 'penglipurlara' terkandung dalam
'newsletter' warna-warni...pasti mahal nilai cetakannya...

kalau brim1.0 wang hanya dimasukkan di dalam
envelop putih sahaja namun untuk brim2.0 ia diletakkan
di dalam envelop yang menarik....masyuk wooo
sesiapa yang diberi 'projek' cetak envelop ini...



Mohon izin dan halalkan foto-foto penerima sumbangan  dan lainnya dikongsi di sini.  Terima kasih.








No comments:

Post a Comment