Mohon izin dan halalkan mutiara kata dan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Wednesday, 27 February 2013
barca~rm~cdr...
Perlawanan separuh akhir (timbal balik) sudahpun berlangsung di Camp Nou, berkesudahan Real Madrid menang dan layak ke final dengan agregat 4-2.
1(2) 3(4)
Kejayaan CR7 menjaringkan dua gol menentang
Barcelona di Camp Nou sangat membanggakan
Raphael Varane...tandukannya menghasilkan
gol ketiga RM...budak ini akan menjadi pemain
gemilang satu hari nanti...beliau sedang menuju
ke arah itu...
Jaringan beliau telah 'bisu'kan Camp Nou seketika...
Jaringan gol Varane disambut pelukan gembira
dan puas oleh Jose Mourinho dan rakan pasukan...
Pepe satu makhluk yang tidak sudah-sudah
melakukan provokasi terhadap pemain lawan...
Mourinho: oooiii anak-anak...akal dekat kepala
bukan dekat kepala lutut...
Anak-anak: ada kami kisah...kami nak celebrate lah!...
Messi hilang punca...gagal pamerkan persembahan
magik beliau...prestasinya diperhatikan goyah sejak
pertembungan dengan AC Milan tempoh hari...
Atuk Alex dan pembantu pun ada...meninjau
aksi anak buah Mou...
pertembungan MU~RM memang dinanti...
Sekiranya Real Madrid dapat kekalkan atau tingkatkan momentum permainan mereka seperti malam ini, apabila bermain dengan ManUnited nanti, maka kemenangan di Old Trafford akan dapat dicipta. Mereka perlu berusaha keras dan tidak harus berada dalam 'mode' selesa selepas mengaibkan Barcelona di Camp Nou. Ada satu lagi pertembungan classico hujung minggu ini di Santiago Benebeau, selepas itu ke Old Trafford. Betapa jerih dan peritnya jadual 'game' Real Madrid namun apapun kena hadapinya dengan semangat tinggi, kekuatan mental serta jauhi dari kecederaan pemain-pemain.
Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini. Terima kasih.
Tuesday, 26 February 2013
Monday, 25 February 2013
kurrrrrr...kurrrrbrimmmmm...
Apapun saya kena hantar saudara ke sebuah sekolah yang letaknya dalam kawasan bandar...ada sumbangan brim2.0 dan beliau adalah salah seorang penerima. Kalau ikutkan hati malas hendak 'drive' masuk bandar waktu hujan-hujan begini. Jalan sangat sesak.
Kami turun dari rumah pukul 2.00pm selepas usai solat zohor. Memang diduga jalan sangat sesak menuju ke sekolah tersebut. Hari hujan sementelah pula pekerja balik ofis semula selepas makan tengahari dan anak-anak sekolah baru habis sessi persekolahan. Keadaan ini bertembung antara satu sama lain mengakibatkan ketidakselesaan kami untuk mengharungi perjalanan. Yang paling getir ketiadaan tempat pakir kereta memaksa saya meletak kereta jauh dari sekolah tersebut. Penat juga menapak dari tempat pakir ke sekolah.
Sesampai di sekolah, sudah ramai orang beratur untuk pendaftaran, mengambil boucher sebelum diarah masuk 'dewan'. Tidak silap saya terdapat enam kaunter dibuka, kaunter A hingga kaunter F. Kaunter khas juga dibuka untuk wakil bagi pihak penerima sumbangan, yang tidak dapat hadir dengan alasan yang munasabah.
'Dewan' yang saya cakapkan itu merupakan gelanggang bola keranjang. Semasa acara sedang berlangsung anak-anak sedang galak bermain bola keranjang jadinya suasana agak bising dengan jeritan anak-anak ini. Sememangnya itu adalah salah satu aktiviti sukan mereka pun. Ada juga di antara mereka bermain bolasepak dalam hujan.
Bila beracara maka tidak sah kalau tiada sessi memberi ucapan oleh VIP. Kali ini VIPnya berbangsa tionghua. Saya tidak dapat agak nama beliau, ketika itu saya berada di luar 'dewan'. Saya bukan penerima sumbangan jadinya tidak perlu untuk saya bersesak di gelanggang bola keranjang yang malap dan panas itu. Nasib hari ini hujan makanya tidaklah berbahang sangat keadaan di 'dewan'. Lagi pun ucapan beliau klise sahaja...dok ngok ngek benda sama saban tahun.
Setelah sessi berucap dan segala mala gedebak gedebuk selesai, sampai masanya pemberian sumbangan brim2.0 dimulakan. VIP bersama para petugas turun dari pentas menyampaikan sumbangan dari kerusi ke kerusi sehingga selesai.
Saudara saya keluar dari 'dewan' lebih kurang 4.30pm. Masih ramai lagi yang menunggu giliran masing-masing ketika itu.
Pendaftaran bermula...
walaupun 'queue' panjang...namun mereka sabar beratur...
tapi kakak tudung biru tuh tak reti nak beratur ke?...
selamba badak nak potong 'queue'...
suasana dalam 'dewan'...masing-masing gigih
menunggu meskipun berhujan berpayung...dapat
fulus 'gratis' kena hadap lah kan...
selain daripada satu botol air mineral sebiji karipap
sebiji kuih bom...penerima brim2.0 jua di
beri senaskah 'newsletter' ini sebagai 'doorgifts'
antara bahan-bahan 'penglipurlara' terkandung dalam
'newsletter' warna-warni...pasti mahal nilai cetakannya...
kalau brim1.0 wang hanya dimasukkan di dalam
envelop putih sahaja namun untuk brim2.0 ia diletakkan
di dalam envelop yang menarik....masyuk wooo
sesiapa yang diberi 'projek' cetak envelop ini...
Mohon izin dan halalkan foto-foto penerima sumbangan dan lainnya dikongsi di sini. Terima kasih.
ingatlah 0.4...
mutiara kata sumber: zulfahizbullah.blogspot.com
mohon izin dan halalkan dikongsi di sini. Terima kasih
Sunday, 24 February 2013
rm~mu(1st leg)...
Seperti sedia maklum perlawanan bolasepak 'round of 16' Champion's League sudah pun berlangsung.
Kelab pilihan saya Real Madrid telah mengharungi perlawanan 'first leg' mereka dengan kelab Manchester United, di Santiago Benebeau Madrid. Ia berkesudahan seri 1-1.
Memandangkan prestasi RM tidak konsisten pada musim ini keputusan seri itu boleh diterima namun 'second leg' nanti akan bermain di tempat lawan, RM perlu dan wajib menggandakan fokus mereka menjaringkan gol. Tanggungjawab yang agak berat menanti. Mereka perlu menang untuk mencipta peluang ke peringkat suku akhir.
Sudah semestinya MU akan menidakkan peluang RM. Mereka juga inginkan kemenanangan dan melayakkan kelab mereka ke peringkat seterusnya.
Ini adalah Champion's League, 'event' berprestij. Sudah tentunya semua kelab bertanding, bermatian-matian mempamerkan kehebatan mereka untuk bergelar juara. Walaupun demikian nasib juga memainkan peranan selain daripada strategi dan kepakaran serta kehebatan permainan. Contoh yang jelas terbukti pada Champion's League musim lepas. Semua tahu kelab mana yang menjadi juara.
Saya menanti perlawanan antara dua kelab gergasi ini sudah lama tapi agak ralat memandangkan mereka diundi untuk bertembung di peringkat ini. Rugi rasanya salah satu kelab ini disingkirkan di peringkat seawal ini.
Apapun mari jamu mata dengan foto aksi-aksi hebat Real Madrid dan Manchester United.
Prestasi Angel Di Maria tidak konsisten musim ini...
namun di 'game' ini beliau menunjukan
aksi-aksi membanggakan
Christiano Ronaldo agak selesa di padang memandangkan
lawan adalah kelab yang pernah diwakili satu ketika dahulu
Tandukan Danny Welbeck menghasilkan gol untuk MU
Christiano Ronaldo dengan tandukan padu...gol RM
Mesut Ozil...kekadang menyampah dengan 'game' beliau...
sepatutnya beliau menendang sahaja bola ke dalam gol
sebaliknya cuba melorongkan bola kepada rakan sudahnya
peluang terhidang, terlepas begitu sahaja...eeeeiii geram!
Tidak disangkal De Gea pemain terbaik malam itu...banyak
peluang-peluang RM ditepis dengan jayanya. Harapan...beliau
tidak beraksi sebaik ini di perlawanan 'second leg' nanti.
Cubaan Robin Van Persie memaksa golie RM
beraksi sebegini
Sukanya Jose Mourinho berjumpa
dengan Sir Alex Ferguson..kadangnya bila
sudah kenal lama antara satu sama lain, perasaan
hormat-menghormati membatas keupayaan sebenar
dalam apa jua komitmen
Sir Alex Ferguson..
masih segak...walaupun
Selamat berjuang wira-wira Real Madrid. Anak buah Jose Mourinho kena mengharungi dua classicos sebelum bergasak di Old Trafford makanya tugas mereka di Manchester sangat mencabar namun tidak mustahil untuk menempa kejayaan. Perlawanan bolasepak mampu mencetuskan pelbagai kejutan.
Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini. Terima Kasih.
corat-coret HKR...
Warna-warni 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' berlangsung pada 12hb Januari 2013 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Walalupun agak terlewat untuk melaporkan namun 'event' ini masih releven untuk diingati. Kekangan masa agak terbatas untuk saya mengemaskini entri-entri terdahulu.
Walalupun agak terlewat untuk melaporkan namun 'event' ini masih releven untuk diingati. Kekangan masa agak terbatas untuk saya mengemaskini entri-entri terdahulu.
Foto-foto disertakan mampu bercerita apa yang berlaku sepanjang perhimpunan pada hari ini.
Tuntutan-tuntutan yang diusulkan
Kaum Asal tidak ketinggalan mewarnai
perhimpunan...suasana di KL Central
Berjemaah menaiki pengangkutan awam menuju
destinasi sama
Menikmati makan tengahari sebelum berarak
Beratur dengan sabar menunggu giliran berwuduk
dan solat...suasana di Masjid Negara
Masjid Negara
Check-point ini di KLCC
Berkumpul untuk ke tempat dan mendukung
matlamat sama
Suasana harmoni dan ceria antara pegawai polis
dan pegawai unit amal
Antara sepanduk yang dibawa
Pemuda ini...kelakar pula tuntutan peribadinya
Mesej yang cuba disampaikan tertera
di belakang baju T anak muda ini
Inilah kemuncaknya...lautan rakyat memenuhi
setiap ruang stadium keramat ini...Stadium Merdeka
Perhimpunan yang berlangsung dengan aman. Syabas diucapkan.
Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini. Terima kasih.
memori spain 0.2
AlHambra...aku datangggggggg...(siap ada echo lagi)...hehehe
AlHambra
Kebetulan bas ini lalu semasa kami menuju AlHambra
Pemandangan di sekitar kawasan yang luas
keunikan ukiran dihasilkan dengan teliti
dan cermat, kaget saya, ummah-ummah terdahulu
terserlah bakat kemahiran mereka
Salah satu sudut menarik dirakam dari AlHambra
Lelaki ganteng di sudut foto adalah 'tour guide' kami Mr Paco
Lagi kemahiran 'genius' ummah-ummah terdahulu
yang tiada tolok bandingnya
Sejujurnya saya jatuh cinta dengan AlHambra...indahnya. Bilakah dapat kita bersua kembali mengagumi segala?
Penat berjalan sejauh 5km berbaloi menikmati pemandangan serta rekabentuk bangunan, ukiran tatarias nan halus dan cermat lagi teliti, kagum mata memandang.
Saya ulangi, saya jatuh cinta dengan AlHambra seperti juga saya jatuh cinta dengan Petra dan Madain Saleh...indahnya.
posting 'memori Spain 0.1' telah di'entri' pada 2012...
setahun sudah berlalu...
febuari muncul kembali...
dengan kehangatan semalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)